BEN ASHAARI



Semalam lepas balik melepak berpasangan dengan member aku , aku ngan wife balik terus ke rumah .. Otw balik tu , ikutla satu jalan pintas tu .. nak cepat kata aku .. Bila masuk kat jalan kecil tu , kat depan kitorang ada sebuah lori kecil ...

" Perlahan la pulak lori nih " aku nak mula membebel ..

Apalah gamaknya lori ni dok buat ??? Takkan dok menjamu selera dalam lori tu .. Aku mula nak tensen dengan keadaan tersebut .. Wife aku biasa jer ... Huh..

Tak sampai 5 minit , lori tu berjaya berlalu dari situ .. rupanya jalan lopak lopak .... Bila melalui jalan berlopak tu , terpaksalah memperlahankan kereta kan ? Tak ku sangka pulak ada pocong berdiri kat tempat tu !!!

Antara keluar atau tidak suara aku untuk membaca kalimah al-quran mahupun nak berzikir untuk menguatkan diri aku .. Aku tak perasan wife aku dah .. Yang aku tau aku perlu terus memandu atau ??

Aku mengigil .. Arghhh .. aku kuatkan diri aku... Aku tak percaya pada semua ini .. Mana mungkin .. Aku tau .. Aku tau aku sedang bermimpi.. Aku perlu sedarkan diri aku !

Terbukak mata aku .. Mmg betul la aku mimpi .. Huh.. Boleh pulak mimpi evil dead neh ... nyampah tul aku !
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
"Assalamualaikum .. kami datang nak rayaa niii "

Nak raya atau duit raya ni ? Dari mana asal usul budaya memberi duit raya ni eh ??? Bila beri , adakah kita ikhlas atau sebaliknya ? Bagaimana pula budak budak yang datang tu pulak ? Adakah datang semata nak beraya dengan kita atau mengutip duit raya ?

Apa kata kita baca pandangan dari IKIM

Ramadhan menjelma lagi. Dan walaupun umat Islam baru beberapa hari melaksanakan ibadah puasa, namun apa yang ingin diperkatakan pada kesempatan ini adalah tentang amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak. Memang pada Hari Raya kanak-kanak adalah orang yang paling gembira. Selalunya mereka akan pergi ziarah raya dari rumah ke rumah bersama rakan-rakan. Tujuannya bukan untuk menziarah sangat, lebih bertumpu kepada duit raya yang diberi tuan rumah apabila bersalaman.

Duit raya yang dihulur mungkin merupakan suatu 'paksaan' bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah ia mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu. Ada ibu bapa yang memberi duit raya kerana orang lain memberikan duit raya kepada anak mereka. Jika tidak dibalas takut berkecil hati, lantas memberi kerana terpaksa atau menutup malu. Pemberian sedekah begini tentu kurang dari segi keikhlasannya.

Ada juga yang berniat untuk menunjuk-nunjuk semasa memberi duit Raya kepada kanak-kanak. Niat perlu betul, jangan sampai hangus pahala sedekah yang diberi. Seeloknya dimasukkan di dalam sampul agar jumlah wang yang diberi tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Kanak-kanak juga harus diingatkan agar jangan hanya berhari raya di rumah orang kaya sahaja. Tujuan asal berziarah pada Hari Raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama orang Islam. Oleh itu jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak-anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan. Walau macam mana daif pun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan anak-anak pada Hari Raya.

Anak-anak perlu diberitahu adab ke rumah orang agar tidak cacat tujuan ziarah itu sendiri. Tujuan berziarah adalah untuk bermesra bersama jiran atau saudara-mara sambil bertanya khabar. Jangan pula tidak makan, tidak minum mahupun berbual, tetapi hanya duduk semata-mata menanti sampul duit raya. Ini tentunya bertentangan dengan semangat berziarah untuk bergaul dan mengeratkan lagi hubungan.

Seperkara lagi ada anak-anak yang mengunjungi sesebuah rumah sehingga dua tiga kali semata-mata untuk menambah duit raya. Tuan rumah selalunya tidak menyedari kanak-kanak itu pernah singgah lantas memberikan duit raya sekali lagi. Jangan pula mengambil kesempatan kebaikan tuan rumah untuk membuat duit raya. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menerima duit raya .

Namun sejak akhir-akhir ini didapati semakin ramai yang tidak gemar membuka pintu kepada anak-anak yang datang beraya. Ramai yang 'tutup pagar' takut dikunjungi kanak-kanak yang datang untuk beraya di rumah mereka. Ada yang pura-pura tiada di rumah atau ada yang sedang duduk di rumah tetapi hanya buat tidak tahu apabila kanak-kanak memberi salam dan hendak beraya.

Ada yang malas dan takut letih melayan kerenah mereka. Mungkin juga kerana takut 'terpaksa' beri duit raya kepada kanak-kanak itu. Tetapi jika kita kurang bersedekah di masa-masa lain, masa inilah paling sesuai untuk kita bersedekah kepada kanak-kanak yang datang berziarah. Masa inilah juga kita dapat berkenalan sekurang-kurangnya dengan bertanya "kamu ini anak siapa dan tinggal di mana?"

Luangkanlah sedikit masa untuk anak-anak yang bertandang ke rumah kita. Tidak perlu tunggu 'rumah terbuka' baru hendak melayan mereka. Pamerkan kemesraan dan sifat kasih sayang kepada anak-anak yang datang menziarah . Tetamu yang datang berkunjung ke rumah akan menghapuskan dosa-dosa tuan rumah. Apatah lagi apabila dia mendoakan kesejahteraan kita kerana melayannya dengan baik. Hidup kita akan dilimpahi keberkatan.

Jika kita tutup pintu kepada generasi muda ini, mereka akan bertambah jauh dari kita. Maka jangan pula mereka ini disalahkan jika mereka lebih gemar mendengar nasihat rakan sebaya, internet serta lebih banyak menghabiskan masa di depan kaca televisyen yang sememangnya banyak menyiarkan rancangan menarik semasa Hari Raya.

Harus diingat Hari Raya bukanlah hari untuk bersuka ria semata-semata, sebaliknya ia adalah perayaan keagamaan. Maka cara menyambutnya perlulah mengikut adab dan peraturan agar kita akan mendapat ganjaran dariNya.



Bagaimana ? apa pendapat korang ?? Berat tangan memberi tapi tersenyum mereka yang menerima .. Macam tu jugak kita yang menerima bonus dari boss .. Berat boss nak bagi bonus tapi demi mengembirakan kakitangannya , diberinya .. Ikhlas akan datang kemudian setelah terlihat senyuman terukir di bibir penerima ... Wallahu'alam .

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Hurm.. korang pernah dengar bunyi guli bergolek malam malam tapi takde langsung guli tersebut ?? Huhu.. Dari mana datangnya bunyi tersebut ? Sapa pulak yang main guli malam malam ?

Cuba bayangkan bunyi guli tersebut datangnya dari bilik kosong atau jika anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat , condo atau apartment tapi rumah tersebut adalah kosong ?? Apakah yang bermain di kepala korang ? Adakah .. er.. si 'dia' yang sedang bermain ? Beranikah korang naik ke atas dan melihatnya ?

Bagaimana pula jika sedang korang lena tidur tiba tiba terdengar bunyi rantai di seret dari satu sudut ke sudut yang lain sedangkan puncanya tiada penghuni .. Adakah korang rasa korang sedang di 'ganggu ' ?? Apakah yang akan korang lakukan ?? Beranikah korang tinggal seorang diri keesokan malamnya ??
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Selamat meyambut Aidilfitri , blogger Kalamhati.. terima kasih kerana sudi meluangkan masa menyertai segmen ini ..

Kalamhati telah menyediakan kad raya untuk pembaca blognya .. Menarik sekali kad tersebut .. Selain itu dia juga menyediakan biskut raya yang mana aku sendiri minat .. hehehe... kalau layan , mmg tak reti nak berenti dah .. huhu...

Apakah kata kata yang dituliskan untuk pembaca blognya yang menarik itu ?? Jom baca sendiri .. > KALAMHATI ( link )

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hurm .. Dahsyat 13.. mmg dasyat .. mengeleng je kepala bila menontonnya tadi .. Nak salah sapa ? Bagi aku banyak pihak perlu membuka mata antaranya jabatan agama .. Cuba tengok orang orang jabatan agama .. berapa keratkah diantara mereka ni , mesra , peramah mahupun senantiasa tersenyum bila menegur seseorang ?

Kenapa ramai anak anak muda skang ni berlaku zina ? Selain cetek pengetahuan dan pemahaman agama , prosedur untuk bernikah / berkahwin menyukarkan mereka .. Tu tak termasuk lagi bab bab bab pengurusan perkahwinan seperti hantaran pertunangan dengan harga yang mengarut ngarut .. Bila kena si lelaki tu tak berkemampuan timbul satu perasaan yang dibisik syaitan agar rosakkan saja anak dara tersebut .. Baru padan muka ! Itulah bisikan syaitan dan mangsanya adalah si gadis tersebut ..

Nak kawin susah .. murtad jalan termudah tanpa fikirkan keburukkan .. Dalam kepala , lepas murtad , kawin kemudian bertaubat .. Tu yang ada dalam kepala mereka .. Contoh lain yang diberikan tadi .. kenapa tak nak solat ? Camana nak solat sedangkan tak nampak Tuhan ?? Disini peranan ibu bapa dan diri sendiri .. Jgn tunggu tapi kena cari .. Rajin rajin ke majlis ilmu .. insyaAllah ... dapatlah jawapannya ..

Menunggu jawapan pastinya akan dibisik syaitan .. Kena berdiri dan bergerak mencari jawapan yang sememangnya ada di depan mata ... Janganlah ikut perasaan dan hawa nafsu.. Pasti menyesal kelak .. Cinta duniawi jika salah pegangan kelak menghancurkan diri sendiri ..
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes