BEN ASHAARI



 

Waalaahh .. aku pasti ramai akan berkata , " hurm.. cinta pada Allah .. cinta pada Rasul ... cinta pada Islam .. cinta pada keluarganya .. tetapi pada kekasihnya ?? " .. ARghhh.. persetankan kekasih semua itu .. Belum tentu mereka itu sempurna.. jauh sekali mereka itu setia ..

Cinta pada ALLAH ? RasulNYA ? ISLAM ? Erk.. cakap boleh .. tapi tang perbuatan ? Sebelum kita nak mencintai Allah , cintailah RasulNYA , MUHAMMAD s.a.w ...

Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Ali 'Imraan, 3:31)

 

Ok .. ni cerita aku yer.. malas la nak berkias kias .. cerita aku berdasarkan pengalaman aku .. hehe ..

Perempuan dan lelaki .. dua dua ni manusia la kan .. perangai pon cam adik beradik je.. bezanya , korang tau la sendiri .. Bukan pe , nanti ada yang bagi komen , ala manusia.. ala nama pun perempuan .. ala itu ala ini .. tu semua dah umum.. satu dunia termasuk makhluk kat marikh pon tau manusia ni gitu ..

" Kalau kau nak cari bakal kekasih atau suami , camana pilihan kau ?? " 

Treettt... koman punya jawapan ..

  1. Beriman pada Allah dan mampu membimbing keluarga ke jalan yang diredhaiNya ...
  2. Kaya ? Ala .. tak kaya pon ok .. janji berduit ..

Selebihnya , macam macam laa...

Persoalan aku cuma yang no 1 ... Tak kira perempuan atau lelaki , pastinya mereka mencari calon ada no 1 tu.. AGAMA !! Betul ?? Yearghh.. tepat sekali ... Perempuan akan terpaku bila mendengar lelaki berceramah bab agama , kehidupan .. dan mengaji Al-Quran .. Maka di dalam hatinya , Subhanallah .. itulah ciri ciri lelaki yang ku cari .. betul ??

Ramai la perempuan nak gitu .. tapi kan ... mereka sendiri bagaimana ?? Alasan mereka .. mereka sendiri dah jauh tersasar , sekurangnya bila ada suami gitu , mampu membimbing mereka ke jalan yang benar .. Hurm..

Nak  tanya satu soalan , boleh ? Nak cari kat mana yer lelaki lelaki yang soleh gitu ? Universiti ? Masjid ? Majlis majlis ilmu ? Uptown ? Downtown ? Hard Rock Cafe ? KLCC ?

Sebenarnya kan , bagi aku .. Allah dah beri hidayah pada mereka iaitu agar mencari jalan keluar dari kehidupan mereka itu .. cuma mereka yang tidak mahu bergerak .. Hanya tunggu tangan dipimpin keluar dari situ ..  Kalau si buta tak keluar rumah , sapa tau dia tu buta ? Kalau dia keluar walaupun bertongkat , InsyaAllah .. akan ada yang memimpinya dengan ikhlas tanpa mengira siapa dia itu ..

Tak kira lelaki atau perempuan , jangan tunggu 'dia' datang ... carilah .. cari .. Cari tu bukan di disko... kedai mamak ... shopping complex .. Carilah yang sememangnya 'dia' itu akan habiskan masa di situ .. Jodoh mmg ditentukan tapi tak salah jika mencari bukan ? Bak kata orang , rezeki dan jodoh , Allah tentukan .. tapi kalau duduk dalam bilik siang malam tidur , ada ke rezeki nak masuk ??

Kalau mahukan yang terbaik , cari ditempat yang terbaik ... Fikir fikirkan wahai si bujang ...

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

BA : Nasib baik aku tak tengok.. kalau tengok ,sah sah aku baling kerusi sbb tah hapa hapa punya keputusan !! Sampai ke filem pon nak dipolitikkan ...

 

Oleh Hartati Hassan Basri dan Nor Akmar Samudin

FESTIVAL Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang baru saja berakhir minggu lalu bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia.

Kedengarannya sangat megah dan besar. Namun jika mengikut pengertian sebenarnya, filem yang sepatutnya menepati tema itu adalah filem berwajah dan beridentitikan masyarakat negara ini bukannya mengambil idea luar dan dijadikan filem kita. Filem seperti itulah sepatutnya diangkat dan diperkenalkan kepada penonton antarabangsa. Penonton di barat misalnya ingin melihat pokok kelapa dan pokok pisang, bukannya pokok Krismas yang memang ada di negara mereka. Mereka ingin melihat orang makan dengan tangan dan bukannya menggunakan sudu garfu. Mereka ingin melihat budaya dan cara hidup masyarakat kita yang tiada dalam budaya mereka. Jadi apa ertinya perkara yang sudah menjadi amalan harian mereka dipaparkan semula kepada mereka. Sudah semestinya apa yang mereka ada lebih hebat lagi. Apa yang kita buat sekarang, ambil rangka luar dan isi dengan cerita kita kemudian dibawa ke persada dunia. Apa yang sepatutnya dilakukan, tonjolkan apa yang kita ada iaitu budaya bangsa yang sangat kita banggakan untuk dipersembahkan ke peringkat dunia. Kalau kita lihat filem luar yang dibawa ke persada dunia seperti filem seram Thailand, Nang Nak arahan Nonzee Nimibut, ia mengambil cerita legenda rakyat Thai dan hasilnya bukan saja popular di Thailand, tetapi juga di luar negara, sekali gus menaikkan industri filem Thai yang begitu merosot dengan filem yang kurang berkualiti.

Nang Nak menang Filem Terbaik pada Festival Filem Bangkok 1999 dan Filem Asia Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Rottterdam 2000. Melalui Festival Filem Asia Pasifik yang ke 44, Nang Nak menang Pengarah Seni Terbaik dan Kesan Bunyi Terbaik. Dari segi sambutan, jualan tiket mengatasi filem Titanic dan Jurassic Park. Begitu juga Ong Bak (2005) mengangkat seni mempertahankan diri terkenal di Thailand. Di negara kita, filem Estet arahan Mamat Khalid memaparkan budaya tiga bangsa utama yang ada dalam negara, Melayu, Cina dan India yang tinggal di Estet Cintamanis. Demi menjayakan misi 1Malaysia yang dilaungkan kerajaan, Mamat sanggup belanja duit sendiri untuk menerbitkan filem berkenaan.

Namun sudah takdirnya, filem itu tewas di tangan Magika, filem muzikal fantasi arahan sulung Edry Abdul Halim untuk diangkat Filem Terbaik manakala pengarahnya, kecundang di tangan pengarah muda, Syamsul Yusof untuk Pengarah Terbaik. Dua filem ini berjaya kerana sesuai dengan tema festival, Filem Malaysia ke Persada Dunia, tetapi hakikatnya ia dilihat mengambil inspirasi Hollywood.

Keputusan itu bukan saja membuatkan Mamat kecewa sebagaimana disiarkan dalam ruangan Interaksi pada Rabu lalu, malah menjadi bualan penggiat seni tanah ais sepanjang minggu ini. Pengarah yang sering mencatat kejayaan box-office, Ahmad Idham Nazri yang turut bertanding untuk Pengarah Terbaik turut mempersoalkan keputusan dan kewajaran juri yang dilantik menghakimi semua filem yang dicalonkan dalam FFM23. Katanya, juri sendiri keliru dengan tema festival hingga tidak tahu hendak dibawa ke mana filem itu.

"Apabila filem Magika menang, apa yang boleh kita banggakan. Sebelum diangkat Filem Terbaik, selayaknya ia diiringi kejayaan lain seperti menang Cerita Asal Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik.

"Namun sebaliknya Magika hanya menang kategori kecil. Kalau tanya pada saya, dua filem saja yang layak dijadikan Filem Terbaik iaitu Estet dan Wuhoo. Ia adalah filem orang kita yang asli. Ia adalah filem Melayu dan filem seperti inilah sepatutnya dipertontonkan ke persada dunia. "Bukannya ciplak filem mereka kerana mereka sudah ada terlalu banyak cerita macam itu.

"Membaca luahan hati Mamat Khalid dalam akhbar ini Rabu lalu, saya faham perasaannya. Saya juga berasa sangat kelakar apabila mana filem arahan saya, Niyang Rapik mendapat dua pencalonan pada kategori Anugerah Cipta dan empat pencalonan untuk Anugerah Perdana, tetapi untuk kategori Pengarah Terbaik saya dicalonkan untuk filem Adnan Sempit.

"Macam mana saya hendak menang kerana Adnan Sempit filem ringan. Peliknya, kenapa mereka tidak calonkan saya untuk filem Niyang Rapik. Tetapi saya tetap bersyukur walaupun juri tidak meletakkan saya pada kategori yang sepatutnya namun mereka tidak boleh menafikan saya dan David Teo berjaya menghasilkan sebuah filem pecah panggung. Ia pencapaian paling bermakna kerana disokong penonton filem Melayu," katanya.

Tambah Idham, kiblat juri FFM23 sendiri kabur dan apa yang dilakukan mereka seperti hendak memberi anugerah itu sama rata. Impaknya lebih mengelirukan masyarakat lalu kewibawaan juri dipersoalkan.

Katanya, juri yang dipilih masih berpegang kuat kepada teori yang mereka belajar berpuluh tahun lalu sedangkan penjurian mestilah berdasarkan arus sekarang. "Saya tidak mempersoalkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selaku penganjur FFM23, tetapi kredibiliti juri. "Kekuatan festival filem terletak pada juri di mana keputusan yang mereka buat akan mencerminkan industri dan yang menjadi mangsa adalah pemenang. "Majoriti boleh rasa siapa yang patut menang dan siapa yang tidak layak menang. "Sesiapa saja yang menganjurkan festival filem, mereka kena tahu jiwa dan roh festival itu terletak pada juri. Kerja juri bukan memberi anugerah sama rata. "Sudah sampai masanya FFM mengenengahkan wajah baru sebagai juri seperti Shuhaimi Baba, Sidi Oraza, Erma Fatima, U Wei dan Rosyam Nor kerana mereka sudah melangkah ke peringkat dunia," katanya.

Mengulas kemenangan Syamsul, kata Idham, dia perlu belajar mengarah dengan anak Datuk Yusof Haslam itu.

Katanya, sudah lima tahun dia dicalonkan untuk Pengarah Terbaik, tetapi tidak pernah menang berbeza dengan Shamsul.

"Saya tidak kisah kalau kalah di tangan Mamat Khalid. Saya ingat lagi ketika mengarahkan Remp-It, Jangan Pandang Belakang dan beberapa filem lain. Remp-It terutamanya, filem genre baru dalam industri dan berjaya tetapi ketika itu ada yang kata pada saya, saya tidak boleh dipilih sebagai Pengarah Terbaik kerana saya masih baru (ketika itu).

"Mereka juga kata Remp-It tidak menepati kehendak festival kerana tidak ketengahkan imej dan budaya Melayu, tetapi kenapa Magika dipilih sebagai Filem Terbaik kerana ia juga filem yang tiada imej Melayu. Hanya watak legenda itu saja imej Melayu, tetapi cara pembawakan dan lagunya tidak melambangkan imej Melayu.

"Ciri lain untuk dipilih sebagai Pengarah Terbaik juga berdasarkan konsistensi karya yang dihasilkan seseorang pengarah. Bukan baru buat dua tiga filem sudah layak dikatakan terbaik kerana kita belum tengok karyanya yang seterusnya. "Saya sudah buat 21 filem dengan pelbagai genre dan semuanya berjaya mengutip kutipan yang tinggi. Saya akui filem Tipah Tertipu kurang cemerlang, tetapi balik modal. Filem yang lain seperti Adnan Sempit berjaya jadi filem pecah panggung," katanya.

Sementara itu, pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil yang dicalonkan Pengarah Terbaik melalui filem sulungnya, V3: Samseng Jalanan dan Pelakon Lelaki Terbaik melalui lakonannya dalam Lagenda Budak Setan turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan juri.

Katanya, dia bangga apabila tewas kepada Bront Palarae kerana dia memang layak diangkat Pelakon Lelaki Terbaik kerana lakonan berkesannya dalam Belukar.

"Saya tidak tengok lakonannya dalam Belukar, tetapi melalui treler yang disiarkan, memang mengagumkan. Malah ramai memuji lakonannya dan meramalkan kemenangannya. Dia bukan saja hebat dalam Belukar, malah dalam drama dan filem lain. "Bagi saya kemenangan Bront adalah pilihan tepat. Bagaimanapun, apabila Shamsul menang Pengarah Terbaik, saya memang rasa terpukul habis. "Saya yakin bukan saya saja, terkejut tetapi satu Malaysia. Bukan saya kecewa kerana kalah, tetapi dari awal lagi saya yakin trof itu milik Mamat Khalid," katanya.

Kata Farid, bukan saja keputusan juri pada malam FFM23 yang dipertikaikan, malah sebaik saja senarai top 5 diumumkan, sudah ramai meluahkan rasa tidak puas hati.

"Paling ketara, ketiadaan filem Muallaf dalam senarai pencalonan dan banyak lagi. Bagi saya, untuk menjulang filem Malaysia yang dikatakan sesuai dengan tagline Filem Malaysia ke Persada Dunia, ia perlulah mengikut acuan kita.

"Lihat filem bukan satu sudut saja, tetapi pandang dari naratif, sinematografi, suntingan dan ideologinya. Intipati filem itu perlulah merangkumi pelbagai aspek. "Bagi saya filem itu perlulah mempunyai ideologi tempatan, apabila di bawa keluar negara menjadi antarabangsa dengan ideologi Malaysia," katanya.

 

-BHARIAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

GUA MUSANG: PAS membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi dan menafikan bayaran itu satu bentuk rasuah sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.

Katanya, pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada pilihan raya kecil itu calon Barisan Nasional (BN) Ab Aziz Yusoff, 49, akan ditentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44. - BERNAMA

-BHARIAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Ok .. sangat mudah ... sapa cepat dia menang ... dan hadiahnya berupa , 24 jam FEEDER blognya akan berada diruangan sidebar BLOG BEN ASHAARI !! 24 JAM tuuu.. dia saja..tak berkongsi dengan sapa sapa .. haaa...

Caranya mudah saja.... Seperti biasa ... buat satu entri ( lepas keluar keputusan , delete je la entri tu. bukan susah pon .. bukan entri kekal ) .. Apa yang perlu ada dalam entri tu hanya

1 : HEADER BLOG BEN ASHAARI image

2 : TAJUK - MARI TEKA : SIAPAKAH AKAN MENANG ?

Kemudian , tinggalkan link anda itu di ruangan entri ini BESERTA KEPUTUSANNYA !!! SIAPA MENANG DAN BERAPAKAH JARINGANNYA !! ingat .. PERLU ADA SIAPA MENANG DAN BERAPAKAH JARANGANNYA .. CONTOH : KELANTAN MENANG : 1 - 0

Jawapan tu ditinggalkan di ruangan komen yer.. bukan di dalam entri !!  nanti orang tiru !! hahahahah ...

OK ... sapa cepat dan tepat ! dia menang !!

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Opss.. aku bukan penyokong Kelantan mahupun Negeri Sembilan .. dan aku tak rasa pun akan tengok live malam ni .. Nak tengok MAJALAH TV3 berkenaan isu HAJI rasanya malam ni ... hehehe.. Aku tunggu keputusannya dah la yer termasuk ulang tayang gol gol ( ke satu gol je ? ) di youtube .. eheh..

Bukan aku tak sokong bola sepak Malaysia ni ... sokong sangat sangat.. Bangga bila pasukan kita menang tapi tu la...asik asik dok kecoh ngan THAILAND , SINGAPURA dan INDONESIA .. dan skang ni VIETNAM malah MYANMAR .. kiranya dah semua pasukan ni dah jadi cabaran untuk pasukan kita menjuarai sesuatu piala yang melibatkan mereka .. Sepatutnya lama dah pasukan negara kita ni jauh kedepan .. ni macam yoyo .. mau tak tensen ? Dah la tu , si pemimpin dok ganggu lak .. erk , maksud aku tu yang si ahli politik .. tah hapa hapa ... menyibuk betul la .. dah la kat kempen pilihanraya korang mentemberang pengundi , sampaikan ke dalam padang bola pon kalut dok mentemberang.. apa kes ? Bagi la yang selayaknya pegang jawatan persatuan bola tu ... haih .. korang duduk belakang belakang cari sponsor dah laaa... Cam ni bila nak majunya ..

Aku rasa la kan , nasib baik la ada beberapa negeri yang mana penyokong mereka masih lagi setia menyokong pasukan mereka seperti Kelantan , Negeri Sembilan , Selangor dan beberapa buah lagi tapi jumlahnya tidak sehangat  3 negeri tu .. Zaman aku dulu ( 90an)  sampai Sabah dan Sarawak penuh stadium !! Dasyat wooo ..

Ok..berbalik kenapa KELANTAN perlu menang .. jawapannya mudah jer .. SILA LA BALAS JASA PENYOKONG ANDA termasuk juga yang telah berkorban demi menyokong anda !! INGAT !! Penyokong anda merantau jauh dari KELANTAN sehingga ke KL untuk menyokong anda !!  Maka perlulah bermain mati matian kali ini .. Bermainlah dengan tanpa alasan .. Anggaplah ini perlawanan terakhir sebelum anda bersara !! Haa.. amacam ?

Kalau NEGERI SEMBILAN lak , aku tak pasti sangat la.. apakah semangat yang sesuai untuk NEGERI SEMBILAN menjuarai PIALA MALAYSIA kali ini ? Mungkin sama kot alasan dengan Kelantan tu tapi setahu aku lom ada lagi penyokong N9 terkorban di stadium kan ? Haaa...

Ini bermakna , semangat pemain KELANTAN buat masa skang pastinya tinggi membuak buak untuk menang... Berhati hatilah NEGERI SEMBILAN ..

SEMOGA BERJAYA BUAT KEDUA DUA PASUKAN INI .. PASUKAN PALING KURANG MEMBUAT SILAP PASTINYA AKAN MENJUARAI PIALA MALAYSIA KALI INI .. DAN BUAT KEDUA DUA PENONTON ,SALING HORMAT MENGHORMATILAH YER.. INGAT , ANDA DAN DIA ADALAH SAUDARA SEAGAMA ... TAK BERBALOI KALAU BERGADUH !!

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes