Mak aku tang ni mmg otai la..takat nk tempah tu selamba je mak aku tolak..hahaha..takut tk sempat buat..
Tadi ada yg tanya ..aku tak g Gambang ke ? Terpaksa di tunda kerana wife aku kena jalani pembedahan hari isnin dan esok kena masuk wad dah..huhu..
Jadi.esok ..blog offline sehingga diberitahu kelak ...doakan agar segalanya berjalan dengan lancar..
Dan ..jgn lupa undi aku n mat gebu tuu.. terima kasih....
Nak gunting camana ek..botak ? Dah muak botak tp mmg nk gak botak.. nasib baik la nk tdo spital mlm esok..huhu..
Aku tak tau kat mana dia ... Bapak aku kata dia bagi kat kawan dia .. Ni disebabkan kat rumah parents aku tu ada anak buah aku .. Untuk elakkan dari kena asma atau sebagainya , maka si 'jenny' terpaksa diberi pada orang ..
Adik perempuan aku jaga dia sejak dari baby .. huhuhu.. sayang gila aku kat dia.. kalau aku balik keje .. belum sempat aku sampai pintu depan , dia dah jelma dulu.. Seolah olah tau ahli keluarga dia balik .. huk huk..
Dulu aku ada bela sekor kucing siam .. Bobby nama dia .. kucing ni asal dari rumah jiran.. dia asik lari ke rumah aku.. tamo duduk rumah dia.. last last jiran tu bagi je kat adik aku ..
Si bobby ni jantan .. bila dah besar , dia lari rumah.. ni gara gara ikut kucing betina la... haih.. lupa daratan betul .. Bila lapar , baru balik rumah .. huhu.. entah berapa banyak dah kucing betina dia bosiakan aku tak tau laaa.. mesti berterabur anak anak dia ..
Masih aku ingat.. di akhir hayat dia .. dia balik dan mati di depan pintu rumah .. Mak aku cerita ... padahal sebelum tu , lama giler dia tak balik... sian dia ..
Masih aku ingat , sebelum dia mati tu .. dia dok batuk kering gitu.. Hurm.. tu la.. suka makan makanan kat luar .. kat rumah dah bagi best best .. cari pasal gak kat luar .. haih...
Dah ajal ...
Tadi aku ada tengok berita di tv... hurm.. berkaitan satu aktiviti sukarelawan membersihakan pantai Pulau Redang yang dicemari sampah sarap yang dibuang oleh mereka yang tak berguna..
Pergh.. kasar sungguh bahasa .. tapi perbuatan mereka tu lagi kasar .. takkan la tak reti nak jaga keindahan alam semulajadi.. Hati dah tenang.. gembira.. tapi dibalasnya dengan membuang sampah ke dalam laut , tepi pantai .. atau kawasan persekitaran .. Dimana kesedaran sivik weh !!
Kemudian aku terfikir.. bagusnya kalau blogger dapat join aktiviti aktiviti seperti ni .. mesti menarik .. Yelah , selain dapat memberi pendedahan blogger juga boleh berkongsi segala pengalaman yang mereka dapat bersama pembaca mereka ..
Secara tidak langsung , pembaca dan juga blogger akan sama sama mempelajari sesuatu mengenai keindahan dunia yang mana sebenarnya kita langsung tidak hargai ..
Kan ? Setakat ni aku cuma tau ada web pencinta alam malaysia ( www.mns.my) .. Sapa sapa tau lagi ?



