" nak tanya, bagaimana kalau blog kita ditegur oleh boss/ketua jabatan??rasanya blog saya ni santai je..tak mewakili mana2 pihak..tapi jadik sensasi sebab depa suka baca..dan sinis2.. "
Soalan dari http://www.abngshah.com
Blog aku , mmg dibaca oleh bos aku ... Aku ada 3 boss dan kesemuanya perempuan .. Setakat ni , alhamdulillah .. mereka tidak pernah nak halang aku dari berblog asalkan keje siap .. gulp ! Malah boss aku yang berada di Denmark sekarang ni pon sering masuk untuk mengetahui perkembangan anak buahnya.. erk.. aku la .. hehe.. Thanks Miss Lai .. Yang lain , aku tak pasti.. hehe...
Dulu aku kerap jugak bercerita mengenai rakan rakan dipejabat aku tu.. Sebarang majlis yang dibuat pon aku akan cerita dalam tu.. Tujuan adalah untuk 'rekod' peribadi.. Mana la tau tahun tahun mendatang , aku nak kenang kembali detik detik tu .. kan ?
Cuma , ada bahagian bahagian tertentu kita TAK BOLEH cerita kerana boleh membahayakan pihak pihak tertentu secara kita tidak sedari .. Mungkin bagi kita ianya sekadar santai tetapi tidak bagi mereka..
Nasihat aku satu jer .. Blog kita , cerita kita .. elakkan bercerita mengenai mereka .. Jika nak meluahkan perasaan , elakkan letak gambar mereka atau nama mereka .. Itu lebih selamat .
" abg ben rasa..orang yg menulis ttg abg ben kt blog2 diorang tuu ikhlas menulis ttg abg ben atau diorang ada motif lain.cthnya mcm nak mndpt blsan supaya abg ben boleh promote blog diorang.. "
Soalan dari http://shqpewsqiq.blogspot.com/
Hurm ... rasa rasa la kan .. berapa ramai yang buat blog benar benar ingin berkarya dengan ikhlas atau sebenarnya ada sesuatu disebalik itu ? Samada nak $$ atau dikenali ramai ?
Aku , tak harapkan sebarang pujian atau penghargaan dari rakan rakan blogger mahupun pembaca .. Bagi aku , apabila mereka meletakkan nama BEN ASHAARI di dalam entri mereka , aku dah cukup terharu... Samada mereka ikhlas atau tidak , itu aku tak nak amik kisah ... terpulang pada hati mereka .. Tapi apa yang aku nampak ialah , kesanggupan mereka 'menjual' nama aku kepada pembaca mereka !
Bila mereka buat begitu , sudah tentu aku cuba sedaya upaya ( ada jugak yang terlepas pandang .. maaf yer ) untuk membalasnya semula ..
Satu konsep bagi aku yang amat mudah .. Mereka promosi mengenai Blog BEN ASHAARI pada pembaca mereka dan aku membalasnya... Tak perlu fikir soal ikhlas atau tidak ... Jika mereka ikhlas , semoga Allah membalas kebaikkan yang mereka lakukan..
Terima kasih ...
"APA LONG TERM GOAL ABG BEN DALAM DUNIA BLOGGING NI "
Soalan dari Hairul @ Kay ..
Hurm... Sebenarnya aku tak harapkan apa apa dari dunia blog.. Popular ? Atau dikenali ramai ? Bukanlah matlamat utama aku.. Pada mulanya aku berblog adalah untuk membuktikan pada wife aku yang mana aku juga mampu jadi seperti 'dia' itu ... Dan aku berjaya buktikannya sehingga mampu buatkan si 'dia' itu bengang dengan aku .. Bukan cemburu atau iriihati tapi terlalu 'sombong' dia itu !
Jika mereka yang mengenali aku dari dekat , mereka akan ingat bahawa aku ini 'biasa' jer.. Mmg la aku biasa tapi sebenarnya aku punya wawasan terhadap kehidupan ini .. Jadi aku perlu buka mata mereka bahawa sesiapa mampu berjaya jika benar mereka ingin berjaya !
Sebenarnya blog ini bukan saja tentang $$ atau mengejar populariti tapi sebenarnya blog ini adalah jambatan kepada perpaduan yang paling mudah untuk dicapai .. Dengan keikhlasan dan penyampaian yang bijaksana , mereka yang membacanya pasti akan tersenyum ..
Blog ada macam macam jenis... Aku berminat terhadap semua jenis blog .. Politik , mereka baca .. mereka komen.. mereka kritik .. mereka memuji .. mereka mengeji.. Pastinya disitu ada persefahaman antara satu sama lain .. Dan yang pastinya mereka saling memberi pendapat .. Kecuali yang 'kurang berakal' .. Yang ni lumrah.. di mana mana mmg wujud ..
Apa yang aku inginkan dalam dunia blog ini dah tercapai ! Aku dah buktikan aku boleh berjaya jika aku inginkan tetapi dengan syarat USAHA , RAJIN , SABAR , KREATIF dan BERKEYAKINAN !!
Dan 'dia' ... dah pon kenal aku ... I LIKEEEEEEEEEEEEEEEEE !!!
OK... Hari ni , aku nak bukak blog aku ni untuk korang bertanya soalan ... Pada mereka yang beminat nak menanyakan soalan kepada aku , korang boleh tanya aku satu soalan saja berkaitan dengan blog atau apa saja kecuali peribadi dan pastikan soalan tu logik .. Soalan juga tidak boleh menyentuh apa apa isu tentang orang lain .. Aku akan pilih mana mana soalan yang aku nak jawab.. bukan semua yer ..
Cara nak bertanya ... tinggalkan je komen..Tak perlu buat entri.. hehe.. mudah kan ? Bagi soalan , dan tinggalkan url korang... ok ? Kalu berminat je la ...
Untuk memaki hamun , kritik mengkritik , sila duduk jauh jauh... aku tak berminat ... Untuk membodek pon tak perlulah ... OK ? Sessi ini akan tamat petang ni ...
Sila campakkan soalan anda sekarang..