BEN ASHAARI



Ada blogger tanya aku soalan " apa pendapat aku kalau ada blogger hina orang melayu dan hina bendera Malaysia ? " .. Mudah jer ...

Ada banyak pilihan di zaman sekarang ni ... antaranya ialah :

  • Sila buat laporan polis.
  • Tubuh kelab I HATE ... di FACEBOOK ..
  • Panggil wartawan .. buat sidang akhbar ..
  • Buat entri di blog berkaitan isu tersebut ..
  • Ramai ramai pergi maki hamun dia ..

Itu yang biasa berlaku bukan ? Ada saluran undang undang .. kita ikut .. Jangan memandai mandai sendiri.. Selagi tidak menyentuh kita secara fizikal mahupun mengancam nyawa kita , bagi aku biarlah pihak berkuasa ambil tindakan ..

Aku tak nak la jadi orang melayu yang cepat melatah .. Nak hangin tak bertempat seperti kita lihat di negara negara lain .. abis buat huru hara ..

Aku pasti orang melayu bijak dan boleh berfikiran dengan waras .. Kalau nak diikutkan , cuba buka mata luas luas .. Berapa ramaikah orang melayu sendiri yang sedang menghina budaya mereka dan juga agama mereka sendiri , secara tidak disedari ?? Apakah yang patut kita lakukan ? Tubuh KELAB I HATE YOU ??

Habis tu nak berdiam diri je ker ? Kalau kita nak bergaduh dengan orang yang tidak cukup bijak , kita akan jadi seperti mereka .. Senyum dan beri mereka maklumat berkaitan dengan isu yang mereka bisingkan .. Nak hina bendera Malaysia ? Tercalarkah maruah bendera tu ? Takkan tercalar selagi kita pertahankan kedaulatan negara ini dari musuh musuh yang ingin jatuhkan negara kita !

Aku berdiri memegang bendera Jalur Gemilang ! Musuh menempelak dan mengejek namun mereka tidak mengangkat senjata .. Perlukah aku mengangkat terlebih dahulu ? Tak perlu ... Kita yang akan dipersalahkan .. Pegang kuat kuat bendera ini .. Pertahankan jika diserang .. Barulah mati bermaruah ! Mati mempertahankan bumi tercinta..

SELAMAT HARI MALAYSIA !!

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

PARIS: Senat Perancis meluluskan rang undang-undang pengharaman memakai purdah di kawasan awam dan tempat lain, keputusan yang membabitkan kurang 2,000 wanita Islam, tetapi dilihat sebagai simbol mempertahankan nilai dan budaya tempatan.

Rang undang-undang diluluskan dengan 246 menyokong dan satu menentang, langkah terakhir sebelum pengharaman itu diluluskan sebagai undang-undang. Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat, Julai lalu.

Ia bakal menjadikan pemakaian purdah suatu kesalahan, termasuk yang dipakai pelancong di kawasan awam dan tempat lain.

Rang undang-undang pengharaman itu menetapkan denda AS$185 (RM582) bagi wanita yang memakai penutup muka. Denda juga dikenakan kepada orang yang didapati memaksa wanita memakai purdah, manakala denda AS$38,000 (RM121,600) dan penjara setahun dikenakan jika wanita dipaksa memakai purdah di bawah umur.

Bagi umat Islam undang-undang itu adalah satu lagi tamparan kepada agama kedua terbesar di Perancis dan meningkatkan risiko Islamofobia di negara yang mana masjid dan rumah ibadat lain sering menjadi sasaran kebencian.

Tetapi, ada wanita termasuk Kenza Drider berikrar terus memakai penutup muka, walaupun ia diharamkan dan menegaskan beliau lebih rela didenda daripada tunduk kepada ketidakadilan.

“Ini tidak adil dan melanggar kebebasan beragama. Saya akan terus pakai purdah,” katanya. Beliau adalah wanita tunggal berpurdah ditemuramah jawatankuasa Parlimen yang mengambil masa enam bulan sebelum meneruskan langkah meluluskan undang-undang itu. – AP (BHARIAN)

BA: Kalau orang Islam buat , diorng kata kita mencabul hak manusia.. tapi diorg buat ??? Diorg aja yang senantiasa betul .. Takut dengan bayang bayang sendiri betul !!

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Lega dah sampai KL .. Sampai sampai je dapat parking cantik punya depan rumah .. Lepas turun semua beg , aku bawak kereta aku tu g servis ..

Sampai tempat servis kereta tu , aku tgk apa yang diorg buat .. Yelah , biasa wife aku yang g servis .. Hari ni aku pulak yang pergi ..

Ada sorang tu buat sesuatu yang pelik .. aku pon ikut dia buat .. tapi sebelum tu kena beratur di depan sebatang paip air .. Bila sampai turn sorang mamat ni , aku tanya dia la kat mana kereta dia .. Dia kata kat rumah .. Abis kalau kat rumah camana nak servis kereta ??? Dia kata dia datang untuk beratur dulu .. bila sampai turn dia , baru dia balik amik kereta !!! Laaa... macam tu pulak ??? Aku suruh dia g amik kereta .. Adeh..buang masa betul mamat ni ..

Bila dia balik , aku pun buat la kerja aku.. Aku buka bonet .. diikuti cap tangki air .. Aku masukkan satu batang batang hos air.. aku sedut air dalam tu ! Kasi kering !!!

Ada satu mamat datang tegur aku .. Dia tanya aku nak buat apa ni ? Aku jawab aku tak tau.. aku tengok apa yang orang buat .. Mamat tu geleng kepala .. Salah kata dia .. diorng semua nak tukar minyak hitam tu.. Yang aku keluarkan tadi tu bukan air tapi minyak hitam ..

Laaa... yang aku g keluarkan minyak hitam tu kenapa ?? Kan baru je tukar minyak itam ari tu ?? Iskh.. Aku tanya mamat tu apa yang patut aku buat ..

Dia suruh je aku beli yang baru.. dia kata sayang minyak itam yang aku buang tu.. Aku jawab jer kat dia dengan selamba .. " Tak pe.. tak kisah.. janji kereta ok " .. hehe..

Aku pon g beli minyak hitam .. Sebelum aku pergi beli tu , aku cadang nak penuhkan air dalam tangki air di enjin tu .. Aku masukkan hos air tu dan bukak paip air..

Tiba tiba berlaku litar pintas .. Berasap enjin kereta !!! Aku g masukkan air paip kat dalam tempat minyak itam rupanya !! Hadoiii.. terus kereta tak boleh start !!! Mampus aku.. camana nak menjawab kat bini aku nehhh .. Camana dia nak g kerja ??? Takkan nak kena overhaul kot ? Dah la aku nak beli hp ni.. kereta lagi ?? Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkk !! Ini semua mimpi belakaaaaa  !!!! Aku tak percaya semua ini berlakuuu !!

" Bangun bang .. dah pukul 630 dah ni.. solat ! " Terdengar suara wife aku .. Ya Allah .. Bersyukur aku.. rupanya mimpi .. Kalau tak , mati aku dengar bebelan wife aku... non stop la sepanjang hidup aku dengar lagu lagu yang keluar dari mulut dia !!!

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Tak selesai wa cakap luuu .. Tak caya ?? Sila tanya otai dapur kita .. Datuk Paduka Bentara Mat Gebu yg baru baru ini telah dikebas gambar masakannya dek .. erk.. tak leh sebut .. nanti kena saman lak .. hehe

Menurut SKMM , bila letak gambar di internet ni , selagi tak di register hak milik , gambar tu adalah milik orang ramai .. Haaa.. betul atau tidak , korang leh tanya sendiri .. Kalau aku silap , sori la yer .. cuma ini adalah maklumat terakhir yang aku ketahui .. kot ada perubahan atau terkini tu , aku tak pasti.. sila rujuk sendiri ..

Ini pendapat aku .. kalau dah letak gambar di internet ni , sila tanggung risiko sendiri .. Kalau takat gambar makanan tu , kena curik , boleh la maki maki blogger tu .. tapi kalau gambar korang yang cun tu , dimasukkan ke dalam laman web lucah ?? Tak ke haru biru ??

Korang letak la watermark ke .. landmark ke... mark n spencer ke .. kalau penyamun tu nak kebas , diorng kebas gak .. nak kata apa ?? Boleh maki hamun n buat repot je la .. kalau mengaibkan , kasi saman !!!!

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Aku pasti ramai dah baca artikal berkenaan NUFFNANG tu kan ? Pasti ada yang terjojol bijik mata bila ada blogger sampai beratus ribu dapat setahun .. hehehe .. Yeker ?? Boleh caya ke ?? Aku no komen.. Tu dia boleh komen kat LHDN .. aku tamo masuk campur yer .. siapa la aku kan.. bukan fofular ponn .. ehehe ..

Ok ..berbalik pada cerita dongeng kita neh .. Betul ke ? Aku pasti ramai dah mula dapat cheque dari Nuffnang walaupon RM50 .. Tu semua pembakar semangat ..  mesti nak pastikan segalanya benar belaka bukan ? Sehinggakan ada blogger yang hangin satu badan sbb g bank tapi tak leh cashkan , yer ? hehehe... Jgn tensen .. jadikan pengalaman berguna.. sekurangnya dah belajar sesuatu yang baru bukan ? Bagi yang belum bank in kan cheque Nuff tu , sila lakukan demikian ... Depositkan cheque anda tu ke dalam akaun bank anda yang telah wujud.. jika belum pernah ada akaun bank , sila wujudkan satu kerana pastinya akan ada cheque dari Nuff lagi.. insyaAllah ..

Aku , pada mula antara mereka yang sukar percaya tentang pendapatan melalui blog ini .. Tapi setelah setahun mengkaji  selok belok mengenai blog ini , hasil pendapatan dari blog ini bukan saja dari Nuffnang tetapi dari banyak sumber .. Apa yang perlu korang buat ialah rajin mengkaji dan membuat penyelidikan .. 

Aku bagi satu contoh paling mudah dan senang .. BLOGSHOP .. selain letakkan NUFFNANG di blog korang tu , korang boleh meniaga di dalam tu .. Perhatikan produk produk yang ada di depan mata korang .. seperti hasil kraf orang kampung yang mana korang mampu jadikannya bisnis sampingan ..

Terlalu banyak sebenarnya .. cuma kadang kadang kita ni terlalu asyik dengan yang ada di depan mata .. tak ingin mencari dengan lebih mendalam ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes