Sian.. dah la perempuan tu terlantar kat wad akibat dibelasah dek teman lelaki dia pastu kena belasah sekali lagi dek jantan dayus tu lagi depan pesakit pesakit lain di wad tu gak ! Gila peeee...
Menurut HMETRO , teman lelaki perempuan tu dah belasah dia 10 kali sejak menjalinkan hubungan 5 bulan lalu.. Bermakna 2 kali sebulan la yer .. hehehe.. boleh pulak gitu yer ?
Aku petik skit eh ...
" Mangsa dibelasah di dalam wad ketika teman lelakinya itu datang melawatnya. Walaupun terdapat beberapa pesakit lain dalam wad berkenaan tetapi teman lelaki mangsa tidak menghiraukannya sebaliknya terus menumbuk muka mangsa hingga lebam di bibir.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fiza, 36, berkata sebelum dimasukkan di hospital itu, dia dipukul, ditendang, diterajang dan dihentak dengan kepala oleh teman lelakinya di muka dan badan hingga cedera.
Katanya, pergaduhan tercetus apabila dia sudah tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya yang sering bertindak di luar batasan memukulnya lebih 30 minit. "
Haaa... tengok...eh.. tengok lak.. haaa..baca tu.. gila tak gila laa.. tadi aku punya entri 10 batang jari ilang kes cemburu punya pasal .. gamaknya kalau lelaki ni dah telebih cemburu , apa laaa yang hilang yer .. Nyawa? mintak mintak tak la gitu...
Nasihat aku .. bila ada lelaki spesis gini dijadikan teman lelaki , bawah bawak dia ke masjid.. dekatkan diri dengan Allah.. sejuuukk hattii tu nanti... Jangan di usung ke disko.. makin bermaharaja syaitan dalam diri tu nanti ...
Berita sumber HMETRO