Amacam ? Best ? Hehe.. Kalau best bagus la ... teruskan lagi .. mula mula mmg kena kerja keras skit .. Nanti dah , ok baru leh rileks skit.. bila ok tu tak pasti la bila kan .. hehe.. ikut nasib masing masing ..
Ok.. tak yah buang masa .. jom kita redah geng geng di FASA 6 ni :
Hehe..skit je kan .. tak pe.. malas nak tunggu petang .. buat skit skit.. nak blogwalking pon senang je .. OK .. tunggu apa lagi ? hehe..
Ada sesuatu dalam kepala aku lama dah .. nak luah tapi aku terikat .. haih..
Dunia blog ni mmg best.. macam macam kita leh tau .. macam macam kita leh dapat .. termasuk $$ sampingan .. Tapi ada satu ketika , satu perasaan yang terbuku di dalam hati di mana 'ada mata memandang' dengan satu perasaan yang terbuku di hati yang mana aku dapat memahaminya ..
Terus terang sebenarnya , aku nak keluar dari dunia maya ini .. Dah cukup apa yang aku rasa .. Lama dah aku rasa begini .. Tapi disebabkan 'sebelah kaki' aku tersangkut , maka aku berdiri di persimpangan ..
Ini bukanlah satu entri murahan .. tapi inilah perasaan aku .. Gembira tapi terpaksa ... Apakah perlu aku tinggalkan segalanya ?? Hurm .. Seronok mmg seronok .. tapi segalanya ada harga , kan !
Ada yang bagitau aku yang dia tak boleh update blog selalu sbb kesuntukkan masa .. kerja .. belajar .. anak.. dan pelbagai lagi alasan ..
Aku teringin nak ada rumah banglo .. kereta mewah .. duit juta juta tapi aku cuma ada SPM je.. boleh ke ? Hurm.. Suka tengok rumah orang.. Tengok diorg kehulu kehilir dengan kereta tu .. Beli apa saja yang diorng nak tanpa rasa bersalah .. Nak sangat semua tu.. Tapi aku keje sebagai kerani jer ..
Semua orang nak berjaya .. nak itu ini .. pengorbanan perlu ada .. kalau asyik dengan alasan , maka jgnlah ternganga dengan kejayaan orang lain ..
Sibuk ? Takde masa ? Apakah mereka yang berjaya itu terlalu banyak masa ? Beginilah .. ikut je kemampuan kita .. kalau tiada masa , maka biarkan begitu.. ada masa update.. takde masa biarkan ..
Bagi mereka yang tiada masa update blog , gunakan pendekatan teknik berblog .. SEO dan banyak lagi.. cara ini mmg membantu mereka yang gemar update sehari sekali tapi ada 'umpan' di dlm blog mereka tu.. Rajin rajin godek blog otai .. pasti jumpa teknik tu ..
KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR.
Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.
Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.
Sebelum ini, Zaid pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi meletakkan jawatan dan meninggalkan UMNO.
Zaid berkata, beliau akan terus komoted dalam barisan pembangkang dan akan terus menyuarakan pandangannya mengenai isu membabitkan kepentingan rakyat.
"Akhirnya, saya berharap kepada penyokong Anwar Ibrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim), janganlah lagi saya dianggap "pengacau" dalam menghalang perarakan mereka untuk ke Putrajaya. Saya ucapkan mereka berjaya," katanya.