Mencari kelainan ketika membeli belah yang mana menawarkan harga harga yang sangat berpatutan serta mampu membeli barangan berjenama serta berkualiti ? Hehehe... Jom ke Freeport A'Famosa , Melaka. Aku dah gi dah ! Bukan aku je , rakan rakan blogger juga turut serta mencuci mata di sana. Masing masing akui Freeport A'Famosa bukan calang calang tempat membeli belah !
Sejujurnya aku hanya pernah mendengar nama Freeport A'Famosa ni tapi tak pernah terfikir nak pergi dalam masa terdekat sehinggalah diajak pergi beramai ramai ke sana , pagi tadi ! Maka , 10 orang termasuk aku ke sana untuk melihat sendiri keunikan Freeport A'Famosa ni.
Dengar cerita tempat ni meriah sangat.. maka kitorang ke sini seawal 9.30 pagi ! Belum bukak lagi kitorang dah sampai. Hehehehe. Oh ya .. Freeport A'Famosa ni dekat je dengan Alor Gajah serta Tampin. Kalau dari KL , dalam sejam setengah jer. Ok la kan ? Tak perlu bersesak sesak dengan kereta lain.. Hahahaha..
Meriah. Layan lagu raya.
Parking yang luas. Tapi akan penuh di waktu kemuncak.
Selamat Datang ke Freeport A'Famosa Outlet
Rekabentuk yang unik bagi aku. Aku belum pernah lagi ke tempat membeli belah begini di dalam negara kita. Luar negaratu ada la. Dan mudah sangat untuk ke sini. Guna je Waze. Hehehe.. Confirm sampai !
Yang menariknya , tempat ni terbuka namun tersusun dan menarik. Pelbagai jenama terkenal mampu beli ada disini. Sejujurnya aku beruntung datang awal. Boleh pilih barang tanpa berebut. Hehehehe.. Dan jika kita datang berkeluarga , tempat duduk banyak disediakan. Memang selesa la kat sini bagi aku.
sewa Kiddy Trolley - RM10 jer
Nak pergi mana dulu ?
Wow !
Bukan saja sesuai untuk membeli belah tetapi boleh juga buat sesi fotografi di sini
Penat ? Jangan risau... banyak tempat berehat. Tak perlu berebut.
Pelbagai jenama ada.
Mesra kanak-kanak ! Walaupun tempat ni jadi tumpuan orang dewasa tapi untuk kanak-kanak tidak dilupakan langsung. Diorang pasti akan teruja di sini. Bebas berjalan tanpa gangguan gitu.Dan bagi mereka yang suka bergambar , nah.. takda sapa nak larang korang bergambar di sini. Memang banyak tempat menarik untuk bergambar disini.
Amacam ? Nak makan kat sini pon tak perlu risau. Banyak restoran yang sedap sedap ada di sini. Sediakan duit jer. Hehehehe.. Peta atau floor plan disediakan bagi memudahkan pengunjung mencari premis yang mereka berminat. Kalau rajin , pusing je tempat ni. Memang berbaloi !
Banyak lagi gambar ni kalau nak tengok lagi ? Nak ? Hahahaha.. Ok.. Syawal bakal menjelma. Bagi yang belum shopping dan nak elak dari kesesakkan lalu lintas , nah.. aku syorkan ke Freeport A'Famosa Outlet di Melaka. Nama je di Melaka tapi tak jauh mana pon dari bandar Kuala Lumpur.
Alhamdulillah.. rakan rakan berpuashati. Ada yang sempat shopping.. ada yang tunggu nak kembali bersama keluarga tercinta.. cam aku. Heheheh.. Follow FB atau IG Freeport A'Famosa Outlet untuk dapatkan info info menarik seperti tawaran hadiah bagi mereka yang bertuah , diskaun hebat dan pelbagai lagi !
Instagram : https://www.instagram.com/freeportafamosaoutlet/