Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
Aku tak nak guna orang lain sebagai contoh. Aku guna aku dah la. Lagi pun korang yang dah follow aku bertahun tahun lamanya mesti perasan akan perubahan pada diri aku. Dari kurus , berisi dan kembali kurus.
Aku tak salahkan perkahwinan tu bikin pasangan tu berisi. Gaya hidup tu sebenarnya. Yelah.. dah nikah kan ! Ada 'geng' kan ! Halal lak tu. Ke mana saja akan berdua. Sebelum bertiga dan berempat dan seterusnya.
Dalam kes aku ni , aku terbawa bawa gaya hidup zaman bujang. Suka keluar lepak makan malam. Wife pun terjebak la juga. Makan makanan segera satu hal lagi. Maklumlah , masa bujang dulu kena masak sendiri. Sekarang wife masak lagi sedap. Ada banyak bahan dalam tu.
Dan paling ketara.. lepas 'projek' malam hari.. lapar ! Jom g makan. Tak ke naya ! Kalau tak ubah gaya hidup.. hurm. Memang bahaya ! Penyakit dan paling naya ialah 'layu' di hujung mekar. Baru nak bertarung , dah tewas ! Naya pak karim.
Antara sebab utama:
1.Makan lebih kerap & sedap
- Selalu makan berdua (dating versi halal )
- Lepas 'bersama' terutama malam hari , makan makanan berat di luar rumah !
- Kerap “reward” diri dengan makanan
2. Kurang kawal pemakanan
- Masa bujang mungkin jaga penampilan lebih ketat
- Lepas kahwin rasa lebih selesa → kurang disiplin diet
3. Aktiviti fizikal menurunKurang bersukan atau gym
- Lebih banyak masa di rumah (Netflix, rehat, dll)
4. Perubahan hormon & rutin
- Untuk wanita, hormon boleh berubah (terutama kalau hamil)
- Lelaki pula kadang tahap testosteron turun sikit bila lebih settle hidup
5. Kurang stress (ini bagus sebenarnya)
- Bila bahagia, hormon stress macam kortisol turun
- Tapi selera makan boleh meningkat.
Cara elak naik berat lepas kahwin:
- Masak sihat sama-sama (kurang minyak & gula)
- Aktiviti bersama: jogging, hiking, gym
- Kawal portion makan walaupun sedap
- Set “goal kesihatan” sebagai pasangan
- Kurangkan 'berdating' di malam hari luar rumah.

0 comments