“ Awak , siapa yer ? Blogger ke ? Atau media ? “ .
“ Saya , blogger.. “.
“ Oh .. blog apa yer ? “ .
“ Airbatucampur dot com. “.
“ Oooo.. “.
Oooo jer ???
Lepas perkenalkan diri , terus hulurkan kad bisnis milik kita. Inilah caranya .. Samada dia kenal blog kita atau tidak .. popular atau tidak , tu lain ceritanya ! Yang penting , kita dah tambah satu lagi jalan untuk mendapatkan job untuk masa depan , andai kita ingin mendapatkan pendapatan melalui penulisan blog.
Ada yang tak kisah .. Ok , fine .. tapi kalau tak popular blog kita tu , sapa masuk baca ? Kalau sehari trafik tak sampai 10 orang .. tu baru tak popular.. Tapi kalau dah beratus , tu dah kira popular la tuuu.. Jangan ingat popular tu wajib tayang muka dalam majalah , tv atau perlu buat duckface ??
Haihh.. tak perlu pon laaa.. Ianya melibatkan penulisan dan juga pengaruh kita di media sosial .. Dan tak semestinya semuanya kerana duit pon.. Ianya bonus jika ada penawaran melibatkan money moneyy ..
Popularkan blog .. bukan utk jadi retis atau berlagak top gitu. Tapi penting untuk memajukan lagi serta meningkatkan kualiti penulisan kita jika untuk pergi jauh..
Kalau tulis , takde orang baca.. lama lama tutup gak kan ? Melainkan jika tulis untuk kita kita ajaaaa ..
Terpulang.. bagi aku , popularkan blog adalah untuk menarik pembaca baru setiap hari ..