BEN ASHAARI



 

image

image

image

image

image

Selepas persediaan selama beberapa bulan, sebuah bongkah batu gergasi memulakan perjalanan sejauh 169 kilometer menuju ke Muzium Seni Daerah Los Angeles di sini.

Batu granit seberat 340 tan itu yang dipilih oleh pengukir terkenal AS, Michael Heizer sebagai bahan pamerannya, meninggalkan sebuah kuari di Riverside dekat sini lewat kelmarin.

Batu berkenaan yang setinggi bangunan dua tingkat dan berbentuk seperti titisan air mata, diangkut di atas sebuah treler sepanjang sebuah padang bola sepak.

Kenderaan itu dibina khas bagi membawa beban sekurang-kurangnya 450,000 kilogram.

Ia dijana enjin berkapasiti sehingga 650 kuasa kuda.

Sekitar 60 orang diperlukan untuk memastikan perjalanan treler berkenaan lancar terutamanya ketika kenderaan tersebut melalui selekoh sebelum ia dijadualkan tiba di destinasinya pada 10 Mac ini dalam perjalanan yang mengambil masa selama 11 hari.

"Orang ramai datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bongkah batu tersebut," kata jurucakap muzium berkenaan, Miranda Carroll.

Heizer menemui bongkah batu gergasi itu enam tahun lalu dan akan menjadikan ia subjek untuk pameran terbaharunya, Levitated Mass.

Beliau merancang meletakkan bongkah batu tersebut di atas sebuah parit sepanjang 139 meter.

Para pengunjung akan dapat melihat ia kelihatan seperti terapung di udara. – Kosmo

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

BERIKUT adalah surat-surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar .

1 ) SURAT DR.MAHATHIR KEPADA BENJAMIN NETHANYAHU

 

PERDANA MENTERI MALAYSIA


14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem


Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.


Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.


Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.


Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak  bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.


Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi  sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.


Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.


DR MAHATHIR MOHAMAD

 

2) SURAT DR.MAHATHIR KEPADA YITZAK RABIN

                                                PERDANA MENTERI MALAYSIA


21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.


Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.


Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)


DR. MAHATHIR MOHAMAD

 

 

3) SURAT DR.MAHATHIR KEPADA EHUD MUBARAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA 
8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV


Tuan Yang Terutama,


Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.  
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen. 

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi  mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.    

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah  dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. 

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas
Dr Mahathir mohamad

 

SUMBER – BERNAMA

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Sebelum tu , mintak tolong baca entri ni dan tinggalkan satu komen yer .. Cool giler TOSHIBA ULTRABOOK PROTEGE Z830 .. Terima kasih ..

image

Alahai .. sian dia .. Keyword semalam .. Malu eh ? Zaman ni mana ada orang mintak no tel dah ! Orang minta FB dia atau Twitter dia  .. Kalau nak lagi best , mintak je ICQ dia .. ahaha .. sahih ramai tak tau apa tu ICQ ..

Ok .. skang nak tips minta no tel awek ? Takat ni , aku tak pernah la mintak no tel awek tapi awek mintak no tel aku ada la .. Ala , tu mintak pon sbb nak sewa bas sekolah abang aku ! Bukan nak ajak g dating pon .. aiyo ..

Ala , senang je nak minta no tel kat awek ni .. Kalau nak mintak no tel kat awek yang baru kenal .. Cara dia gini ..

“ Hi wak .. cantik laa hp awak .. dari tadi teringin nak tengok.. boleh tengok tak ? “

Pastu belek belek la .. taip terus no telefon ko kat situ dan buat la missed call .. Aku confirm ko dapat no tel dia dan penampar sekali .. Kira pakej la ..

Kalau nak sangat , g jer la minta .. Jadi la jantan skitt .. Aiyook ..

“ Awak , no tel awak berapa ? Kita nak masukkan dalam list senarai awek yang kita berkenan laa . boleh ? Kalau tak de , bagi mak awak punya pon ok gak .. Tak dapat anak , mak pon jadi la .. “

Confirm dapat .. Korang tau dapat apa kan ?

Alahai .. apa la susah sangat nak ngayat awek untuk dpt no tel ni .. Pandang pandang je dia .. senyum jee .. main je mata .. haa .. confirm arr .. Contoh ? Ni jadi wooo.. Baca kat entri TERINGAT ZAMAN NGORAT AWEK DULU ! ni haaa ..

Tu je la cara terbaik .. Nak lagi terbaik , suruh je la mak ayah masuk minang .. Senang cerita aih .. Tak kenal dia ? Kalau tak kenal , maka g la ngorat cam aku suruh tadi .. huhu ..

Psst .. elakkan dosa dan noda yer .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Buat mereka yang dah pernah join segmen BLOGLIST FEB ari tu , maka mereka dah boleh delete bloglist mereka sbb ‘kontrak’  dah tamat.. Sbb menurut perjanjian , bloglist tu akan tamat hujung bulan FEB 2012 , yakni hari ini .

Jadi malam ni hingga esok , kita buat group bloglist yang baru .. Ok ? Bagi aku , pertukaran bloglist ni mmg berbaloi la .. Terbukti memberi kesan pada blog blog yang baru nak mencari tapak untuk mengembangkan lagi sayap mereka .. Eceh ..

Caranya ? Ikut je arahan kat bawah ni . Wajib ke buat entri ? Yup , sebagai tanda persetujuan untuk menyertai pertukaran link ni .. Kira cam ada kontrak laa .. ok ? Jom … Mula- mula ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM

  2. Sediakan satu entri khas yang bertajuk : BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL  2012 dan linkkan ke entri ini

  3. Jelaskan kenapa mereka patut pilih blog anda  ?

  4. Tinggalkan link url korang di ruangan komen ini .

Bahagian penting !

  1. Sediakan satu bloglist yg baru bertajuk APRIL 2012

  2. Sila pilih blog-blog yang korang minat untuk bertukar tukar link.. Masuk ke blog mereka , kemudian tinggalkan pertanyaan di ruang komen tersebut , dengan ayat yang bertulis begini ..

“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

Dan jika blogger tersebut bersetuju , maka sila balas kembali lawatan ke blog mereka dan tinggalkan komen di entri segmen ini dengan ayat ..

“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “

Selesai perjanjian , maka masukkan link blog masing masing ke dalam bloglist tersebut  dalam tempoh 24 jam. Selepas 24 jam , kembali pastikan link anda dah dimasukkan . Jika tiada , sila kembali tanya pada blogger tersebut. Jika tiada respon, remove link dia ! Senang citer .. Tak yah gaduh gaduh .. ok ?

Setiap bloglist boleh memuatkan lebih 200 blog. Maka pandai pandai la pilih yer ..

Bloglist yg dah diwujudkan itu akan kekal sehingga hujung APRIL 2012 dan selepas tamat tempoh perjanjian , blogger ada hak untuk hapuskan bloglist tersebut berdasarkan persetujuan di segmen ini . Cam lawyer lak aku… hehe..

Pertukaran link blog ini adalah salah satu usaha untuk menambahkan dan menukar pembaca di kalangan blogger sendiri. Ini bukanlah satu segmen utk tarik trafik atau untuk jadi popular .

Dengan cara ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat blogging .. InsyaAllah ..

Aku sekadar membantu  .. Bloglist aku ? Padat dah.. ni pon berat dah pon masa loading..

Tamat segmen ini , jam 8 malam , 1/3/2012 . Tiada penyenaraian list dibuat . Geledah je kat ruangan komen ni yer ..

Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
119 comments

 

image

Aik ? Boleh senyum lagi ?? Heh.. sori .. ni gambar aku amik dari sumber berita ni ..

Khabarnya  yang dicuri cuma komputer riba bernilai RM3k milik anak perempuan bapa saudara Nabil yg telah menetap rumahnya kini di Kampung Masjid Mambau ..

Faham tak apa aku cerita ni ? Gini .. Rumah yg kena masuk penyangak tu , rumah Nabil tapi Nabil tak duk situ dah . Dia dan keluarganya dah pindah ke KL .. Jadi rumah tu , bapak sedara dia ngan anak perempuannya tinggal situ laa .. lebih kurang begitu laa .. Kalau tak faham gak g baca sendiri la kat Mstar tu haa ..

Haih … kenapa laaa suka bagi orang hidup dalam ketakutan ni yer ? Yang suka menyamun merompak ni , biasanya suku sakat penagih dadah atau kaki judi  .. Bukan menuduh , tapi biasanya gitu la.. Lebih lebih lagi kat area kampung .. Banyak sangat laaa kes .. Kalau nak kaya , diorang rompak bank punya .. Ni stok stok rompak untuk lepas gian jer .. Tolong renti laa wat kije kije gini yer ..  G menoreh pon lagi bagus .. Dapat duit tu , lantak la nk wat apa.. Jangan sampai kena tangkap dek polis ,dah la yer .. Tapi confirm kena punya nanti.. Jadi , toksah wat keje mengarut dan tak berfaedah tu laa .. okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Januari 2026 (4)
      • Sahabat Blogger @ Kelab Blogger : Hooda
      • Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
      • Pening kepala aku dengan itik itik ni !
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes