Bagi aku , masuk air ni bukanlah seperti kapal selam atau sebagainya.. tapi memadailah andai terjatuh dalam kolam air atau sinki mahupun lubang jamban , handphone tu masih boleh dipakai seperti sebelumnya ! Tak nak la jadi cam kes aku satu tika dulu tuu haa..
Nokia Lumia 1520 aku , baru seminggu guna .. akhirnya berkubur gara gara anak demam ! Apa kaitan demam dengan handphone aku tu ??
Ceritanya begini .. Imbas kembali yer ..
Di sekitar bulan Februari 2014 , selepas subuh ..
“Bang , hp masuk air .. “.
Aku angguk dan sambung tidur… Bangun dari tidur , wife bagitau sekali lagi dan kali ni aku tergamam dan nak tukar jadi hulk .. Tapi selepas dia terangkan apa yang berlaku , aku akur dan maafkan dia ..
Katanya kejadian berlaku ketika dia nak check suhu badan Qhaliff awal pagi tadi .. Yelah , dia pegang badan Qhaliff panas jer.. Selepas check tu , dia letak hp tu sebelah dia .. Tak dia perasan hp tu terjatuh setengah badannya ke dalam bekas berisi air yang digunakan untuk lap badan Qhaliff .. Sehingga pagi tadi dia perasan ..
Nak marah ? Dia dah tolong tengokkan Qhaliff pon dah cukup bagus memandangkan aku dah tak sedar apa sbb terlalu penat dan tidur lewat sbb nak siapkan advertorial.
Bila dah jadi gitu , malas dah nak marah marah.. Cari alternatif.. Antaranya beli baru , antar repair atau guna cara tradisional… Beli baru ? Dia tak nak .. Antar repair ? Ok je.. tapi guna cara tradisional dulu yakni letak dalam beras … Kasi kering .. Bukan sejam dua tapi berhari hari gak laa..
Berjayakah ? Tidak sama sekali.. Antar repair , serupa harga beli baru ! Acaner tu ???
Akhirnya aku mula cari handphone yang tahan lasak termasuk boleh waterproof ! Aku beli Sony Xperia Z2 pada awalnya tapi agak tidak begitu menyakinkan kerana bahagian covernya mudah terkeluar..
Keluarnya Sony Xperia Z3 , aku pantas gi check di butik Sony dan .. Dan , sejak tu wife aku senantiasa berair taik telinganya kerana dok dengar gini..
“ Nak Z3… nak Z3 .. nak Z3 ! “ . Dan aku dapat jugak ! Hahahaha ..
Dan aku yakin… hahaha. Jatuh ? Jangan cakap laa.. Dah jatuh dah banyak kali dan sememangnya aku berpuashati !
Masuk laut ? Dah kenapa pulak nak bawak gi masuk laut ? Iskh.. memadailah pakai phone di tempat yang sepatutnya kan ? Bagi aku , terselamat dari rosak gara gara jatuh dalam air pon dah bagus kan ? Huhu..
Harapnya Sony Xperia Z4 akan keluar nanti , jauh lebih ok dari Z3 yang dikatakan terbaik di kalangannya .. Eceh..