Dan akhirnya mahkamah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Heh .. apa lagi cerita cerita politik pasni yer ? Ahaks.. leh panaskan blog neh .
Dan akhirnya mahkamah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Heh .. apa lagi cerita cerita politik pasni yer ? Ahaks.. leh panaskan blog neh .
'Baru nak bertarung !! Sekali wife kejut ..
“ Abang ..bangun.. bangun.. “
Aku terjaga .
“ Kejut kenapa ? “
Wife aku jawab.. Bukan wife orang lain yer .. Wife aku tau ! .. Dia jawab ..
“ Yang abang dok mengucap , berzikir dalam tidur tu nape ? “
Aku selaku suami dia.. Bukan suami orang lain yer .. Suami dia yer .. Aku jawab ..
“ Baru nak bertarung dengan hantu !! Potong stim betul laa.. Tapi ok gak .. Ngeri gak muka hantu tu .. hehe .. “
Fuih.. selamat .. hehe .. Sambung tidur balik ..
Sebelum tu.. jom g tengok blog best pagi ni .. > http://muniiera.com/
Kelam kabut aku tadi .. Dengan ada kerja last minit , pastu tetiba kawan blogger nak jumpa ditambah lagi dengan wife tetiba nak minum susu strawberi .. Maka keutamaan mestilah wife n ‘si kecik' di dalam’ tu kan ?
Jadi , aku g ke pasaraya paling top di Presint Diplomatik , Putrajaya untuk membeli susu pastu terus g jumpa kengkawan sat .. Susu tu wife nak minum esoknya.. Bukan dia je , aku pon nak gak .. hehe ..
Setelah jumpa susu yang aku nak tu serta roti Gardenia , maka aku pon keluar tanpa bayar .. Pergh.. kira mencuri la tu kan ! Apadahal !! Baru best mencuri tuuu !! Tu nasib baik mencuri tanpa merogol lagi !! Haa.. Camana tu ???
Ok .. aku tipu je part tu ! Part mencuri tu laaa.. Takkan nak mencurik lak .. Gile ke apa ??? Kang kena potong tangan lak.. Eh , tak la. Penjara 12 tahun je .. hehe..
OK.. renti mengarut .. Aku pon g la beratur kat depan cashier tu haa.. Muka dia comey dah .. Putih berseri woo .. Baru aku nak bagi dia name card dia .. Kot la dia nak jadi model shawls aku nanti ke kan ?
Bila sampai turn aku untuk membayarnya .. Aku angkat bakul dan letak atas meja cashier tu.. Biasanya gitu la kan .. Dia pon senang je terus angkat barang tu dari situ jer ..
“ KAD MERIAH ADA ? “
Cara dia tanya aku macam polis mintak MYKAD kat pendatang asing . Polis yang garang la.. Aku tau bukan semua polis garang.. Ramai baik wooo .. ( bang , saya ada saman.. leh tolong ?)
Aku pandang muka dia .. Amboi.. Dia ni nak gaduh ngan aku ke ? Pasangan kerja dia , lelaki macam dah semacam malu ngan cara perempuan tu ..
Aku cool lagi..
Bila dah abis dia scan barang-barang tu , dia kata kat aku ..
“Letak bakul kat bawah balik .. “
Cara dia cakap tu , bagi perintah ok ! Cam Hitler bagi perintah kat askar dia la lebih kurang ..
Aku terkedu ..
Aku pandang kawan dia .. Pastu keluar dari mulut aku ..
“ Sapa yang kerja kat sini sebenarnya ? “
Kawan dia diam dan tersengih cam kerang busuk. Malu ngan perangai kawan perempuan dia tu la gamaknya.. Hurm..
Aku hulur duit dan amik balik duit baki ..
“ Terima kasih .. “
Tang ni dah lembut tapi aku tak balas sebab geram kat dia .. Kawan dia hulur barang kat aku dan ucap terima kasih gak dan aku membalasnya dengan lembut ..
Cara aku tak jawab terima kasih budak perempuan tu salah sebenarnya .. Tapi aku nak bagitau dalam dia yang dia telah singgung perasaan aku 2 kali dengan sikap dia yang ‘kureng’ tu ..
Geram tu mmmg ada tapi aku anggap dia tengah tensen .. Mungkin baru putus cinta atau period pain mungkin ? Paling tidak pon dok sakit perut la tu..
Pujuk hati ..
Sambil layan bola di Ali Bistro , Putrajaya .. 5 blogger bertekak mengenai isu dunia terutama masalah pencemaran udara di Alaska dan kekurangan air di Kutub Utara .. Haih.. Hebat benar perbincangan tersebut yang mana akhirnya terpaksa akur Manchester United menang sbb City kesian kat diorang ..
Saja berposing di tempat gelap untuk mengelakkan dari ditembak oleh penembak tepat terutama mereka yang dengkikan si Prince tu.. Haa ??? Prince ada ke ?? Mana satuu ?? Tuuuu… Belakang aku ..
Buat teman tadi yang sudi singgah sahur bersama aku tu , terima kasih la yer kerana sudi melepak seminit dua sambil tumbuk menumbuk sesama kita .. Harap dapat jumpa di The Gardens nanti eh ..
Haaaa… Akhirnyaa !! Ada jugak pemenang .. Perghh.. Berhari aku tunggu wooo .. Nak tau sapa yg mampu teka air apa yang aku order lalu membuatkan aku menyampah gila sbb rasanya macam air pasar malam kat Nigeria tu haaa ..
Nama airnya , best dah ! Memang lazat didengar namun bila rasa , hampeh belaka ! Bukan tak mensyukuri nikmat Allah tapi kita bayar tuu .. Kalau takat 50 sen tu , ok la.. Kalau singgit tu , ok lagi laa.. Ni berhengget tuuu !!
Rasa nak suruh tukar jee air tu tapi takut kena dajal je nanti ! Mana la tau kan .. Kita duduk dan order .. Mereka yang g buat nun kat dalam kedai mereka .. Entah apa yang mereka buh nanti , kita pon tak tau .. Hurm..
Bukan fitnah tapi hati-hati sbb ada kawan aku yang pernah bekerja kat restoran begini ada tinggal pesan .. Kalau order makanan , tak puashati.. jangan la suruh tukar .. Oder je lain atau makan je bagi abis.. Kalau banyak songeh , hurm… siap ler .. Tu pesan dia laa..
Jadi , aku abiskan je la air tu sbb aku bayar guna duit yang aku usaha sendiri .. Bukan mak bapak sapa sapa bagi percuma kat aku ! Pergh.. ayat kasar gila ! Jangan ikut okeh !
Ok .. Nak tau kan sapa pemenang dia ? Haaa.. Dan pemenangnya ialah ..
http://iefanurfifahs.blogspot.com/
Jawapan dia apa ? G tengok sendiri kat SANTAI BEN ASHAARI ..