Esok cuti ! Nak gi mana ? Hurmmm.. Aku ada dah plan tapi untuk esok , mungkin nak luangkan masa bersama wife yang nak cari baju kerja dan baju raya..
Tapi malam , nak g lepak kat Putrajaya ! Malam kat sana meriah woo.. Budak budak pon suka ! Leh main bola kat depan Mahkamah Putrajaya tu.. hehehe ..
Walapun gitu , aku tetap ada masa kualiti dengan anak anak.. tak perlu tunggu hujung minggu ! Hari hari boleh ! Dan inilah yang mereka nak sebenarnya. Bukan mainan.. bukan taman tema ! Tapi masa dengan mereka.. kan ? Tak caya , cuba ingat balik kenangan bersama orang tua kita.. apakah yang paling diingati ?
Jangan sampai , segalanya berlalu begitu saja ..dan kita kehilangan masa itu tanpa digunakan dengan penuh manfaat.. terutama anak anak ! Bila dah besar , mereka akan sibuk dengan dunia mereka.. Kita ?