BEN ASHAARI



image

LOKASI kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

KUALA LUMPUR: Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi.


Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.

Seorang rakan kongsi tanah itu memberitahu Berita Harian, mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.


“Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu.


“Apabila tanah itu dijual pada 2009 dengan harga RM29 juta, kami sepatutnya berkongsi keuntungan RM4 juta, bagaimanapun kami tidak menerima pulangan yang dijanjikan daripada peguam terbabit sehingga kini, kecuali modal,” kata ahli perniagaan bergelar Datuk itu yang tidak mahu namanya disiarkan.


“Kami pernah bertanyakan hal itu kepada suspek, namun dia memberikan alasan proses penjualan tanah belum selesai... ada kaveat ke atas tanah itu menyebabkan proses menukar nama tidak dapat dilakukan tanpa perintah mahkamah.


“Malah, suspek sentiasa menjelaskan kepada kami bertiga proses itu bukan mudah dan mengambil masa kerana membabitkan banyak prosedur mahkamah, selain meminta kami bersabar,” katanya.
Ahli perniagaan itu berkata, kali terakhir mereka berempat bertemu kira-kira dua bulan lalu bagi membincangkannya, bagaimanapun suspek memberi alasan urusan berkenaan belum selesai.
Beliau mengaku mereka berempat sebagai rakan kongsi selalu berhubungan melalui telefon.


“Saya terkejut membaca mengenai kehilangan Sosilawati, disusuli berita pembunuhannya yang dikaitkan dengan peguam kami. Lebih mengejutkan cara Sosilawati dibunuh bersama tiga yang lain,” katanya.


Sosilawati, pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages; pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.


Sementara itu, seorang lagi ahli perniagaan bergelar Datuk berasal dari Selangor mengesahkan beliau yang membeli tanah berkenaan pada harga RM29 juta daripada mereka berempat, tahun lalu.
Beliau yang meminta identitinya dirahsiakan, bagaimanapun menjelaskan bayaran tanah itu masih belum selesai sepenuhnya berikutan prosedur mahkamah.


“Setakat ini, saya sudah membayar wang pendahuluan 10 peratus (RM2.9 juta) dan hanya menunggu proses kelulusan untuk bayaran penuh,” katanya mengesahkan sudah menerima beberapa dokumen daripada suspek berhubung pembelian tanah itu dan percaya semua proses mengikut saluran undang-undang.

sumber : Bharian

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Kadang kadang nak bukak blog pon lembab kan ? Apatah lagi nak update blog ... lembab giler jer .. Tak pee.. ada satu penyelesaian.. Sangat mudah dan pantas .. boleh update di mana mana .. Bila ada signal walaupun ciput je , pasti anda boleh post entri tersebut ..

Camana eh ?? Sebelum tu aku bagi antara kelebihannya eh .. Aku mmg suka guna dah perisian ni bila malas nak bukak browser .. Satu lagi , aku tak perlu save gambar yg aku google .. Hanya perlu copy saja kemudian paste terus dalam entri .. Mudah bukan ?

Dan lagi .. hehe... watermark .. boleh buat terus dalam perisian ni... tak payah susah susah dah nak edit sana sini .. ni kira kes terdesak ar .. cepat wooo .. fantas weh.. hehehe..

Banyak lagi la kelebihan dia .. korang cuba la guna .. pasti takkan menyesal .. Aku rasa ramai dah blogger guna .. Perisian ni dipanggil WINDOWS LIVE WRITER ..

image

Bila dah guna ni , korang akan rasa seperti maju setapak lagi dalam dunia blog .. hehe... kira canggih la skit kan .. Pendapat aku je la.. kalau korang rasa tak , aku nak kata apa kan ? Yang penting patut cuba sblm beri komen ..

Pendapat aku , tak rugi mencubanya .. Kalau nak godek sendiri , silakanlah .. hehe .. > WLW

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Aku rasa ramai dah tau dah tentang perisian khas untuk mereka yang suka berblog di mana mana tanpa mengusung laptop .. Ke ramai tak tau lagi ??

Bagi mereka yang tak tau , apa kata aku kongsikan sedikit maklumat berkenaan perisian yang sesuai dipakai menggunakan PDA .. Perisian ini di panggil WRITER FOR WINDOWS MOBILE ..

image Sesuai digunakan untuk Windows Mobile 6 dan keatas

image

image

Amacam ? Menarik ? Aku install dah dalam PDA baru aku .. mungkin akan digunakan bila terdesak jer.. hehe.. kalau tak terdesak , guna je laptop aku .. hehe ..

Kalau nak tau dengan lebih lanjut .. atau berminat nak download .. meh sini .. ( WFW )

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Haih... aku tak sangka ada spesis manusia begini ada di Malaysia .. Ingatkan dah sorang digantung maka akan jadi pengajaran pada yang lain tapi sayangnya mereka menjadikan kehidupan ala ala samseng untuk mencari makan !

Apakah dia fikir dia akan lepas selamanya ? Dimana nilai keperimanusiaan dia ? Hurm.. adakah digantung akan menyelesaikan segalanya penderitaan mangsa mangsanya ?

Ada je perkara baru digali setiap hari .. makin digali makin terkejut kita .. Dan semakin kejam kita tau si suspek tu .. Aku harap takde sapa sapa pun diantara mereka tu terlepas .. Walaupun sekecil kecil kuman bagi mereka yang mengetahui pelan pembunuhan tu patut dihukum dengan setimpalnya !

Aku dah tak sampai larat nak baca kekejaman mereka semua ni .. Aku rasa diorng tak kisah sangat sbb sekadar digantung.. sekali mati jer sedangkan mangsa mangsa mereka menderita diseksa .. Hurm.. Entahlah .. apa dalam kepala diorg ni pon tak tau ...

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Serius .. mmg aku puashati setakat ni .. hehe... pda tu boleh jadi router skali.. bermakna , aku boleh online dimana mana saja dalam rumah ni.. Aku letakkan pda tu kat tempat paling strategik ,pastu online .. hehehe.. aku tak yah tersenget senget kepala aku dah untuk tengok tv .. hehe .. pon tak perlu naik darah dh.. huhu..

Tadi otw balik , aku try GPS lak.. guna GARMIN .. mabeles ... Pastu ciri ciri yang ada dalam tu selain dari dua menda tu , kompas ,kamera 5.0 skali ngan flash dan banyak lagi la.. Paling best , skrin bapak besar.. hahaha... besar lagi dari IPHONE .. Harga ? Cuma RM.. erk.. tak leh bagitau.. nanti orang marah .. tapi tak mahal la.. Kalau nak beli , korang g kat PDA EXPERT .. situ je ada 4-5 kedai dia .. kat Mid Valley pon ada .. Dia akan install semua software , percuma ... siap bagi 8GB memori kad.. kalau tak dia bagi basic je , 2GB.. ok la kan ?

Lama dah aku tak tukar hp ni.. HTC Tytn II tu , aku beli sebelum aku kawin dulu ... awal 2008 .. kira dah lusuh gak la.. berbaloi guna Tytn II tu. lasak ..

Huih... HTC kena lantik aku jadi duta neh .. Selain dari HTC HD2 ni , ada banyak lagi .. antaranya Wildfire , Legend , HD MINI ( android n windows ) ... harga ? Bagi aku baik guna HTC dari Nokia atau yang lain sbb harga lebih kurang .. HTC ni pulak mmg dia direka khas untuk smart mobile dan PDA .. berbaloi membelinya .. guna sampai rosak.. hahaha...

BA : Sekadar pendapat aku jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes