BEN ASHAARI



Betullah kata orang , bila dah masuk usia 40an ni , barulah kita 'dewasa'. Rupa rupanya sebelum ni kita dalam proses pembelajaran mengenal erti kehidupan. Tu pun , ramai lagi yang di usia 40an ni masih belum sedar diri. Masih banyak lagi yang perlu dibelajar.. termasuk aku. Hehee.. Masih terlalu mentah dengan dunia ni. 

Zaman sekarang ni , zaman yang penuh dengan masalah ! Hahaha.. kan ? Bangun je dari tidur , masalah dah ada. Contoh ? Sakit kepala ! Atau paling mudah.. kelaparan ! Tu masalah dari perut. Ada yang terus mencari makanan dulu sebelum nak mulakan aktiviti. Atau kembali baring dek kerana nak hilangkan dulu sakit kepala. 

Bila keluar rumah.. masalah lain lak timbul. Kan ? Hahahaha.. Atau macam aku , tak keluar rumah tapi terpaksa tengok media sosial untuk memulakan tugasan harian. Baca mesaj yang dihantar secara peribadi. Antaranya nak berkenalan. Siap panggil daddy bagai. Tanya aku kat mana. Duh.... pening ! Pantang tengok lelaki elok skit terus nak digoda. Eh ? Hahaha.. 

Lantak laa.. ni la 'sampah-sampah' yang aku maksudkan. Tu belum lagi posting posting orang dan juga komen. Goshh... pening baca ! Skip ! Jangan sibuk nak gi membalas komen bagai. Biarkan mereka dengan labu labunya. Tak perlu nak gi usik telur diorang aih ! 

Kalau yang memandu ke tempat kerja.. lagi stress ! Nak kena hadap pengguna jalan raya yang rasa dia saja nak cepat atau dia saja yang betul ! Dia terpaling penting la kat pejabat dia maka dia kena sampai cepat. Hahahaa.. Kan ? Kalau dah rasa gitu pengurusan masa tu penting. Urus elok elok. InshaAllah , dipermudahkan. 

Ambil contoh la.. aku semalam nak gi ke Kota Warisan , Sepang. Laluan aku , lancar. Laluan bertentangan , sedang terhenti dek kerana lampu merah. Jadi panjanglah barisan. Yang jenis tak sabar ni , motor ! Dia masuk laluan kita. Nasib baiklah aku perasan. Kalau aku tak perasan ? Mau bertembung. Sekor sekor celah masuk laluan kita. Eh ??? Sapa ajar korang bawak motor gitu ?? Kau je ke nak cepat ? Yang memandu kereta tu camana lak ?? Bila kita hon.. dia balas balik. Hanat punya perangai. Kalau pemandu kereta buat perangai macam tu, pandai pulak puak puak ni nak marah ! 

Tapi aku cuba cool. Bak kata tajuk tu la.. Jangan simpan sampah orang dalam kepala kita ! Lantak diorang la. Doakan yang baik baik agar yang baik juga datang pada kita. 

Sidai baju pun ada orang berbunyi ! 

 
Kita kerja sendiri pun ada yang berbunyi ! Jenuh.. 

Amalkan gaya hidup sihat pun ada yang tak suka ! 

Ginilah kita , manusia. Ada je tak kena di mata orang lain. Sebenarnya , orang begini dia punya masalah besar. Dia nak lepaskan pada kita. Dia nak kita sama sama stress macam dia ! Hahaha.. Jadi , nasihat aku.. jangan layan. Maafkan dia . Lemparkan senyuman dan berlalu pergi. Tak perlu kita nak stress macam dia gak ! 

Tenangkan diri.. minum air halia dan layan yogurt greek ditambah cacao ! Fuh.... sedap ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Makin kerap lak aku buat live di Tik Tok dan berposting di sana. Aku punya post pun lebih pada isu kesihatan jer. Tu pun secara umum. Nak berlebih lebih pun , aku bukan ada ilmu sangat. Sekadar berkongsi pengalaman dan apa yang aku tahu jer. Kalau nak tau lebih lanjut , aku suruh je diorang ke Dr. Mani atau Dr. Norman. Kat sana , leh tanya macam macam. Aku bukan coach apatah lagi doktor. Heee.. 

Aku fokus pada telur ayam. Kenapa telur ayam ? Sebab aku makan telur ni dari kanak kanak lagi. Aku ingat lagi mak aku rajin sediakan telur setengah masak sebelum gi sekolah pagi. 2 biji gitu. Makan ngan kicap. Patutlah aku paling tinggi dalam rumah. Hahaha.. 

Sehinggalah aku nak cecah 50 tahun , aku masih amalkan telur. Kali ni aku fokus pada telur rebus. Bukan setengah masak. Ternyata telur ayam ni banyak manfaatnya. Cuma kita je tak nampak atau perasan. Cuma masalah orang kita ni , diorang takut nak makan telur ayam ni sebab kuningnya tu dikatakan punca naik bacaan kolestrol ! 

Ye ke ?? 

Macam macam mitos ada cerita ada pasal telur ni. Mana satu yang betul ? Banyak kajian dan banyak maklumat terkini mengenai kebaikan telur ayam ni yang mana jauh lebih bagus jika diamalkan secara sederhana daripada langsung tak makan tapi mengambil makanan segera dan juga makanan ultra process ! 




Kalaulah harga telur ayam kampung itu murah... 
aku yakin telur telur ayam biasa ni tak laku dah ! 

 
Menu wajib





Ramai risau , kalau makan telur banyak.. akan buat badan mereka seperti bina badan ! Berketul ketul gitu. Diorang tak nak ! Walhal diorang tahu.. kalau makan sehari 100 biji sekali pun , kau takkan jadi macam tu melainkan kau berlatih mengangkat beban ! Tu pun belum tentu dapat berketul ketul ! Hahahaah... bukan mudah ya nak berketul ketul ni ! 

Satu lagi isu panas bila dikaitkan dengan makan telur ni ialah KENTUT BUSUK ! 

Tips atau Cara Kurangkan Bau Kentut Lepas Makan Telur:

Gabungkan Dengan Sayur Berserat Tinggi
Makan telur dengan makanan tinggi serat seperti brokoli, bayam, salad, atau buah-buahan. Serat bantu lancarkan penghadaman dan kurangkan gas busuk terkumpul.

Minum Air Yang Cukup
Air membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengurangkan pembentukan gas.

Ambil Probiotik
Makanan seperti yogurt asli, tempe, atau supplement probiotik bantu seimbangkan bakteria baik dalam usus, jadi kurang gas berbau busuk.

Elakkan Makanan Penyumbang Gas
Contohnya, minuman berkarbonat, kekacang berlebihan, bawang dan makanan tinggi sulfur yang boleh tambah lagi bau busuk.

Kunyah Makanan Perlahan
Makan perlahan-lahan dan kunyah dengan baik untuk elak tertelan udara yang menyebabkan perut berangin.

Minum Air Halia Atau Pudina
Halia dan pudina bantu kurangkan pembentukan gas dalam usus.

Kalau nak mudah ingat:
Telur + Sayur + Air + Probiotik + Halia = Kentut Wangi (atau kurang busuk 😅)

Nah.. apa alasan lagi sekarang untuk tak makan telur ayam ni ??? Fokus kesihatan... 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Stress tengok lemak lemak kat perut n pinggang tu kan ? Nak sorok , memang boleh sorok tapi tak puashati la. Kita bukan nak hilangkan lemak tu untuk tunjuk pada orang lain tapi nak selesa pada diri sendiri. Nak pakai baju seluar pun nampak lebih kemas. Kan kan ? Cantik dan segak tu , bonus la. 

Camana nak buat ? Hurm... Aku dah cuba bermacam macam cara sebenarnya. Bersenam saja tak mencukupi. Kena ada bantuan dari dalaman tubuh badan. Tu yang sebenarnya. Jika pemakanan betul dan sihat, lemak lemak degil ni memang boleh dicairkan dan digunakan sebagai tenaga. 

Persoalannya apakah makanan yang boleh membantu membakar lemak lemak degil ni ? Ada banyak sebenarnya. Contohnya makanan tinggi protein seperti telur , ayam pastu teh hijau , cuka epal , minyak kelapa dara , dan sebagainya. 

Setiap kali aku buat live di TikTok , soalan feveret yang aku terima ialah apa yang aku amalkan ? Nah... ada beberapa makanan minuman yang aku sering ambil setiap hari tapi yang wajib adalah halia dan cacao atau dark chocolate 100% . Ada beza tau cacao n cocoa ni. Haaa.. cuba cari info pasal tu ya. 

Dua ni sering aku ambil sebelum atau selepas workout. Kekadang kalau hari sejuk pun aku minum. Jika aku teringin nak sesuatu yang manis pun aku akan minum juga. Gabungan halia dan cacao ni tak manis pun. Dia pahit dan pedas pedas skit tapi sangat sedap di perut. Confirm akan keluar angin pastu !  Mereka yang ada gerd dan anxiety seperti aku , sesuai amalkan ! 

Ada yang tanya , berapa umur saya ? Ya.. hampir 50 tahun. Berat badan dari 90+ berjaya diturunkan ke 80 tanpa jadi kurus kering. Berbaloi ? Yaaa... sangat  ! 



Gabungan cacao (dark chocolate) dan halia memang sangat bagus untuk membantu pembakaran lemak tubuh badan secara semulajadi. Kedua-dua bahan ini mempunyai sifat yang saling melengkapi dalam proses meningkatkan metabolisme dan menyokong pelangsingan badan.
Berikut adalah khasiat khusus gabungan ini untuk pembakaran lemak:

 Khasiat Cacao (Dark Chocolate) + Halia Untuk Bakar Lemak

1. ✅ Meningkatkan Metabolisme Badan
  • Cacao mengandungi theobromine dan kafein semulajadi yang membantu meningkatkan kadar metabolisme dan pembakaran kalori.
  • Halia bersifat termogenik (memanaskan badan) yang juga mempercepatkan metabolisme.
2. ✅ Mengurangkan Selera Makan
  • Cacao (dark chocolate) kaya dengan lemak sihat dan memberi rasa puas yang membantu mengurangkan keinginan makan berlebihan.
  • Halia memberi rasa kenyang lebih lama dan mengawal rasa lapar.
3. ✅ Membantu Pecahkan Lemak Tersimpan
  • Halia membantu membakar lemak sedia ada dengan meningkatkan pengaliran darah dan suhu badan.
  • Cacao mengandungi polifenol yang menyokong penguraian lemak dalam tisu.
4. ✅ Mengurangkan Lemak Perut (Visceral Fat)
  • Gabungan kedua-dua bahan membantu mengurangkan keradangan yang biasanya menjadi punca lemak berkumpul di bahagian perut.
5. ✅ Meningkatkan Tenaga Untuk Bersenam
  • Cacao dan halia sama-sama meningkatkan tenaga semulajadi, membantu anda lebih cergas dan aktif — penting untuk membakar lebih banyak kalori.

🍫🔥 Tips Pengambilan Untuk Pembakaran Lemak
  • 1 sudu besar serbuk cacao (70% ke atas atau dark chocolate cair tanpa gula)
  • 1 sudu kecil serbuk halia
  • Campurkan dalam 200ml air panas.
  • Boleh tambah sedikit madu atau stevia untuk rasa.
Waktu Terbaik:
  • Pagi (untuk mulakan metabolisme).
  • 30 minit sebelum bersenam (untuk bakar lemak dengan lebih efektif).

⚡️ Nota Tambahan:
  • Pastikan dark chocolate atau serbuk cacao tanpa gula tambahan.
  • Elakkan ambil waktu malam jika anda sensitif pada kafein sebab cacao boleh beri tenaga.

Berminat nak dapatkan kedua dua produk ni ? Cepat whatsapp sementara ada stok di tangan. 

Halia : https://halia1.wasap.my/

Cacao : https://benjualkokopowder.wasap.my/

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 
Niche.. 


Sesungguhnya aku bersyukur pada Allah. Kalau tak kerana akaun FB aku 'disekat' sementara , aku tak rasa aku buat live di TikTok. Takda perancangan sebenarnya. Tik Tok aku ni hanya sekadar untuk post video aku yang aku post di Facebook. Saja nak memeriahkan semua plaform media sosial yang aku ada.  Mana la tau kot kot aku memerlukan satu hari nanti. 

Ketika aku disekat , aku termenung sekejap. Kepala aku ligat mencari jalan keluar. Oh ya.. kenapa aku disekat ? Aku post satu screen shoot yang aku dapat di whatsapp. Pasal unta mana tah nak jadi anak ikan aku. Siap offer duit bagai nak ngorat aku. Kah kah kah.. Geli aih ! 

Tu namanya takdir. Satu pintu tertutup , Allah buka banyak lagi. Kita kena rajin mintak jer. Jangan terus mengalah dan patah semangat. Alhamdulillah , rakan rakan di Tik Tok masih ramai kenal aku sebagai blogger. Ok la.. aku pun tak nak dikenali sebagai TikToker atau influncer bagai. Blogger , ok. Hahahaha.. 

Hurm.. setakat ni aku cuma mampu online sejam sekali jalan. Aku tak leh duduk lama depan handphone tu. Rasa banyak masa terbuang gitu jer. Walaupun best dapat bertukar cerita dengan kawan kawan di Tik Tok tu tapi bagi aku , sejam atau lebih skit sejam memadai dah. Kalau lebih dari tu, aku rasa banyak kerja aku tergendala ! Hahahaha.. Rugi rugi ! 

Haa.. sejak aku mula buat live , follower dari 6k , dah cecah 10k. Sesungguhnya aku tak sangka pun nak dapat banyak tu. Maklumlah , aku takda apa apa aset atau cerita menarik untuk dikongsikan. Nak buat video gempak gempak pun, aku tak de masa. Video aku semua simple simple jer. Takda bunga bunga bagai tapi tu la.. kalau dah rezeki aku.. Alhamdulillah.

Dan... dan.. syukur pada Allah , ada syarikat berminat nak buat kolobrasi dengan aku ! Nak aku promote produk dia.. Huhuhu... Tunggu perbincangan selanjutnya.... InshaAllah. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ►  Disember 2025 (1)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ▼  Jun 2025 (4)
      • Tips kesihatan : Jangan simpan sampah orang dalam...
      • Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
      • Kelebihan cacao ( dark chocolate ) dengan halia da...
      • Aku baru nak aktif TIK TOK !
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes