FACEBOOK atau TWITTER .. dikatakan medium untuk bertukar pendapat tapi sebenarnya kaunter tiket ke neraka bila disalahgunakan seperti mengumpat ..
Pernah jumpa status status gini di FB atau TWITTER ? Aku pasti korang pernah jumpa punya .. Yang ni lebih berhati perut gak la.. Ada yang lebih teruk dan kejam dari status yang aku tulis di bahagian tajuk tu haa.
Ramai tak sedar , setiap kali status sebegini diupdate , ianya umpama 'satu meter pengumpul dosa 'bergerak buat si penulisnya kerana ramai yang membacanya lalu bersama sama memeriahkannya lagi ..
Yang benar benar menggunakan FACEBOOK ni , tak ramai pon kan ? Memula tu mmg betul tujuannya tapi bila dah ramai tukang cucuk terutamanya tukang LIKE tu , makin menjadi-jadi keseronokkannya mengumpat kan ?
Hurm .. tapi bagus ada yang menyedarkan bila kita tersesat sebentar .. Kalau aku punya status tersesat sebegitu rupa , dan ada yang menegur .. dengan pantas aku delete.. Malu sendiri .. Yelah , terikut kata syaitan yang akhirnya menyesatkan aku sendiri .. Hurm..