Kalau ikut dari apa yag aku setting di aplikasi tu , kandungan wife dah berusia 31 minggu..
Tapi ada sedikit masalah. Wife dah cerita dalam entri yang dia karang sendiri di blog aku ni. Dah baca ? Haaa.. Kalau belum , sila gi baca sendiri , entri bertajuk Kolum Si Isteri: Bukan Masalah Darah Rendah.
Esok gi check up rutin di klinik kerajaan. Risau sebenarnya aku. Kalau wife masih lagi belum ok , confirm kena warded. Kalau kena warded , si kecik berdua ni ?? Adehh.. mau meleleh air mata wooo ..
Dah la sekarang ni , bila bangun je tidur .. terus cari mak dia kat bawah.. Kalau tak jumpa ? Aduhhhh ..
Terfikir sejenak aku.. camana la nasib budak budak yang kehilangan ibu atau ayah mereka sewaktu mereka kecil lagi ? Cam Zahra sendiri.. bila g umah atuk dia.. terus cari tok dia.. masuk dalam bilik. Dia tak tau tok dia kat wad masa tu.. hurmm.. Ni kalau mak dia ? Bukan sehari dua kena tahan .. kalau kena tahan la. Mintak mintak tidak laa !
Baby menunjukkan keaktifan sekarang ni. Kalau tunjuk kat Zahra , dia tahu ada baby. Siap cium perut mak dia.. Huhuh.. Qhaliff , pon tau cuma dia ni ada poyo dia skit.. Tak menunjuk sikap prihatin tapi dalam diam , dia jaga ! Terutama bila bermain berhampiran dengan mak dia.. Huhu.. pesan kat adik dia…
Wife dah diberi cuti hingga Jumaat depan. Kalau tak ok lagi , kena cuti dan cuti lagi.. Pastinya budak budak ni dah kembali rapat ngan mak dia. Nanti nak kerja balik.. fuhh.. mesti payah ! Terutama aku.. hehehe..
Doakan segalanya selamat dan dipermudahkan.