Hehehe.. semakin lama dalam dunia blog , semakin kita kenali ragam blogger .. Ada yang kata , mereka mendekati blogger blogger lama , hanya kerana nak menumpang 'trafik' .. Betul ke ?
Hurm... aku ? Bab trafik ni , perkara kecik je .. tak bawak mati semua ni .. Sebab tu aku suka promote kawan kawan yang lama mahupun yang baru .. Apa guna nak kedekut kan ?
Cuma , tu la .. aku terkilan bila yang mula pandai menari ..sedangkan dulu beria mintak kita promote dia .. sanggup buat apa saja .. Maaf bukan ungkit tapi sekadar pengajaran buat mereka yang baru nak mula melangkah .. Bila dah pandai menari , mulalah tunjuk belang ..
Ini bukan kali pertama .. bukan kali ke dua .. bukan kali ke tiga.. Aku tak mintak sapa sapa dengar cakap aku .. sanjung aku.. puji aku.. Mintak maaf .. tapi jika anggap aku ini kawan , gunakan kebijaksanaan untuk menegur jika aku ada salah atau silap.. Aku jugak manusia biasa .. Bukan tak tau nak cari kat mana .. Bukan tak tau nak hubungi camana ...
Aku amik contoh aku dengan MAT GEBU .. Kitorang ni dah setahun lebih berjiran ..Mmg ada yang dengki .. ada yang cuba porak perandakan 'rumahtangga ' kitorang .. tapi alhamdulillah.. apa saja masalah , kitorang selesaikan dengan matang.. Telefon ada .. Ym ada.. hubungi je la.. bukan susah kan ?
Hilang kawan ? Ni bukan kali pertama .. banyak kali dah berlaku pada aku .. dan aku percaya .. Kawan sebenar adalah kawan yang senantiasa menegur salah dan silap.. Menyokong tatkala memerlukan .. Senyum di kala duka .. Menangis tatkala gembira .. Ketawa di kala suram .. Itulah kawan ..
Jadi , kalau tanya aku semula .. BEN , Kau nak terus promote blogger blogger baru ke ? Jawapan aku cuma satu ... jika aku rasa dia mmg patut dipromotekan di kalangan pembaca aku , kenapa tidak ? Aku rugi apa apa ? Tak kan ? Biarlah blog aku ni nampak bodoh atau tidak berinfomasi bagi mereka tapi bagi aku , blog inilah segalanya bagi aku ..
Mmg selepas ini aku berhati hati dalam memilih kawan ... Walaupun berkali aku terkena , aku tetap percaya pada takdir Allah .. Lari 1 , 10 lagi datang ...