Jangan salahkan aku kerana aku berblog ! Dia yang suruh dulu .. Haa..skang aku sudah ketagih , sapa salah ??? Dia la kan ? Haa... bukan aku kan ? Guwau jer... hehehe..
Kena la pandai bahagi masa .. Berblog dan bersama isteri .. baru la seimbang kan ? Ni kalau dok mengadap netbook jer , isteri mana tak merajuk kan ? Silap silap kesemua isteri leh merajuk weh ... hehehe.. bukan kesemua isteri aku la.. aku ada satu jeee... hahaha.. adeh.. ada gak makan oats je malam ni .. hahaha ...
OK ok .. terus terang .. mmg ada terasa.. mmg aku habiskan banyak masa dengan blog ! Sangat banyak masa okeh ! Kenapa aku tak bahagikan masa ? Aku berpegang pada satu prinsip .. JIKA INGIN BERJAYA , SILA BERKORBAN ! Aku tak reti nak buat smart blogging .. aku tak minat nak buat smart blogging .. Aku berpegang pada konsep work hard ! Kenapa ? Sebab aku minat ! Aku nak berjaya dalam dunia blog ini.. Aku nak buktikan aku mampu dikenali dengan blog ini ..
Sekali aku mula , aku takkan pandang belakang .. kalau nak suka suka , dari mula aku akan jadikan ianya playground aku .. Maaf.. berblogging bukan tempat aku buang masa .. Bukan tempat aku bersukaria .. Blog ada dunia aku ... Disitu akan aku ciptakan kejayaan buat diri aku dan juga kesenangan pada isteri aku ..
Tak de jalan mudah untuk berjaya.. Termasuk dengan bisnis online , atau mlm atau apa saja yang menjanjikan kesenangan , tiada jalan singkat ! Segalanya kena usaha dan sabar !
Semalam , Mia ( PR 1TUBE.MY ) ada tunjuk kat aku , big boss LES COPAQUE ( upin dan ipin ) ..dia bagitau aku , rumah dia siap guna lif tuuu.. menunjukkan betapa kayanya dia... Tapi sedarkah , untuk kaya sebegitu rupa , animasi UPIN dan IPIN ini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi dari kakitangan dia ! Bukan mudah nak buat animasi weh !! Aku pernah terlibat .. aku tau la camana.. siap kena tidur kat opis ! haaaa..bukan sehari dua.. kadang kadang hari ahad je baru nampak kat rumah .. nasib baik aku bujang.. kalau dah kawin ? Mau perang badar kat rumah aku !
Apa pun , tiada jalan ringkas menuju kejayaan .. Lebih sukar , lebih menarik.. Contoh lain , tengok je PAPADOM ... Akhirnya , aku buktikan pada wife , yang aku juga boleh meningkat maju dan ianya terbukti.. Sekarang ? tak dah macam dulu.. dia pon faham dah ..