Terkejut aku membacanya .. Aku yang membesar dengan lagu lagu rock kapak sudah semestinya meminati kumpulan Fotograf ini ..
Takziah buat ahli keluarganya .. Untuk mengetahui dengan lanjut , rujuk sini ..
Terkejut aku membacanya .. Aku yang membesar dengan lagu lagu rock kapak sudah semestinya meminati kumpulan Fotograf ini ..
Takziah buat ahli keluarganya .. Untuk mengetahui dengan lanjut , rujuk sini ..
Adoi.. mati nak baca satu satu ... bukan skit ..ramai tuuu .. aku ingatkan tak dapat sambutan ... Paling tidak pon yang nak join dalam 5-6 orang je .. sama gak segmen Suai Kenal tu la.. tau tau ??
Tapi tak kisah la.. contest tu pon hanya sekadar suka suka.. bukan ada hadiah menarik pon .. Mungkin ??? Pemenang akan dapat promosi blog kot ? Adakah ? Tapi yang pasti bukanlah $$ ...
Tinggal 4 jam lagi sebelum 'kedai' tutup... hehehe.. apa akan jadi selepas tutup ??? Nak cari terkreatif diantara kreatif bukanlah mudah.. Akan aku serahkan pada pembaca menilainya sendiri .. hehehe..
Penat ? Serius aku penat .. penat jari.. penat mata .. penat mental .. segalanya la penat .. huhu .. tapi tak kisah la , janji semua happy kan ?
Pada yang tak tahu apa isu entri ini , sila rujuk sini (link)
Blog atas tu , semua sedia maklum tu blog aku.. yang bawah tu .. blog Mat Gebu la kan ... Atas persetujuan bersama , penggunaan FEEDER digunakan dibahagian atas untuk 'pertukaran pembaca' dua dunia blog yang berbeza.. Blog peribadi dengan blog masakan ..
Disini kitorang saling 'mempergunakan' bertujuan untuk mempromosi blog dan seterusnya dengan blog blog yang berada dalam blog list kami... Dan ternyata konsep ini berjaya.. Dan ada beberapa buah blog lagi yang buat cara ini atas persetujuan bersama ...
Fikirkan sendiri ...
Iskh iskh iskh ... tolong susah .. tak tolong susah .. aku wat hal aku sendiri pon susah ..
Ada orang .. sapa aku tak tau .. kata BEN ASHAARI mempergunakan blogger newbie .. Yeker ?? Berapa banyak sangat trafik dari newbie ni ? Setakat aku masuk sepanjang ni newbie pon baru baru nak mula.. Aku curik trafik diorg ? Pastu apa jadi ngan blog tu ? Terbakar cam cerita Mission Imposible tu selepas trafik dia lari ? Adeh ..
Atau aku dilantik jadi pengerusi blogger sedunia dengan menggunakan newbie ?? Haih.. Atau aku nak up $$ NUFFNANG ? Hahaha.. sian aku.. sepanjang aku buat ni , BE pon takde !! Aku lega sangat .. takde sapa yang salah anggap tapi ada gak ..
Hahahaha.. Sebelum aku buat segmen ni , trafik aku pon dah beribu ribu UV sehari .. aku boleh tak buat tapi bila sorang sorang dah tanya aku begitu begini , aku nak diam je ke atau buat forum ?
Serius , ni bukan kali pertama orang kata pasal segmen aku ni .. Dulu Jelajah Blog ... Cara mudah yang semuaaaaa orang buat bila adanya ramai orang orang baru.. Kita masuk IPTA gitu .. masuk sekolah rendah gitu.. kita ada sesi suaikenal .. Masalahnya , sapa nak jadi pemacunya ?? Ada sesiapa yg sudi ke ??? Yang bersuara kata aku ni guna blogger newbie tu nak buat tak ? Boleh.. aku undur diri .. boleh la aku teruskan dengan entri harian aku .. Tiada masalah ..
Pelik betul .. tang mana dia nampak aku guna newbies ni.. Aku untung besar ke ??? Atau ada AFUNDI BLOGGER POPULAR ke ? Nak tanya laa.. Newbie ni budak tadika atau rendah ke ? Setahu aku ramai yang keje bagus bagus.. cikgu ada .. gomen ada .. suri rumah berjaya pon ada .. Apakah mereka tak boleh fikir semua tu ?
Aku boring nak layan semua ni.. Bukan kali pertama .. Buatlah apa pun dalam dunia maya ni , segalanya nampak serong.. Yang cakap lebih tu je bijak ! Cermin diri tu sendiri sblm nak bersuara ..
Aku bermula dari bawah.. nak bangun sikit punya susah .. Maka aku tahu erti kepayahan blogger newbie ni .. Salahkah aku cuba menghuluran tangan ? Ada ke newbie kena bayar ? Ada ke aku suruh mereka puji ? Aku balas komen pon tidak ! Fikir fikirkan.. dan bawak istighfar ..
Kalau tak nak membantu , janganlah musnahkan ..
Nak kata tak belajar masa kecil , dah puas cikgu ajar.. Termasuk la mak bapak kat rumah tu .. Tapi aku pelik , setiap kali masuk tandas kat 'situ' pasti tak bersih .. Tandas lelaki lak tu.. Siap ngan sinki dengan sisa sisa makanan .. Haih apa punya spesis tul laa...
Tu belum part kat jamban tu.. Nak flush pon susah ke ??? Adoi.. dah bagi tandas percuma pon tak reti nak jaga kebersihan .. Aku pasti cleaner tu sakit jiwa kalau dok masuk n bersihkan tandas tu ari ari ..
Dulu ada satu makcik tu cukup tensen ngan tandas perempuan .. Mana tidaknya , bersepah roti bersalut jem dalam tu.. Tak reti nak buang atau terlupa ? Hanya anda mampu menjawabnya ..
IKLAN
Design terbaru hanya dari AYU STORE