Satu tajuk yang confirm mengundang ramai pembaca tak kira rakan -rakan atau pun haters untuk mengetahui intipati entri tersebut.. Betul tak ? Cara paling mudah untuk menarik trafik .. kan ?
Bayangkan yer.. kita buat begitu atas niat nak buat entri reverse psikologi tetapi fahaman pembaca lain pulak ... Yang datang , turut sama kutuk .. Bangga dapat kawan kawan yang sama 'geng' .. Best ! Best la kan ? Padahal entri tu , maksudnya lain.. Nampak sangat baca dengan hidung .. Kalau diperhatikan entri tu , sebenarnya adalah untuk mengetuk kepala seseorang tetapi jadi lain ..
Ok.. tak kisah la kan .. Tapi nak tanya .. Sapa yang kutip pahala dan sapa yang akan kumpul dosa sekiranya kita buat entri begitu ? Mudah je ? Pahala dan dosa tak nampak .. Sebab tu tersenyum lebar je kita bila melakukannya .. Bagi yang beriman , mereka merasainya .. Sebab itu mereka takut melakukan dosa ...
Orang kata , makin kita berjaya , makin ramai yang membenci .. Hakikat itu perlu kita telan jika ingin berada di kemuncak .. Yang membenci ni , tak tau la kenapa .. Nak kata sbb meluat , apa puncanya ? Nak kata iri hati , pasal apa ? Nak kata cemburu , silalah berusaha.. Buat apa dok tanam sifat negatif tu dalam hati ? Sapa yang sakit kelak ?
Buat mereka yang sememangnya benci atau tak suka secara terang-terangan pada BEN ASHAARI , terima kasih .. Anda membuktikan segala usaha yang dilakukan selama ini termasuk SEGMEN yang membawa aku kepada satu identiti yang mana BEN ASHAARIlah pelopornya dan anda terus mempopularkannya ..
Jadilah cam blogger yang bijak.. JAGA URUSAN BLOG SENDIRI !