Ni lah akibatnya.. datang lambat ari tu .. kena denda .. huhuh... Ni cerita di Genting ari tuh .. Diorng ingat aku tak nak buat eh.. .hahaha... Gelek bang.. gelekkkk
Ni lah akibatnya.. datang lambat ari tu .. kena denda .. huhuh... Ni cerita di Genting ari tuh .. Diorng ingat aku tak nak buat eh.. .hahaha... Gelek bang.. gelekkkk
Soalan mudah ... hehhhehe .. kali ni penaja dari kawan blogger kita sendiri iaitu , En. Shahazrin dengan blog popularnya , > > http://www.shahazrin.com/
Hadiah kali ni berupa prepaid bernilai RM30 dan juga sehelai baju kanak-kanak ... Satu pemenang juga akan dipilih.. paling pantas dan tepat ... Sudah bersedia ??? Jap.. nak g toilet dulu.. lalalalala.. hehehe
OK... soalannya ... sebelum tu .. iklan sat eh ... olololo.. marah lak.. ok ok.. soalan...
1. Sila beri link entri yang berkaitan gambar berkenaan...
2 . Sila berikan tajuk entri serta link untuk entri berkaitan
peringatan untuk memilih dunia dan akhirat ( bergambar )
3 . Soalan berkaitan senarai GEGAR BLOG .. jeng jeng jeng ...
Untuk menghantar jawapan , cam biasa.. buat satu entri ..
Hantarkan jawapan beserta url blog di dalam ruangan komen.. cepat cepat ...
Kebelakangan ni , kalau ada yang perasan .. aku dah kurang update .. tak sekerap dulu .. Hilang idea ? Tak gak .. Banyak kerja jer .. Otak kena bahagi kepada beberapa bahagian.. Akibatnya , crash jap hardisk.. hahah...
Nak keluar lunch pon tak sempat.. Yerla , time lunch aku nak usha blog jap ... Nak tak nak , teruskan diet.. malam kang leh jalan kaki lagi .. hahaha.. Esok nak buat la ... kali ni nak sampai rumah terus.. Tak nak ikut short cut.. ikut jalan raya .. Hurm.. best apa ? Menikmati suasana malam .. Bahaya ? Alhamdulillah.. sapa nak culik aku ? Jauh sekali nak kena rogol kan ? hahahha..
Dulu aku mmg gemar jalan kaki... penat tu mmg penat.. lengoh tu sudah pasti .. tapi rasa puas .. rasa cool jer .. Sambil jalan , dengan mp3 .. melalak kat situ gak.. orang tengok mesti pk " giler mamat ni" .. hahaha .. Ada aku pedulik ?? Ada.. aku pedulik woo.. Aku tak giler.. saja release tensen .. nak g karaoke , kena bayar ...tamo tamo.. aku sedang menjimatkan apa yang boleh dijimatkan..
Bagi korang yang dok banyak duit tu , ingat ingat la masa depan yer ... lebih lebih lagi yang dok guna duit mak ayah tu.. haaa.. ingat.. diorng tu sampai bila nak hidup.. sampai bila nak bergantung dengan diorang kan ? Hurm.. jangan tepuk dahi dah la nanti .. Sementara boleh simpan duit , simpan.. nanti dah tak boleh , jgn pinjam kat aku atau Mat Gebu lak.. En. Lhdn , mat gebu banyak duit ...
Haa.. kan aku kata.. hilang rentak..tajuk lain cerita lain.. adeh..
Erm.. aku tamo nak cerita boleh ? Korang je baca .. pastu buat la keputusan sendiri ek ..
" kalu korang ingat dulu I pernah tulis about my sis, kakak sulong I yg I panggil "Along" only 39 years old...dia disah kan mengidap breast cancer stage 4 about a year ago..& keadaan makin parah...few weeks ago dia tumpah darah dan dimasukkan ke wad...Tumor sangat besar utk dioperate (she has a very active tumor/cancer) so Doc bagi dia life estimate for 3 bulan saje lagi...sangat2 sedih "
Baca dah ? Ok.. g baca sambungan dia kat > sini ..
Buak akak JC , semoga tabah menghadapinya .. Beginilah lumrah kehidupan .. Yang pastinya , kita semua akan kembali padaNYA .. Cuma tak tau bila dan bagaimana .. InsyaAllah .. banyakkan berdoa kepada Allah agar segalanya selamat ..
InsyaAllah.. rakan sekalian ( terutama blogger ) kalau boleh , panjangkan , panjangkan lah ..
Dah nyanyuk gamaknya orang tua ni ... Makin lama makin mengarut.. Makin hilang respek kat rakyat negara ni.. Haih... tak boleh bagi muka betul laa .. Baca sendiri ..
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Tindakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menggesa umat Islam negara itu supaya tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam kerana ia boleh menghalang integrasi dan pembangunan merupakan penghinaan kepada agama itu sendiri.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Kuan Yew tidak layak untuk membuat kenyataan tersebut kerana beliau sendiri tidak memahami ajaran Islam serta intipati yang terkandung di dalam agama tersebut.
Tegasnya, Kuan Yew perlu melihat kepada sejarah bahawa Islam merupakan agama yang menyokong pembangunan kerana terdapat bukti-bukti bahawa banyak kejayaan dalam pelbagai bidang seperti sains, perubatan dan kejuruteraan adalah berasal daripada teori yang diterbitkan oleh golongan cendekiawan Islam.
Tambahnya, Kuan Yew sepatutnya tahu mengenai perkara tersebut tetapi beliau telah membuktikan kejahilannya dengan mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di Singapura malah di seluruh dunia.
"Banyak kejayaan di Barat adalah lanjutan kepada kajian serta penerokaan yang dimulakan oleh cendekiawan Islam. Bagaimana pula Kuan Yew boleh berkata ajaran Islam menghalang pembangunan sesebuah negara?
"Gesaan tersebut merupakan penghinaan kerana Islam sebenarnya menggalakkan proses pembangunan menerusi landasan yang betul. Tidak timbul langsung isu bahawa Islam menghalang integrasi atau pembangunan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Kuan Yew supaya umat Islam di Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam kerana mendakwa ajaran tersebut menghalang pembangunan serta integrasi di negara berkenaan di dalam buku Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going.
Menurut Harussani, kenyataan Kuan Yew itu tidak lebih daripada permainan politik beliau.
Katanya, kenyataan itu juga menunjukkan bahawa Kuan Yew sebenarnya takut kepada masyarakat Islam sama ada di negaranya sendiri mahupun di negara luar.
"Beliau takut dengan Islam. Bukan sahaja Kuan Yew, malah pemimpin-pemimpin negara Barat juga takut kepada Islam kerana semakin mereka memerangi Islam, makin terserlah kebenaran ajaran Islam," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Razak Idris pula berkata, gesaan yang dilakukan oleh Kuan Yew itu menunjukkan bahawa beliau mengalami kekeliruan fikiran dan kefahaman mengenai Islam.
Katanya, Kuan Yew telah melakukan kesilapan besar dan menunjukkan kejahilannya kepada dunia dengan mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Jadi saya berharap Kuan Yew serta kerajaan Singapura supaya mendekati masyarakat Islam untuk mengenal dengan lebih dekat lagi mengenai ajaran Islam.
"Islam tidak pernah menghalang pembangunan sebaliknya menggalakkan penganutnya membangunkan diri serta negara mereka," katanya.
Aku kenal internet sejak umur 20 tahun.. Erk.. ke 21 ? Masa aku belajar dulu la .. Kali pertama berjaya log in ke dunia maya ini , perasaan amat amat gembira .. Yelah , segalanya di hujung jari .. Masih ingat lagi saat itu , aku guna modem 33.6kb.. Memekak jer .. hahahah..
Sejak itu aku ketagihan dengan dunia maya ini .. Melepak di ruang chat bersama sama kawan kawan maya adalah rutin aku setiap hari.. celik mata je terus bukak internet .. tidur pon lewat .. Hurm.. Bil telefon ? Jangan cerita la .. 4 angka beb !
Orang kata bila segalanya dihujung jari , maka ada keburukkannya. Yup.. aku tak nafikan semua itu.. Pelbagai pengalaman aku lalui .. Paling banyak ialah bila kawan menjadi lawan .. tu memeritkan .. Yelah , bukan setakat siber tapi dah jadi kawan rapat.. Segalanya dah dia tau .. tetiba jadi musuh ! Hurm.. kecewa ..
Dan sekarang .. blog .. Mereka sangka bila dah keluar dalam majalah , maka aku akan jadi popular ! Tolong buang anggapan itu ... Tidak benar sama sekali .. Dan paling teruk , ada yang kata .. habis la , pasni ramai perempuan nak kat aku ... Aiseyman.. tolonglah .. Aku semakin berumur .. semakin boleh fikir mana baik dan mana buruk .. Godaan siber ni bagi aku sekarang tidak lagi membahayakan .. Aku dah lali .. Bukan sombong , tapi itulah kenyataannya ..
Godaan sebenarnya adalah di depan mata setiap hari ... Apa yang kita lakukan setiap hari.. orang yang kita temui setiap hari.. itulah godaan paling bahaya ..
Kalau setakat dunia maya , pacak gambar yang entah berapa tahun lepas .. atau dah berapa kali edit .. tapi bila jumpa , " eh .. dalam nape nampak lain ? "
Apa nak kata .. itulah hakikat kehidupan .. itulah yang kita nak , itulah yang kita nampak.. dan itulah yang kita dapat .. sedangkan yang tersembunyi itulah keindahannya ..
Hurm... sejak sekolah lagi , aku amat tensen dengan rambut aku... Aku pernah membotakkan kepala aku selama setahun.. Asal tumbuh je rambut , aku 'mesin'kan dia... haaa... ala , guna mesin tu la. kasi rata ... Tapi yang tu , aku terpengaruh dengan gaya Amy Search sewaktu dia solo .. Best apa botak .. Sejukk jer ... hehe.. Bila mandi tu , rasa cam .. urmm .. " Aku dah basuh kepala ke tadi ek ? "
Setiap 2 minggu , aku pasti jengok kedai 'pakcik' aku kat Precint Diplomatik ... kedai gunting rambut .. hehehe... Setiap kali bila aku nak gunting rambut ,pasti nak batalkan niat aku tu .. Tau nape ? Sebab bila dia sikat rambut aku tu , nampak kemas.. hensem la pulak.. Kenapa bila aku buat tak nampak begitu ???? Arghh..
Teringatkan kenangan tu , hari ini dalam sejarah.. aku sikat rambut aku.. Aku tak pernah sikat rambut aku sejak sekolah ... hehe.. aku gunakan jari jemari runcingku ini .. cewah.. runcing la sangat .. Haha..
Baru aku sedar ... sikat rambut dengan kelembutan.. belai dia ... baru kemas rambut tu.. oooo... ok... baru aku sedar .. Tak guna 'mengasari' ...
Hidup kita ni .. untuk menundukkan seseorang , kita gunakan dulu kelembutan .. kalau tak nak gak , baru la gunakan kekerasan .. itu pon jika perlu sahaja .. Hurm... Tapi utamakan kelembutan .. Baik air ... sapa sangka air mampu memotong besi keluli yang keras itu ?
Termenung seketika ..
Merenung di luar tingkap ..
Menghirup udara segar ..
Nyaman.. damai .. sayu...
Ya Allah .. Sehari lagi aku bernafas..
Dengan ikhsanMu .. milikMu ini bersyukur ..
Diberi peluang sekali lagi membetulkan segala kesilapan semalam ..
Diberi peluang sekali lagi merebut syurgaMu , Ya Allah ..
Termenung setika ...
Merenung kembali ..
Dosa dosa silam ..
Sewaktu aku bergelar anak .. kawan ... kekasih .. suami ..
Ya Allah .. Tak terkira dosaku ini ..
Takutnya ... malunya .. segannya ..
Aku tak mampu mengangkat muka ini mendongak ke langit ...
Aku malu meminta padaMu , Ya Allah ..
HambaMu ini hanya pandai meminta minta ..
Bersyukur hanya dimulut .. perbuatan jauh sekali ..
Ya Allah .. Ampuni segala dosaku ini ... Ampunilah segala dosa ku ini ..
Subuh seribu makna... Antara sebab kenapa subuh itu indah ..
Bukan rezeki saja dibuka pintunya malah keinsafan diri menjengok kita ...
Aku terbaca satu entri sewaktu mengusha entri entri para blogger terbaru di KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ( link ) tadi .. Katanya dalam entri tu , dia teringin nak jadi blogger popular sbb banyak perkara ..
Hurm... aku bukanlah blogger popular untuk memberi nasihat atau contoh tapi bagi aku la kan .. tak perlu jadi popular.. sbb bila dah popular , kena berlakon.. berlakon mengikut kehendak semasa ... Dah tak original .. Entri dalam blog pon jadi tah hapa hapa jer .. sbb terpaksa mengikut kehendak 'penaja' ..
Kalau teringin sangat nak jadi popular semata mata nak kejar glamer .. toksah la.. nanti hidup tak tenang.. Macam aku ni..walaupun tak popular , tapi ada je orang kantoi aku .. Baru ni kantoi dalam LRT .. aku tak kenal dia.. tapi dia kenal aku ! Haa... camana tu ? Bayangkan masa tu aku tengah korek telinga ke.. hidung berair ke.. dia amik pic diam diam. pastu buat entri.. Sapa malu beb??? Sapa maluuuu ???? Mak bapak aku tak malu beb.. jiran aku malu !! Sbb berjiran dengan aku haaaa..
Nikmati saat korang sekarang .. tak kira picisan.. baru .. lama ... enjoy laa.. toksah beria sangat laaa .. Ala kadar janji happy.. tu yang penting sebenarnya ...
I follow .. u follow.. okeh ? Okeh aja dong ... Janji ribu ribu.. kasi kalau itu blogger popular .. kan kan ? Ok.. itu bukan isunya .. Aku tamo bicara isu basi tu dah .. Cuma kebelakangan ini , trend follow memollow ni berkembang pesat .. Bagus la... nanti dapat semangat memollow .. tapi semangat blogging tu takde .. Sbb apa , dok bz memollow .. pastu dok bz tinggal jejak ..
Tinggal jejak tu boleh .. takde masalah.. bagus sekali .. Enak bangett... Cuma yang tak kenanya ialah , satu hari satu entri.. Entri pulak tu cerita dia makan nasi tadi.. Kemudian dia blogwalking sampai ke isya' ... baki malam tu dok sibuk kutip link orang dan seterusnya memollow... pastu paksa orang memollow dia semula .. Salah tu dik.. .tak kena cara ..
Cara untuk memikat follower ni ialah dengan entri yang best .. menarik.. dan mampu memberi ekspresi di wajahnya... Kemudian ada interaktif.. Bermakna , pembaca pasti berminat nak meninggalkan komen.. Haa.. camana nak buat entri gitu ? Jangan buat entri lucah atau entri menyakitkan hati orang.. tu bukan entri.. tu bateri low namanya ! OKeh ?
Di Facebook lak ... contest yang melibatkan 'tolong klik like' .. hurm... Aku perasan gak.. siap bagi mail suruh aku tolong klik like supaya dia menang.. Huih.. Ini bermakna , sapa ramai kawan , pasti boleh menang kan ? hurm... I like ... Ini dah spesis AF ni ... cuma tak perlu bayar je la.. bayar bil letrik dan bil internet .. heehehe..
Itulah antara dua trend yang sedang berkembang pesat di dalam dunia maya kita . Selain tu , kehadiran blogger yang semakin ramai .. Wah... best buat segmen ni .. kan ? hehehe..
Ok .. aku sangat sangat penat.. dah g gym .. pastu jalan kaki lagi.. main hujan... nasib baik bukan malam jumaat .. kalau tak ? Blog ni sahih bersawang .. kalau tetiba ada update tu , bukan aku tau !! haaa.. baik larikan diri jer ...
Ok .. entri ke tiga untuk malam ni... hehehe .. Giler arrr.. ok ok... Yang ni simple punya .. nak umum pemenang bertuah .. untuk soalan no 4 ( link ) .. Kenal mamat bawah ni ???
http://goldazone86.blogspot.com
Sila tinggalkan no tel anda yer En. Awangku Johan ..
Tahniah yer .. dan terima kasih buat semua peserta ..
Sekarang... ada satu lagi contest... tapi khas untuk perempuan saja .. Berminat ? Jom... tapi pastikan ada FACEBOOK laa yer .. Meh klik sini
Aku baru terima mail di Facebook dari seorang rakan .. Hurm... Beliau juga seorang blogger seperti kita .. Menurutnya ... erm.. apa kata aku copy paste je la kata katanya .. ok ?
"adik aku ada ketumbuhan dalam kepala dia.. baru tau semalam... minta tulun bro doakan kesihatan adik aku jer... itu jer... aku sedih.. aku risau... sebab ketumbuhan tu besar... nak kena operate... macam-macam aku pikir.. aku cuba taknak pikir yg bukan2... cuba aku berharap.. doa dan solat hajat dari kawan-kawan untuk kesihatan yang baik untuk adik aku.. itu sahaja... terima kasih sgt2 bro... atas doa bro..."
Hurm... untuk lebih lanjut .. boleh baca entrinya di sini .. Sama samalah berdoa agar adik rakan kita ini selamat menjalani pembedahannya nanti.. InsyaAllah ..
Baru sampai rumah .. Sampai kat stsn ERL Putrajaya dalam kul 8.50 malam ... call wife .. bagitau tak yah jemput.. aku nak jalan kaki dari stsn tu ke rumah aku nun jauhnya terletak lepas dari Alamanda .. hampir 20km la jugak ..
Saja berjalan nak menghirup udara malam .. Kepala yang penuh dengan segala tekanan , aku harapkan dapat dilepaskan malam ini bila badan terlalu penat ..
Mmg best.. berjalan sambil layan mp3 .. Mau jugak 2 jam berjalan kaki .. Peluh ? Jangan cerita la.. Nasib baik aku pakai t-shirt .. tapi seluar kerja dengan kasut kerja la.. hehehe..
Aku mmg tak gemar tunggu orang .. dan aku sendiri tak gemar orang tunggu aku .. Prinsip aku .. tapi kalau dah ada halangan , nak kata apa dah kan ... Hari ni aku ke pejabat tanpa laptop.. Rasa ..hurmm.. cam bogel lak... walaupun ada hp tapi tak puas.. aku tetap nak ada laptop dalam begpack aku ni.. wife nak guna.. nak kata apa kan .. kasi je la..
Belum sempat aku sampai rumah .. rupanya wife keluar cari aku.. tak kasi aku jalan kaki .. Adeh.. potong stim tul.. terserempak dengan dia kat Taman Botani ... Berdekatan ngan Alamanda dah tu.. tak jauh gak la kan .. Kira aku berjaya gak cipta rekod peribadi ..
Aku mmg giler jalan kaki dulu .. Takat dari berjalan dari KL ke rumah aku dulu nun di cheras tu , biasa sangat la zaman remaja dulu.. bukan apa , saja nak test stamina.. heheeh.. Nak harap jogging, liat nak bangun pagi.. jadi kesempatan yang ada ni , aku gunakan..
Tapi mmg penat ... hehehe.. oh ya.. lupa.. aku tak makan apa pon hari ni.. cuma telan biskut oats dan air kosong saja... Amacam .. rasa rasa stamina mantap lagi tak ?
OK... seorang lagi penaja sudi menaja contest untuk petang ini ... >> Syafiq Sulaiman .. Sila rujuk blognya untuk mendapatkan jawapan ..
Soalan 1. Dalam senarai link exchange.. no.2 amek jurusan ape
Soalan 2. berapa jumlah bloglist ade dalam blog saya
Soalan 3 : Namakan blog miliknya..Url penuh yer .. Sila rujuk BEN ASHAARI II ( clue - piekthuamd )
Cara menjawabnya ... buat satu entri ..
Di ruangan komen .. masukkan jawapan beserta url entri anda .. Pemenang diambil kira melalui paling pantas dan tepat ..
Dan pemenangnyaaaaaaaaaa ... haaa... ramai salah tang pekerjaan tu .. Hehehe.. selepas itu baru laa ada sorang .. tepat dan pantas.. Rasa rasa sapa ?? Teeettt.. salaahhhh .. hahaha... Dengan ini , pemenang untuk soalan ke tiga tajaan Dr.Mohd Hafiz ini ialah....
http://cahayanurqasih.blogspot.com/
Terima kasih semua .. Ada 20 penyertaan semua ... hehehe .. Cik Cahaya.. sila email alamat rumah anda ke email saya untuk tujuan penghantaran hadiah.. cepat cepat ! Emak ke benashaari@yahoo.com ...