Teh timbang berbahaya: Jabatan Kesihatan

by - Ahad, Januari 02, 2011

ELI: Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman, berkata teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.

"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama," katanya.

Beliau berkata, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Katanya, sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Beliau berkata, berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.

"Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising," katanya.

Katanya, harga teh timbang juga lebih murah berbanding teh uncang dan perkara itu penting bagi perniagaannya.

Puad Zainudin, 50, pula berkata beliau pernah mendengar mengenai bahaya penggunaan teh timbang bagaimanapun tetap menggunakannya.

"Saya beli yang harga RM12 sekilo, yang murah RM7 sekilo...yang murah aroma teh tak kuat," katanya. - BERNAMA

You May Also Like

15 comments

  1. selamat la yuyu jenis tak minum kopi & teh.

    tapi kesian kat orang tak berapa senang poket. dorang kalau boleh nak beli yang paling murah. hmm.. kerajaan patut bagi kesedaran pasal kesihatan kat dorang..

    :( kesian dorang...

    BalasPadam
  2. "lagi satu serbuk teh timbang yang dah guna tuu..makcik tepekk kat muka makcik kot2 boleh licin macam Khir Toya tu. eeii..teh lain tak menjadik. Cubalah ."

    ulasan makcik tersebut telah di gunakan oleh menteri kesihatan sebagai produk kecantikan terbaru. Approved!

    BalasPadam
  3. teh tu mmg sedap. tq for the info.

    BalasPadam
  4. thnx for the info abg ben!mmg bahaya tul kan.bole kene denda kalau jual!

    BalasPadam
  5. salam..


    ramai yg tak cukup bajet..akan beli teh timbang mcm ni..

    tq fo info abg ben.

    BalasPadam
  6. Kalau nak teh pekat, xpayah pakai teh timbang pun xper...ikut cara family kami, I mean Hindustani..kami besenyer masak teh 2 terlebih dahulu, so memang pekat..dan lau teh tarik 2 mmg kaw2punyer sedapppp...hehehe :D
    try la yeRrrr

    BalasPadam
  7. erk? macam mana rasa teh timbang tu? macam pekat je teh timbang tu.

    BalasPadam
  8. erk? macam mana rasa teh timbang tu? macam pekat je teh timbang tu.

    BalasPadam
  9. erk? macam mana rasa teh timbang tu? macam pekat je teh timbang tu.

    BalasPadam
  10. Tiada kompromi untuk bab kesihatan. Apa plan tahun 2011 ni En. Ben?

    BalasPadam
  11. ade lagi yeh orang gune teh timbang..?
    gune uncang je..
    senang tak payah tapis tapis :D

    BalasPadam
  12. it is soo bhaya thennn..dh lah ramai pak cik2 tua yg melepak di warung2.. haishh,, nanti makin banyak lah penyakit berleluasa....;(

    BalasPadam
  13. memang bahaya BA..gunalah lipton atau boh saja.

    BalasPadam
  14. tapi ramai je lagi yg masih addicted even dah tau fact nih..lagi2 yg timbang. org tua kate lagi kaww gituuu..

    BalasPadam
  15. agaknya la kan.. teh tarik kedai mamak tu pekat berkrim, apa rahsia ye.. tapi saya pernah baca, peratusan pengidap penyakit jantung n darah tinggi ni berpunca dari teh tarik.. macam mana tu ye.. ade sesapa blh cite tak??

    BalasPadam