Yang aku bagi tadi tu , saja je mengarut di petang hari... bukan la gitu kan ? Sendatawa di petang jumaat sementara tunggu nasi beriani , ayam madu siap di dapur.. cewah.. padahal beli kat kedai mamak ..
Tanda sebenarnya blog dikenali ramai , ini aku bagi contoh je la.. bukan nak kata blog ni dah dikenali ramai tapi sbg contoh ..
Mereka letakkan backlink ke blog 'kita' .. tak kira samada dalam entri , bloglist atau sebagainya .. Setiap hari mereka ( blogger ) akan bercerita mengenai anda.. Itu tandanya blog kita mulai dikenali dikalangan blogger .. Rujuk REFERRING SITES ..
Jumlah REFERRAL tinggi berbanding yang lain seperti SEARCH ENGINE dan juga DIRECT TRAFFIC .. Persoalannya , bagaimana blogger nak buat agar blogger lain 'bercerita' tentang kita dan secara tidak langsung memberi backlink pada kita ? Itu adalah salah satu cabaran sebagai blogger masa kini kerana jumlah blogger wujud setiap hari makin lama makin ramai ..
Ada banyak tanda lain yang terang terang menunjukkan blog anda sekalian dikenali tapi bagi aku , jumlah referral yang cukup tinggi berbanding dengan kaedah lain sudah cukup membuktikan blog anda sudah dikenali ... Ingat ! Blog yang dikenali bukannya tuan punya blog.. Satu cabaran tu .. kan ?