Aku kritik kau.. kau kritik aku ... - BEN ASHAARI

Aku kritik kau.. kau kritik aku ...

 

Perlukan pengkritik blog ? Hurm... Perlu ke ? Aah .. pengkritik diperlukan untuk memperbaiki kualiti blog ..

Rasanya la kan .. kritikan ni berdasarkan pengalaman atau selera dia ? Kalau pengalaman , sebesar mana pengalaman dia ? Kalau pengalaman jadi ukuran , perlu diceritakan kah dahulu pengalaman dia ?

Dunia blog ni besar .. Macam macam orang yang tulis blog .. Tapi layak ke seorang guru mengkritik blog seorang doktor yang mana tulisannya berkisarkan kehidupan peribadi dia ? Layakkah seorang pemandu bas ekspress mengkritik penulisan seorang guru yang mana dia cerita tentang anak dia ?

Hurm... Kalau si A dok kritik si B , dan si B kritik si A , maka blog si A tu akan mengikut citarasa si B dan begitu sebaliknya .. 

Bagi aku la kan ... pengalaman dia nanti dalam dunia blog akan mematangkan dia .. kalau baru sebulan dua dah harapkan jadi blog yang cukup berkualiti , hurm.. susahlah ..

Bayangkan , blog DR MAZA yang cukup cukup berkualiti dan berilmiah pon ramai dok kutuk .. mengata tentang penulisannya .. apatah lagi kita yang dok cerita pasal anak masuk U , pasal kerja , pasal kawan kawan ..

Aku rasa la kan , mudah jer ... seperti RUMAH TERBUKA di AIDILFITRI .. Nama je rumah terbuka , kalau nak datang , datang .. masuk bersalaman , makan pastu balik .. Kalau tunggu tuan rumah bagi duit raya , tak malulah kita.. tapi kalau tuan rumah bagi , kita amik jer .. Tapi bila dah melangkah keluar , jgn la dikritik pulak layanan tuan rumah .. atau mengata makanan tak sedap sepatutnya menadahkan kedua tangan , mengucapkan syukur atas rezekiNYA disamping mendoakan kesejahteraan tuan rumah kerana sudi membuka pintu rumahnya ..

Jika ingin memberi teguran , gunakan kematangan sebagai seorang manusia .. kebijaksanaan sebagai seorang terpelajar .. keikhlasan sebagai hamba Allah .. kejujuran sebagai saudara seagama ..

17 ulasan:

  1. betul!
    tapi x pernah jumpa lagi ader org dok kutuk blog org laen.
    nak kena explore byk lagi la nii..;)

    BalasPadam
  2. setuju sangat-sangat dengan entri ni. teguran biarlah matang dan dengan cara yang betul di tempat yang betul kan. bukanlah sesuka hati saja.

    BalasPadam
  3. kualiti seiring pengalaman..betul ke abg ben?

    BalasPadam
  4. Huuuu, aku sudah nampak banyak blog yang saling kutuk mengutuk hanya kerana mempertahankan pendapat masing2. Semua masing2 memberitau kononnya merekala berpengalaman dalam dunia blog. Tapi mereka semua tidak tau satu yang pasti. Nanti bila mereka sudah sibuk atau komitmen dengan blog tidak dapat diteruskan lagi, blog mereka akan menjadi semakin kurang dikenali.


    Kelebihan-kelebihan merokok

    BalasPadam
  5. setuju! ini kang dok kondem sesama sendiri je, so taktaw pulak pendapat blogger laen..

    tapi blog encik BA tetap jadi sifu kami..hehe

    BalasPadam
  6. jd pengkritik n menerime kritikan ade faedah nye...
    hehehe..
    sbb blog sy pown pernh kene kritik tp trime sebagai tunjuk ajar...

    BalasPadam
  7. Mengkritik & dikritik dah jadi lumrah hidup. Ia umpama bualan yang keluar berdasarkan keinginan. Ada positif & negatifnya. jadi berfikirlah secara matang, tenang & bijaksana sebelum mengkritik orang lain.

    BalasPadam
  8. kritikan adalah perlu. Sebabnye seorang doktor tidak mempunyai pemikiran seorang engineer, seorand datuk tak mempunyai pemikiran seoran petani. So, ape yg kita buat tak semestinya betul, kritikan daripada org lain amat perlu. utk membaiki diri masing2, dari pelbagai aspek.

    BalasPadam
  9. tq atas kata2 semangat di pagi hari..

    BalasPadam
  10. kritik dengan berhemah dan sopan santun...bukan kritik dgn supan sutong... :)
    kritik yg berhemah boleh menaikkan semangat..kritik yg hampeh ase macam nak pelekung je dgn tudung saji huhuhuhuhu... bukan lidah je tajam menuturkan kate2..tapi jari pun tajam menaip kata2 tanpa fikiran yg rasional..

    BalasPadam
  11. betul smua nya itu ada kebenarannya

    BalasPadam
  12. betul betul .. tersangat la sokong ! :D

    BalasPadam
  13. Terpulang......setiap orang ada objektif, visi & misi masing-masing. Setiap orang ada *target audient* masing-masing. Mayb ada yang nk naikkan rating, @ d same time ~ cheuqe mashuuk ~ baguslah.....make use latest tech for good....ada juga yg tak hairan dgn publisiti/ rating...tp ada sbbnya tersendiri....yang membaca blog kita pulaks ada intepretasi tersendiri...mungkin blogger maksudkan lain.....yang baca pahem laen....~ tak dapek den nk nolong ehhhhh.....pendek kata : tepuk dada, tanya selera....

    BalasPadam
  14. Tak best ler bercerita bab kutuk mengutuk kat blog ni. Setiap tuan punya blog ada cara tersendiri camna nak handle blog masing-masing. Barulah ceria dunia blogger. En. Ben dengan caranya, GreenAppleKu dengan caranya. Kalau semua satu standart jer, bosan tu. So hargailah blogger lain.

    BalasPadam
  15. Menunggu en ben menkritik blog kita..huhuh..:)

    BalasPadam
  16. yg ala2 rumah terbuka tu best!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.