Aku tak tau sapa yang kena halau keluar dari rumah.. Kalau ikutkan background gambar ni , seolah olah anjing tu yang kena halau .. Sian.. Cinta punya pasal !
Aku tak tau sapa yang kena halau keluar dari rumah.. Kalau ikutkan background gambar ni , seolah olah anjing tu yang kena halau .. Sian.. Cinta punya pasal !
Geram ? Bengang ? hahahaha... Kalau dapat ?? Macam nak flying kick ek ? Hahaha.. sabar je la yer.. Tamo tensen tensen yer .. hehhe..
Tu geram ke tahan berak tu ?
Senarai ni aku jumpa di blog rakan .. Dinasihati mendapatkan khidmat nasihat dengan Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan kepastian .
Berikut adalah senarai kopi yang dikatakan mengandungi racun.
Sumber - SINI
Oh ya.. ada satu lagi ... 40. Kopi pow kawan kawan .. Ni pon kira racun gak.. Racun hati kawan kawan .. asik nak pow jeee.. tensen laa...
Mamat .. kalau suka , baik selesaikan jer.. Maksud aku , masuk minang .. pastu kawin .. Dapat anak , kasi besarkan .. pastu antar g sekolah .. Belajar rajin rajin .. Pastu jadi anak bangsa yang berjaya .. Jangan kasi jadi ahli politik atau pelakon... Tamo ok ? Kasi dia berbakti pada negara dan agama ..
Maaf la yer .. aku mmg tak gemar isu artis ni tapi tipulah aku tak minat tengok tv.. Dan aku antara ribuan peminat kumpulan Sepah pastinya gembira dengan perkhabaran ini ..
Tapi dengarnya Mamat bercinta dengan orang lain sebelum ni kan ? Ada yang kata Mamat lupa daratan ? Neh.. kalau dah bukan jodoh nak kata apa kan ? Segalanya adalah ketentuan Ilahi .. Jangan menuding jari , nanti kena kat kita balik.. Bahaya tu ..
Kisah mereka ..
Mula 'kenal' setelah sama-sama mengadakan promosi untuk filem "Man Sewel Datang KL", kini selepas hampir 6 bulan berkawan rapat, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali dengan nama Mamat daripada kumpulan Sepah mengakui dia dan aktres Rafidah Ibrahim atau Fida sedang berkawan rapat tapi serius.
"Ya, kami dalam tempoh mengenali satu sama lain. Bukan tidak mahu mengaku bercinta tapi lebih baik bersikap sederhana kerana risau sekiranya terjadi apa-apa memandangkan kami baru saja berkenalan. Saya percaya pada jodoh dan takdir, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana," ujar Mamat mengenai status hubungannya bersama bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.
Mamat tanpa berselindung turut menceritakan ciri-ciri Fida yang membuatkan dia terpaut sayang pada sepupu penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
"Walaupun karekter Fida dan saya berbeza, tapi terus terang saya senang berkawan dengannya. Pada pendapat saya Fida seorang yang tenang, baik dan cantik. Saya serius berkawan dengannya malah, mengenalinya saya mula berubah kepada seorang yang lebih penyabar dalam apa jua keadaan,"akui Mamat ketika yang ditemui di Rakaman Melodi Raya 2011.
Menyentuh tentang adakah dia bercadang membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya di Kulai, Johor kelak. Mamat menyatakan dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya bila tiba masanya kelak.
"Kami berdua masih belum berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi saya memang bercadang untuk membawa dia bertemu keluarga saya. Saya juga ingin berjumpa dengan ayah Fida, untuk berkenalan dan meminta izin berkawan dengan anak dara orang," jelas Mamat dengan girang. - Yahoo ( 12hb Ogos 2011 )
Dan kata Fida lak , boleh baca kat SINI
Kena lagi ? Muhehehe... Tak pe la .. anggap je sedekah .. Aku tak kisah .. Rezeki yang Allah beri pada aku selama ni , aku rasa lepas dah untuk beri pada wife , parents aku serta belanja kawan kawan dan juga bersedekah .. Tak perlulah aku kejar sampai tak muat poket aku ni .. Syukur , Alhamdulillah ..
" Nanti saya bayar yer ... "
Aku sedar .. aku akan kena ' kencing ' berdasarkan pengalaman aku sekangkang kentut aku di dunia maya ni .. Terpulanglah pada dia .. Kalau dia percaya pada Allah , dia takkan lakukan.. Maksud aku ialah , jika dia tau kewujudan syurga dan neraka , maka dia takkan berani nak melakukan dosa .. Sama gak ngan aku ..
" Kita akan untung beratus ribu dalam masa beberapa bulan ! "
Bukan tu jer.. malah banyak lagi janji manis ditaburkan pada aku sejak aku mula berblog ni .. Banyak bhai .. Aku ? Senyum.. Baiklah , kau melayu aku melayu.. Kalau bukan percaya pada bangsa sendiri dan tolong sesama sendiri , sapa lagi kan ?
Akhirnya ?? Maaflah yer .. " Blog saya dah popular.. tanpa ko pon aku leh hidup ! " .. Mak aih.. gitu sekali ? Sewaktu dok merangkak dulu , pergh.. cakap je apa pon , angguk je ler ..
Maaflah cakap.. Sbb tu aku dan Mat Gebu , sampai sekarang masuk lagi 'berjiran' .. Kadang kadang aku bagi 'juadah' aku.. Tapi kerap dia bagi .. Sebab tu rezeki dia melimpah ruah .. Ada kami kisah nak menikam dari belakang ?? Perlu ke ? Walaupun ramai cemburui dengan keakraban kami , kami berpegang pada satu ikatan yakni , KERANA ALLAH ..
Nasihat aku satu jer .. nak naik dalam dunia maya ni bukan dengan menipu orang lain .. bukan dengan mengambil kesempatan pada kelemahan orang lain .. Mereka tak buta tapi sengaja memberi peluang .. Jangan sampai satu tika , kita hilang segalanya .. Berbaloikah ?