Tadi aku ada cerita pasal situasi dalam LRT kan ? Hehe..live tu.. sambil berdiri.. best giler guna HTC DESIRE HD ni.. dengan skrin yang besar ... pantas... tiada masalah setakat ni ..
Dengan sound sistem Dolby , layan mp3 mmg menarik gitu .. Earphone dipasang , maka dunia ini tidak ku pedulikkan lagi.. hehehe.. kejam tak ?
Sampai stsn PWTC , aku turun .. berjalan kaki.. hujan renyai renyai kelihatan di luar sana.. Demam gak aku ni kang .. Aku teruskan perjalanan .. Tiba-tiba aku ditegur seorang lelaki berbangsa india .. Aku tau dah dia nak apa... Mesti nak mintak duit punya.. sbb mmg familiar muka dia tu..
Dengn mulut berbau arak , aku tau dah apa dia nak .. Aku wat tak dengar .. kalau aku berenti , dengar dia punya rayuan , sah sah aku bagi .. Haih.. aku nekad teruskan perjalanan ..
Mmg benar la orang kata .. apa yang dia nak buat dengan duit tu , lantak dia la.. janji kita ikhlas .. Cuma bagi aku ni lain skit .. Aku bukan kedekut bab duit .. tapi kalau dengan pemberian aku tu nanti , pastinya akan mengalakkan dia lagi.. Bermakna dia tau dengan cara dia tu , boleh dapat duit.. tahan orang , mintak !
Zaman sekarang ni , ada pengemis lebih kaya dari aku .. huhu.. aku pon nak jadi pengemis la gini .. takde bos.. cuma perlu lari dari penguatkuasa jer .. huhu ...
