Sapa punya neh ?? Smartkan ? Aku rasa mmg aku suka warna coklat dan warna gelap kot... hehehe ..
Blog milik ZAMIR ni , simple .. kemas gitu ... sesuai untuk bersantai bila bila masa jer.. kan zamir kan ?
Sapa punya neh ?? Smartkan ? Aku rasa mmg aku suka warna coklat dan warna gelap kot... hehehe ..
Blog milik ZAMIR ni , simple .. kemas gitu ... sesuai untuk bersantai bila bila masa jer.. kan zamir kan ?
Hurm.. aku malas nak membebel ari ni .. mood tak berapa cun sbb sakit kelapa..eh.. kepala... dua hari dah dok sakit kepala ni.. tak tau la nape ..
Jadi aku nak amik kesempatan ni dengan merayau ke blog rakan rakan yang meninggalkan komen kat blog aku ni sambil tengok cerita THE WALKING DEAD seblum wife amik alih remote dvd untuk tengok cerita korea dia lak .. adeh ...
Bukannya takde idea tapi malas nak mengarut kosong.. jadi ada baiknya aku promote blog kawan kawan .. Berbaloi la gak kan ? Huhu.. Tanda penghargaan ..
Nak keluar merayau pon malas ... esok kije ... baik rehat je kat rumah.. Oh ya.. pokok bendi wife aku pon dah segar balik.. hehe.. mmg rezeki wife aku la... hehe..
OK.. merayau lagi .. blog sapa lak pasni ???
Kenapa aku kata best ?? JOm baca antara entrinya ..
" Hari ni aku gempar lagi setelah setahun berlalu!!!
Pesakit jiwa ni buat hal lagi
Ya Allah, bila dia ni nak stop jadi sakit jiwa macam ni
Tak habis-habis lagi ke nak mengejar
Tolonglah!!! "
Haa... tu baru skit je ... nak tau lagi ? G le baca sendiri ... > Zara
ELI: Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman, berkata teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.
"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama," katanya.
Beliau berkata, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.
Katanya, sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Beliau berkata, berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.
Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.
"Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising," katanya.
Katanya, harga teh timbang juga lebih murah berbanding teh uncang dan perkara itu penting bagi perniagaannya.
Puad Zainudin, 50, pula berkata beliau pernah mendengar mengenai bahaya penggunaan teh timbang bagaimanapun tetap menggunakannya.
"Saya beli yang harga RM12 sekilo, yang murah RM7 sekilo...yang murah aroma teh tak kuat," katanya. - BERNAMA
Ahaks... ni akan aku buat nanti .. hehehe ... skang ni lom leh nak buat sbb .. hurm.. dok kemaruk tengok dvd ... hehehe
Rasanya camana la yer gamaknya aku mengayakannya gaya memegang bunga tu eh ??
Blogger kita ni ,Hana telah mengayakannya dengan penuh kecomelan.. hehehe... kan kan ? Akan aku buat nanti .. heehehe