Nampak kerusi tu ? Terletak di belakang rumah aku ...
Kenapa dengan kerusi tu ? Perhatikan betul-betul .. Jangan tegur !!!
Kenapa dengan kerusi tu ? Perhatikan betul-betul .. Jangan tegur !!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
“ Apa yang akan terjadi pada aku kalau kedua ibu bapa aku tiada nanti ?? “
Soalan tu berada di benak aku sewaktu aku masih menuntut di sekolah rendah lagi .. Aku tak nak tinggal dengan sedara mara.. Aku tak nak kehilangan kasih sayang mereka ..
Tiba-tiba airmata deras mengalir laju ..
Pernah satu ketika , sejurus ayah aku menurunkan aku di depan sekolah .. Lantas aku memandang dia kembali ..
Rasa kasihan timbul di hati.. Awal pagi dia berjaga mencari rezeki untuk keluarga aku .. Bukan ayah aku je.. Mak pon begitu juga .. Sambil berjalan memasuki sekolah , airmata mengalir tanpa disedari ..
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali.
Sian Apek .. Itulah kehidupan. Segalanya milik Allah …
Mohd Amirul Izzat Che Mat, 16thn., adik kpd Khairul Fahmi Che Mat yg pulang ke Rahmatullah jam 11.30 pagi tadi kerana denggi & demam panas.
Takziah dan Al-Fatihah
Sumber : AkuNiezam
Sikap manusia .. Dan ini berlaku dalam masyarakat kita .. Masyarakat lain , aku tak buat kajian lagi .. hehe .. Maaf yer..
Aku amik contoh yang berlaku di persekitaran aku .. Gym dan blog .. Mula mula gym la yer .. Kebanyakkan mereka yang g gym ni pasang satu niat .. Iaitu nak milik bentuk badan cam abang kita ni haa ..
Lalu antara angan-angan mereka , nak jalan tepi pantai cam bro atas ni laa.. Hehehe… Perghhh … Dasat siut … Aku pon nak !!! Hahaha …
Tak de salah la kan ? Tapi apa yang menjadi kesalahannya ?? Jeng jeng jeng … Haaaa … Baru g gym ari ni , esok tengok cermin dah !! Apasal badan aku tak berubah pon !!
Aiseyman ! Vin Diesel ( hero Fast n Furious ) pon letak jawatan kalau g gym ari ni esok dah cun cam dia !!!
Sama gak seperti buat blog .. Ada yang baru je daftar blog dia , dah pasang angan angan nak punya puluhan ribu followers dan terus meletop sbb dia rasa penulisan dia best atau punya wajah yang menarik ! Haaaa.. Tamo la gini yer ..Betulkan balik niat tu ..
Pasang angan angan tu tak salah .. Cuma kena betul niat dan juga perlu ada ilmu mengenainya .. Kalau tak ???
Maksud SESAT disini … Akan ada yang guna jalan pintas untuk memperolehi kejayaan .. Ada yang akan menggunakan jalan keji mahupun yang tidak disukai Allah .
Maka dengan itu , belajarlah BERSABAR ..
Sabar ! Sabar ! Sabar ! Sabar untuk berjaya .. Sabar dalam mencari ilmu .. Sabar dalam menyebar ilmu .. Sabar itu amatlah penting !
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Ali Imran Ayat 200
Aku terjumpa blog dia sewaktu blogwalking tadi.. Kira tak sengaja je la .. Hehe.. Bila aku baca impiannya , hurm… mengingatkan aku dulu dulu pada mula nak berblogging .. Punya minat dalam penulisan..
Cuma satu je aku nak tegur pada blogger ni .. Lain semua ok tapi untuk menarik minat pembaca dari pelbagai peringkat , paling penting ialah penggunaan bahasa diikuti dengan penyampaian .. Selebihnya adalah ‘anda sendiri’ ..
Bahasa .. Gunakan bahasa .. Mungkin nampak ‘kewl’ dengan guna bahasa bahasa zaman ini padahal tidak sama sekali ! Ingat .. Dalam menulis blog , kita secara tidak langsung mendidik pembaca kita .. Mana tau , ada pembaca kita di kalangan pelajar sekolah .. Bayangkan dengan guna bahasa yang tidak ada dalam kamus Dewan Bahasa di dalam blog , adik kita tu terikut .. Kena fikir juga tang tu .. Jangan ingat semua orang boleh fikir dengan bijak sekali.
Penyampaian .. Haa.. tang ni aku pasti ramai yang punya gaya tersendiri.. Aku tiada komen .. Tapi kalau boleh biarlah dengan bersahaja .. Pembaca kita pon tenang bila membacanya .. Kalau terlalu emosi , pembaca leh emo gak kan Hehehe..
Apa apa pun terpulang pada korang sendiri .. Blog korang … ‘Ganjaran’ pon korang yang punya ..
Oh .. Blog sapa yang aku maksudkan tadi yer ??? Meh klik SINI