Mitsubishi Lancer
Sama tapi tak serupa kan ? Tadi kat Putrajaya , kedua dua kereta ni bersebelahan antara satu sama lain .. Mmg aku teringin nak nak tengok apakah perbezaan kedua dua kereta ni ..
Aku bukan mat kereta .. Jadi aku tak tau perbezaan tu dari segi teknikal atau mekanikal .. Bukan bidang aku .. Tapi bila dah depan mata tu , aku nampak la perbezaannya dari segi fizikal ..
Selama ni aku dok tengok INSPIRA dan dok cari apa yang tak kena dengan kereta tu sedangkan body kereta tu sama jer .. Dan peluang untuk mencari kelainan itu terpampang di depan mata itu pon hanya di bahagian belakang kedua kereta tu ..
Hanya sempat nampak dua saja ... Yang pertama , lampu yang lebih terang pada Lancer dan warna yang lebih menarik dan 'hidup' berbanding INSPIRA yang lebih nampak malap atau 'mati' ..
Bukan nak membezakan.. Harga pon jauh mahal lagi dari INSPIRA cuma aku nak cari kelainan yang sering bermain di kepala aku.. dan aku dapat jawapannya .. Jika nak bagi sama , tukar cat dan lampu.. Part lain aku tak perasan.. sori , aku bukan pakar ..
Itulah dunia blog .. Jika blogger diperbandingkan antara satu sama lain , akan ketara nampak perbezaannya .. Patut atau tidak ? Sebenarnya apa yang boleh kita buat ialah layankan jer , nikmati kedua duanya ... Masing masing ada kelebihan dan kekurangan .. Tak perlu nak bandingkan jika kita sendiri pon berada di satu peringkat yang mana KITA SAMA JER WALAUPUN TAK SERUPA ...