Sesuatu yang sedang dipromosikan di blog AYU HASHIM .. Hanya anda saja boleh menentukan segalanya ..
lanjut hanya di > ARDINI's TREASURE
lanjut hanya di > EQ CLOSET
lanjut hanya di > AYU STORE
Sesuatu yang sedang dipromosikan di blog AYU HASHIM .. Hanya anda saja boleh menentukan segalanya ..
lanjut hanya di > ARDINI's TREASURE
lanjut hanya di > EQ CLOSET
lanjut hanya di > AYU STORE
Di luar jangkaan .. lebih dari 100 yang menghantarnya .. Aku hanya mampu senaraikan 100 untuk dijadikan bahan segmen petang ni .. Pada yang tak terpilih tu , aku minta maaf yer ... Korang boleh join 'game' ni karang .. Tak kira yang terpilih atau tidak , sapa sapa boleh join .. asalkan ikhlas dan berminat .. Tujuan hanya suka suka jer .. ok ?
TERIMA KASIH SEMUA ...
- DAH CUKUP 100 -
Ok .. untuk segmen kali ni ... 100 blog bakal digodek .. hehehe ... Kali ni pasti lebih mencabar .. hehehe... tak mencabar pon , aku kasi benar benar mencabar dari yang sebelum sebelum ini .. hehehehe.. Amacam ? Ada berani ???
100 blog yang diperlukan ini adalah untuk memberi peluang kepada blog blog lain yang berminat turut serta setelah beberapa kali terlepas .. hehehe ..
Ok.. jika berminat ... sila buat satu entri ...
Tu jer .... Pastekan url entri korang tu kat ruangan ini ...
Perlukan pengkritik blog ? Hurm... Perlu ke ? Aah .. pengkritik diperlukan untuk memperbaiki kualiti blog ..
Rasanya la kan .. kritikan ni berdasarkan pengalaman atau selera dia ? Kalau pengalaman , sebesar mana pengalaman dia ? Kalau pengalaman jadi ukuran , perlu diceritakan kah dahulu pengalaman dia ?
Dunia blog ni besar .. Macam macam orang yang tulis blog .. Tapi layak ke seorang guru mengkritik blog seorang doktor yang mana tulisannya berkisarkan kehidupan peribadi dia ? Layakkah seorang pemandu bas ekspress mengkritik penulisan seorang guru yang mana dia cerita tentang anak dia ?
Hurm... Kalau si A dok kritik si B , dan si B kritik si A , maka blog si A tu akan mengikut citarasa si B dan begitu sebaliknya ..
Bagi aku la kan ... pengalaman dia nanti dalam dunia blog akan mematangkan dia .. kalau baru sebulan dua dah harapkan jadi blog yang cukup berkualiti , hurm.. susahlah ..
Bayangkan , blog DR MAZA yang cukup cukup berkualiti dan berilmiah pon ramai dok kutuk .. mengata tentang penulisannya .. apatah lagi kita yang dok cerita pasal anak masuk U , pasal kerja , pasal kawan kawan ..
Aku rasa la kan , mudah jer ... seperti RUMAH TERBUKA di AIDILFITRI .. Nama je rumah terbuka , kalau nak datang , datang .. masuk bersalaman , makan pastu balik .. Kalau tunggu tuan rumah bagi duit raya , tak malulah kita.. tapi kalau tuan rumah bagi , kita amik jer .. Tapi bila dah melangkah keluar , jgn la dikritik pulak layanan tuan rumah .. atau mengata makanan tak sedap sepatutnya menadahkan kedua tangan , mengucapkan syukur atas rezekiNYA disamping mendoakan kesejahteraan tuan rumah kerana sudi membuka pintu rumahnya ..
Jika ingin memberi teguran , gunakan kematangan sebagai seorang manusia .. kebijaksanaan sebagai seorang terpelajar .. keikhlasan sebagai hamba Allah .. kejujuran sebagai saudara seagama ..
Kentucky Fried Chicken .. sapa tak kenal ? Satu dunia ada weh... Ayam dia , kalau makan panas panas .. mmg meletop perut.. sedappp .. takkan cukup satu .. kalau aku , tiga ketul tu dah ok dah .. Dulu , 4 ketul.. tua tua ni , 3 dah la.. hehehe ..
Ada yang kata KFC ni tak bagus.. yelah , makanan segera .. macam macam ramuan ada dlm tu ... Tapi takkan la 100% tak bagus langsung kan ? Pastinya ada sedikit khasiat yang mana tubuh kita boleh manfaatkan walaupun keburukkan lebih banyak .. Persoalannya ... mengapa masih ramai makan walaupun tau akibatnya ?
Rokok .. antara sumber pendptan negara .. Walaupun kerajaan sendiri bagitau jangan merokok .. jaga kesihatan , namun masih ramai merokok termasuk juga doktor-doktor dan juga pakar kesihatan .. Camana tu ? Tapi bab rokok ni , aku mmg tau tak de langsung kebaikkannya ...
Entri berkualiti .. bagaimana menilai satu entri berkualiti ? Siapakah yang layak menilainya ? Kalaulah seorang blogger yang baru buat blognya dalam bulan ini , dan entri entrinya amat berkualiti tetapi tidak ada sesiapa yang mengenalinya , bagimana dia nak bagitau satu dunia yang blognya mengandungi entri berkualiti ? Perlukan dia menyertai forum ? Bagaimana pula jika dia bukan seorang yang mengadap komputer 24 jam ? Hanya mampu post entri kemudian sambung kerjanya .. Minggu depan atau bulan depan , baru update ? Hurm.. apakah dia perlu menggunakan kaedah SEO dalam setiap entrinya yang mana dia perlu masukkan isu terkini dalam entrinya ?
ASTRO .. Apakah semua rancangannya berkualiti ? Belum tentukan ? Tapi dia bijak.. mengabungkan semua itu dalam satu jenama iaitu ASTRO .. ada banyak rangkaian .. pilih je mana nak ...
Kalau benar nak jadikan blog yang mempunyai entri berkualiti , maka buatlah ianya benar benar berkualiti .. Bermula dari template hinggalah ke penulisannya .. Berkualiti pastinya memberi pendidikan kepada pembacanya .. Ikhlas , dan bijak mengatur kata kata .. Disertai dengan segala fakta yang terang lagi jelas ..
Bagi aku ... aku ini seorang blogger yang tersangatlah kerdilnya .. Antara berkualiti atau tidak setiap entri aku ,tapi yang pastinya aku inginkan pembaca aku tersenyum atau berkerut dahi selepas membaca setiap tulisan aku .. Itu dah memadai kerana mereka memproses kata kata aku ..
Upin dan Ipin cumalah kartun tapi jika dihayati , ada maksudnya .. Jangan ingat kualiti hanya boleh dijumpai dlm rancangan dokumentari saja ..