BEN ASHAARI



 

image

http://dilamin.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

image

http://kancil8349.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

" Ben tak pe la.. dah mantap .. post je ramai masuk baca.. kan ? "

Itulah yang aku dengar bila berbicara pasal blog dengan rakan lain ..  Luahan mereka seolah olah mengatakan bahawa blog aku ni lahir lahir terus duduk di singgahsana ..

Pergh.. Meh aku habaq korang .. Ni cerita benar ni .. Memula aku buat blog , aku selalu tidur 3-4 pagi .. Kul 6 pagi bangun g kerja .. Dalam kepala aku 24 jam hanya dok pk apa entri yang best untuk aku update .. Senantiasa .. aku hanya fikirkan bagaimana nak bawak blog aku ke depan .. Bagaimana aku buat 'mereka' ingat blog aku.. Hafal url blog aku tanpa perlu google atau tunggu aku promosi .. Aku mau mereka bangun pagi dan masuk baca blog aku sebelum baca online akhbar ..

Tarik muka ? Hehe.. puas dah wife aku tarik muka dek 'kegilaan' aku tu.. Hehe.. jgn kata wife , mak aku pon siap kata kat aku ... " Tak risau ke  wife merajuk ke apa ke ? "...

Aku mampu senyum jer .. Aku yakin apa yang aku buat .. Yakin sangat sbb aku punya perancangan yg teliti.. Apa yang aku perlu adalah masa .. Hanya masa saja.. Mana ada jalan ringkas nak berjaya kan ?

Bila diorng buka mata ? Kalu pertama aku dapat cek dari NUFFNANG yang mana jumlahnya mmg berbaloi .. Baru diorng sedar yang usaha aku selama ini bukanlah sia sia belaka ..

Bila lagi ?

image

Bila terpapar muka aku dan nama BEN ASHAARI besar besar kat majalah Rapi .. Sapa sangka kan ? Serius aku pon tak jangka aku mampu pergi lebih jauh ...

Dan minggu depan aku akan berada di DIGI WWWOW .. aku antara finalist yang akan hadir di sana ... (SINI) ... Dan sapa sangka , setiap hari aku terima email pelawaan serta rezeki yang tak kunjung putus ..

Semuanya berkat kesabaran serta usaha gigih aku selama bertahun lamanya .. Aku sememangnya percaya rezeki aku di dunia internet ni sejak aku mula kenal internet .. cuma aku tak tau bila dan bagaimana ..

Alhamdulillah .. walaupun belum cukup membanggakan namun aku tetap bersyukur sebab aku buktikan yang aku boleh berjaya sungguhpun aku ini bukan seorang blogger yang bagus ..

Tak semestinya bagus saja layak untuk berjaya bukan ? Korang jangan cepat putus asa .. Kejayaan dalam dunia blog bukan diukur oleh wang ringgit tapi sebaliknya penyampaian kita dalam setiap penulisan kita..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Alhamdulillah .. Syukur pada Allah .. Aku selalu ingatkan wife .. Allah senantiasa memberi nikmatNYA dalam pelbagai bentuk  dan cara pada kita ... Cuma kadang kadang kita je tak perasan .. Kenapa ? Sebab kita terlalu fokus pada kehendak kita .. Selagi tak dapat apa yang kita nak , selagi itu kita rasa tidak bertuahnya diri ini ..

Aku tau ramai lagi susah dari aku .. dan aku senantiasa bersyukur akan segala anugerahNYA .. Apa yg berlaku pada aku dulu , merupakan satu pengalaman hidup yang cukup bermakna bagi aku ..

Aku pernah jadi guru sandara selama 2 tahun .. Selama itu jugalah gaji aku cuma RM600 lebih selepas ditolak EPF .. Apa yang aku boleh buat dengan duit sebanyak itu ? Tolak kat orang tua .. bayar utang skit skit.. baki ? Simpan ?

Namun KEDEKUT tidak pernah ada dalam diari hidup aku.. Senantiasa aku berikan pada yang 'meminta' .. tapi bukan semua la.. aku pon tengok gak pada sapa kan.. hehe ..

Sekarang ? Selepas kawin , rezeki aku bertambah tambah lebih lebih lagi dengan adanya blog ni .. Aku tak nak mewah sangat.. Kemewahan membuatkan aku alpa.. Aku tau diri aku ni sangat... Pantang ada duit banyak .. mudah leka aku dgn duniawi ..

Sebab itulah bagi memadai dengan mampu hidup di atas dunia ni tanpa meminta sedekah atau mencuri hak orang lain .. Cuba kita tengok yang kaya raya tu.. Maaf aku cakap.. tapi hakikat kan ? makin banyak makin tak cukup ...

Disebabkan aku dah biasa dengan RM600 tu , duit yang aku terima banyak skang ni , aku serah kat wife untuk disimpan dan baki aku guna untuk kawin lagi.. eh tak.. Tanjat Beben .. hehehe .. baki tu untuk keperluan harian ..

Aku ada hajat sebenarnya .. nak belikan kamera untuk ayah aku.. sian dia ..Dia minat kamera cam aku gak .. hehe.. tapi bila dia nak beli , dia fikirkan kepentingan yang lain .. InsyaAllah , aku akan belikan dia dan bawak dia g bercuti ... Susah orang tua tu nak g jalan jalan .. Banyak sangat komitmen ..

Hurm.. hidup kita ni singkat.. Kaya camana pon.. mewah camana pon .. semua tu tak leh dibawa mati kecuali kita tukarkannya menjadi 'saham akhirat' ..  InsyaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Huhuh.. sapa sangka ? Dalam diam tak diam , InsyaAllah aku akan berpuasa dengan rakan rakan blogger untuk kedua kalinya .. lebih lebih lagi dengan geng geng blogger masakan ... huhu.. dan juga rakan blogger dan rakan FACEBOOK..

Apa best sangat ker ? Best laaa.. masa ni la korang leh tengok blogger semua pakai ketayap n baju kurung besar besar dalam blog wooo ...

Apa maksud aku ? Hahahha .. Untuk minggu pertama , confirm banyak blog cerita pasal terawikh .. buka puasa .. makan pe .. masak pe... hahaha.. kan ?

Masuk minggu kedua dan seterusnya , semua dah mula beraya ..entri kat blog pon mula ada campur panas panas skit .. hahaha.. terlupa yang mereka sedang berpuasa .. Kira terlupa la tu ..

Trafik jatuh masa bulan puasa ? Pergh.. bulan puasa la malatopss .. Kenapa ? Hahahah .. aku bagi korang satu tips .. baekkk punya .. Hehehe.. mau kah ???  Ni keyword paling popular di  bulan Ramadhan.. hehehe ..

Apakah ???  senarai hotel yang menyediakan buffet berbuka puasa satu malaysia .. Zakat .. Pasar malam ... haaa.. Paling meletops.. hahaha... JUADAH BERBUKA PUASA.. RESEPI la woook.. hahahaha..

Jangan la jerit ... tanjaaat beben tauuu...

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

 

Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.

seterusnya >> Segalanya kerana niat


Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.

seterusnya >> Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah


Sebenarnya melafazkan (menyuarakan) niat untuk berpuasa bukanlah perkara yang wajib. Yang wajib adalah apabila seseorang itu mengetahui dengan sadar apa yang akan dilakukannya. Jika seseorang itu terganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan untuk menyebut dalam hati sekedar “Inilah puasa aku”. Jika masih was-was, maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan penyebutan dalam hati tadi. Jika setelah itu masih was-was juga, maka jangan diberi perhatian, karena tidak lain dan tidak bukan dia adalah permainan syaitan.

seterusnya >> Niat Puasa

Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.

seterusnya >> Bagaimana kita hendak menyambut Ramadhan

 

Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:

1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.

2. Menelan air liur membatalkan puasa.

3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.

4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.

5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.

seterusnya >> Puasa Ramadhan : Antara yang ditokok tambah


Apakah batal puasa seseorang yang tertelan kahak? Perlukan seseorang itu berusaha keras mengeluarkan kahak tersebut walaupun perlu ketahap memuntahkannya?
Harap ustaz dpt perjelaskan.
seterusnya >> Kahak Membatalkan Puasa ?


Adab - adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
seterusnya >> Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.


Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian ?
seterusnya >> Kekeliruan Tentang Solat Tarawikh

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

" Pakwe i tak suka i ada blog .. nanti i curang katanya .. "

" Aku ari ari gaduh ngan gf aku.. Dia kata aku ramai gf .. dia ingat aku ni cam Mat Gebu ke ? Beratur je perempuan nak kat dia !! Haaa .. "

Maka berkuburlah blog .. Pelik kan ? Pahal sanggup kuburkan minat kita pada mereka yang belum lagi punya ikatan sah dengan kita ? Belum apa apa lagi nak kongkong .. Ingat diorng tu kingkong keee ..

Perlu ke dengar cakap mereka ? Alasannya.. AKU CINTA PADA MU .. ( caittt.. padayappa ! ) Cinta la konon .. Kalau cinta , hargailah minat kekasih mu itu .. Bukannya nak mengorat orang pon dalam blog tu .. Lain lah UJANG ( maaf , tiada backlink untuknya.. dia popular sudah ) ..  Ujang tu mmg buat blog semata mata nak ngorat awek.. Tu dapat bini dia tu.. ( nak kata tipu la tu ) ..

Ala.. pe salahnya .. dari kekasih korang tu merambu kat kedai mamak tak tentu hala ... dok layan tv sampai subuh tapi tidur sampai ke maghrib , baik ada blog .. mau gak kepala otak dia bergerak dari tepu gitu jer kan ?

Tapi kita yang ada blog tu pon , pandai pandai la.. jangan la sampai ilang kepercayaan mereka yg tersayang .. kan ? Iskh iskh iskh... Ingat senang ke nak mengorat dalam blog.. susah woooo ... kan ? Tamo la gitu. cian beben kan ? nanti ramai tutup blog , tak best dah kan ?

Kalau sayang , lepaskan....

image http://islamioparadise.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Alhamdulillah .. Selesai niat aku .. Baru jumpa seorang penaja hadiah aku  ( rujuk SINI ) ... Aku nak tanya lebih pasal baju tu .. hehehe.. kot leh buat sesuatu kan .. sapa tauuuu , kan kan ?

Setelah dijanjikan ... maka jumpa la kat The Mall , KL .. hehehe.. Sempoi.. cerita banyak takde , aku pon sampaikan niat aku.. nak dia designkan baju khas untuk KELAB BLOGGER BEN ASHAARI  .. haaaaaaa...

Apa yang akan tertera di bahagian depan baju tu ? Takat ni aku terfikir ...

GUA BLOGGER !

Ceriter baek baek punyeeer ...

Tagline ni aku rasa takde orang guna lagi kan .. haaa.. jgn tetiba muncul pastu kata dia punyaa.. haaa... Kan kan ? Tak baek wooo... penat aku pk sambil makan nasi ayam tadi.. Dua ketul lak tu.. Ni bukan ayam KFC okeh !

Bila akan dipasarkan ? Eceh... hahahah.. InsyaAllah akan dibuka dalam minggu ni .. Harga ? Jangan risau .. murah punyerr.. Aku tatak amik untung woooo ... Gua kan baekk punyaa..

Free ?? ala.. mana blehhh .. apa yang bestnya baju tu ? akan terselit url blog korang ... nak letak nama ? Aku tau korang segan nanti .. kang abis satu malaya tau nama korang .. kan kan ..

Haa.. korang ada idea ke ?? Ke nak letak tagline lain ? Cer kongsi bersama .. eheheh ... Opss.. GEGAR BLOG JULAI 2011 dah tutup yer .. Esok kita leh kasi gegarkan itu kepala... bermula dengan hadiah baju tuuuu.. wahahaahha.. sapa mauuuu ????

Sila check kat SINI untuk memastikan url blog korang tersenarai dengan bahagianya ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

baju siap

Ehem.. mau milik baju ini ? Nama pemenang akan tertera di bahagian depan baju manakala di bahagian belakang , url blog pemenang .. Weee... kat tepi tu ada lambang Kelab Blogger Ben ashaaari

Amacam ? cool ??? Sapa lagi yang belum join ? Cepat.. tutup kul 2 petang ni.. Camana nak join ?? Klik SINI ...Bila mula contest ni ? Esok !!! Ada lagi hadiah tauu.. hehehe .. Jangan tanjat tauuu.. Beben je leh tanjatttt .. okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

 

Hampir dua tahun ! Hampir dua tahun kita bersama .. Tapi kita berkawan lebih dari tu .. Aku rasa hampir 10 tahun jugak kot kita berkawan..

Sayangnya , hari ni aku terpaksa amik langkah ini .. Bukan kerana aku benci.. Ni segalanya kerana orang tua mu jugak .. Dia tamak !! Tamak haloba !! Tak tau kah aku ni sekadar kais pagi makan sampai bulan depan ? Kais petang makan tak abis abis ? Tak taukah dia ???

Tanjaat beben tauuu !! Bukan apa .. kot la nak cekik darah aku sekali pon , berhati perutlah skit.. tunggu aku sampai pakai Lamboghini dulu ke... Ni tidak !! Masih lagi car pool tau !!

Tak per la... aku dah amik keputusan .. Keputusan yang amat berat sekali.. Aku tak mampu menahan sebak di dada .. Tib masanya sudah kita berpisah .. Wahai cenel Astro ku... terpaksa aku amik keputusan menukar ke UNIFI ... aku terpaksa meninggalkan dikau kerana aku sudah jatuh cinta pada UNIFI .. bye bye my darling ....

Tanjat kee ????

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

 

" Ada RM2 tak ? Jumlah semua RM12 .. "  Cashier tu tunjuk kat aku kotak simpanan mesin duit tu haa..

" Takde .. tu je yang ada .. " Mmg aku bawak cukup cukup jer.. Kalau aku bawak banyak , aku makan banyak .. huhu

" Saya pon takde ni .. " Dia jawab gitu kat aku seolah olah suruh aku g cari tukar !!! Boleh gitu ??? Aku pelanggan kedai tuu.. bukan aku datang mencuri atau merompak.. Aku duduk , order dan bayar .. Jika tak duit kecik , tugas aku ke kena g cari ???

Kedai kat pinggiran Bangi tu dulu lengang giler.. Aku ngan wife kali pertama makan kat situ sbb kesian kat kedai tu.. takde orang .. Sekarang ni ramai gila orang.. Best part , tak sedap mana pon.. Sedap lagi restoran Ali Bistro yang selalu aku g..

Aku g makan kat sana tadi sbb wife jenis tak makan sangat makanan mamak ni .. Aku je suka makan situ.. Dan selepas ni , mmg aku takkan makan kat kedai tu dah ! Maaf , masuk list kedai yang aku anti dah !

Share
Tweet
Pin
Share
51 comments

 

278357_2015787399641_1392526458_32173540_4266423_o

Terima kasih IERA kerana sudi tagged Ben ini di FACEBOOK

Haa.. sapa kata aku ni sombong ? Aku ni pemalu sebenarnyaa.. haaa... Tuuuu.. nampak tak aku pintal pintal baju aku tuu.. haaa.. aku pemalu  orangnya tauu .. hahaha.. oh pliss.. tapi itulah hakikatnyaa...

Tak caya ?? Tengok video kat sini lak.. bukti aku ni tak leh bertentang mata dengan perempuan .. hahahaha .. Meh klik SINI dan SANA ..

Haa.. percaya dah ??? Percayalaahhhh.....

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Semalam aku layan Majalah Tiga setelah lama aku tak buat gitu.. Pasal pa ayat aku skema sangat ni ?? Geli lak... Tanjaat Beben.. hahahha..

OK ok.. pastu kuar la satu segmen ni .. Segmen ni tak de kaitan dengan segmen aku okeh ! Tapi segmen ni mmg berbaloi untuk dia la.. heheh.. pasti meletop sat tuan punya blog ...

image

http://fivesugargliders.blogspot.com

Aku suka bela binatang ni .. tapi wife lak spesis lari tak cecah tanah punya bila nampak binatang cam ni .. hahahah .. Bukan takut .. segan katanya .. hahaha ...

Maka aku pon terpaksa telan air liur je la melihat kecomelan si Sugar Glider ni .. Comel kan ? Ada comel cam Beben ? hahaha.. Meluat ?? oh plissss.. hahaha..

Ok... atas permintaan rakan , aku kuarkan la entri ni .. sama sama berkongsi dengan pembaca aku mengenai blog yang dibuat khas semata mata nak berkongsi minat dengan rakan yang lain ..

Comel laaa menatang nehhh .. Geget skett bleh ? Eh.. buat pengetahuan korang kan.. haaa.. binatang ni ada kantung cam kangaroo tu.. haaa.. Senang la tuan punya binatang tu sorok duit nanti kan ? heheh... guwau llaaaaa... sensitif betui laaaa.. kang Beben nanesss kangg.. haaa..

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

image

http://www.amirizzat.com/

Hehee.. masih ingat lagi... sama sama memulakan langkah dalam dunia blog ni kan Amir ? Hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

" APA AKU NAK BUAT DENGAN BLOG AKU ? "

image

"Sabar Ammar .. Kita usahakan sesuatu nanti yer ! " .. Aku cuba memujuk anak buah aku .. Kecewa dia .. Kekecewaan itu hampir membuatkan aku menjual saja blog aku .. Cerita lama ! Nak tau gak ? Baca SINI ..

Tanjat Beben kan ? Hehehe ..  Aku tau , ramai blogger blogger baru tercari cari rentak dalam dunia blog ni .. Buat la apa pon , ada je tak kena kan ? Mesti kena attack dek virus dalam dunia blog ni ..

Bila dah dalam keadaan gitu , maka berblog dengan cara selamat .. yakni main je la SEO .. Senang.. trafik pon confirm tinggi punya .. Camana ? Korang update je apa saja yang ada kat dalam berita , tv , majalah...  cerita je la pasal politik , artis .. haaa... confirm panaas blogg...

Puashati ke gitu ? Tu aku malas nak bincang isu tu .. Kalau malas nak buat gitu , senang jer .. korang cerita je pasal aktiviti harian korang dalam blog .. Yang penting , bila bercerita tu , jangan tinggi sangat dan janganlah rendah sangat.. sedang sedang gitu.. Maksud aku ialah , jangan la bongkak atau berlagak sangat bila bercerita tu ..pandai pandai la 'bawak diri' bila bercerita tu .

Aku amik contoh semalam la kan.. dalam Majalah 3 , ada cerita pasal satu binatang peliharaan ni dan pemiliknya ada blog .. Aku cari dan jumpa.. Blog dia hanya cerita pasal binatang kesayangan dia tu jer.

Nampak tak ? Ertinya jangan berblog semata mata nak pikat hati pembaca jer .. Kita takkan mampu puaskan semua orang.. Berblog je apa yang korang minat. Jangan sampai korang ilang punca disebabkan tercari cari rentak ..

Disebabkan tu la ramai blogger letak jawatan dan layan FACEBOOK jer.. lagi tenang jiwa .. Bab anon tu , jgn dilayan jer .. biasa la kan.. Cam belajar dalam kelas.. nak berjaya , kena harungi pahit getirnya dahulu...

Mana ada jalan mudah nak berjaya.. lagi sukar lagi manis kejayaan tu..
Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

DSC_0250

" Tak nak.. tak sedap ! "

DSC_0251

" Tak nak .. Tak sedap ! "

DSC_0248

" Tak nak sudah .. Aku je la makan .."

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Berikut adalah senarai TOP 10 BLOGS di Malaysia , setelah di tapis di The top 500 sites in Malaysia berdasarkan ALEXA ..

    1. (60 )  beautifulnara.com
    2. (99 )  blogserius.blogspot.com
    3. (125) ohbulan.com
    4. (156 ) Denaihati
    5. (164 ) 2Dayblogger.com
    6. (168 ) iluvislam.com
    7. (182 ) benashaari.com
    8. (200 ) amanz.my
    9. (235)  Oh! Artis
    10. (238) cikepal06.blogspot.com

Tarikh kemaskini : 2hb Julai 2011

Nak tengok selebihnya ? Meh klik SINI .. Perhatian.. ini cuma blog saja yer.. Kalau websites , kedudukannya jadi lain ..

Kedudukan ini senantiasa berubah setiap hari .. Kalau rasa nak masuk dalam ranking tu , berusahalah yer.. Tak mudah kekalkan kedudukan .. kecuali... hehehe..  ;P

Tanjaatt Bebenn...

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

Selesai dua kenduri.. Alhamdulillah .. Satu belah abang aku.. Cukur jambul anak dia dan satu lagi kenduri kawin anak sedara ayah aku .. Kedua-duanya kat Cheras .. Dan yang pasti , aku ngan wife fobia nak makan lauk kenduri .. hehe.. tak sanggup nak sakit perut lagi..

imageCSC_0241Kat umah mak aku , ni dua penunggu setia ketibaan aku setiap hari.. Kalau aku tak balik sana , nanti cari aku punya .. "Pak Ngah tak datang ke ? "

Aku mmg rajin layan dua orang ni .. Tapi bila dah terlebih layan , maka aku pening kepala lak .. Kenapa ? Yang si abang tu , cukup pantas jari dia tekan butang netbook aku tu.. Dah la tu , kalau tekan , sah sah ke butang shutdown ! Tak ke hangin ?? Tengah tengah update blog terus ilang semua .. Grrr.. Pk anak buah jer..kalau tak ? Ada gak jadi rendang tok kat situ gak ..

Ada dua lagi anak buah aku .. Yang dua tu hi tech punya anak buah .. kaki games.. Aku bagi main game iFishing.. kasi la yang practise punya mode .. Tamo koooo.. Nak tournement punya wooo...Tanjaaatt beben tau ! Pak Ngah ko pon main practise mode.. Ko lak nak ekban (advance ) punya .. huk alohh..

Bila bukak games kat htc aku , aku menyesal ..semua pakat tarik menarik ! Akhirny Pak ngah korang simpan.. baru ada akaiii .. Kang kalau jatuh ?? Tanjaatt beben tauuu ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

" Bang, camana nak bagi besar badan saya cam abang ye ? " .. Satu soalan yang aku terima dari seorang rakan di gym sedangkan badan dia tu dah jadi idaman budak budak baru di gym ..

" Bang , si Hani tu baru mengandung.. dia tu baru je kawin .. best kan .. kenapa kita .. hurm " ..  Hurm... apa yang harus aku jawab ? Sememangnya dia sendiri tau bahawa itu semua hakNYA ..

Aku , pernah merasa betapa sukarnya kehidupan ini tanpa ada kerja .. tanpa wang ..tanpa kasih sayang .. tanpa rakan rakan yang benar benar ikhlas berkawan ..

Alhamdulillah .. rezeki aku murah sekarang .. Berkat doa mereka yang menyayangi aku dan juga aku sendiri .. Sememangnya aku amat bersyukur kepadaNYA .. Kiranya kalau nak makan  apa apa pon ,masih dalam mampu .. walaupn tak la mewah mana pon..

Cuma buat masa sekarang , aku rasa Allah Maha Pemurah .. Mungkin ada hikmahNya , belum dikurniakan anak.. Mungkin aku kena berjimat cermat memandangkan aku ni kuat membazir .. Atau mungkin aku belum bersedia menjadi ayah  untuk menyambut waris ..

Apa pon , kita tak tau apa apa .. Segalanya adalah rahsiaNYA ..Kita kena beringat.. Ada yang miliki anak tapi belum lagi bahagia kerana rezeki bahagian lain belum lagi ada ..

Jadi kita kena beringat , bersyukur dalam apa jua keadaan ...

“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin.
Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya” (Riwayat Muslim).

“Doa orang yang dalam kesusahan: “Ya Allah, rahmatMu yang daku harapkan. Jangan Dikau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata. Baikilah untukku urusanku semuanya. Tiada yang diabdikan diri melaikan Engkau”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf sahih).

Jangan terlalu memandang ke atas sangat.. Kena lihat yang dibawah kita .. Ada lagi malang tapi mereka tetap bersyukur !

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Pergh..Bebenn !! haahah... adeh.. Ayat sebenarnya , "tanjaatt bobooi " kan ? Aku dok punya pikiaq laaaa memula tu..Tanjat ?? Tak pernah la pulak aku dengar perkataan tu sebelum ni ...

Tapi bila ada kengkawan kat FB dok ulang guna , baru aku dapat tangkap .. TERPERANJAT BOBOI rupanya.. hahahahah .... adoi.. slow betul aku !

Maka aku pon menyibukkan diri dengan menukarnnya menjadi TANJAATT BEBEN !! HAHAHAH.. Boleh ? Kira konon nak jadi comel la gitu kan ? Hehe.. comel la sangat.. hehehe ..

Apa plan ari korang ? Aku ? Sat g nak umah mak aku.. abang aku wat kenduri cukur jambul anak dia .. Pastu.. pastu... pastu... nak g abiskan duit .. heheeh.. abiskan duit kat kedai gunting rambut.. hehehe...

Opss. telefon berbunyi.... tanjaaatt Bebenn....

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes