Tengok mood kawan gak bila nak bergurau .. Bukan pe , silap silap mood kawan tu tak baik time tu , ada gak berkuntau kat situ .. Hehe .. Jangan cari pasal kan ?
Tengok mood kawan gak bila nak bergurau .. Bukan pe , silap silap mood kawan tu tak baik time tu , ada gak berkuntau kat situ .. Hehe .. Jangan cari pasal kan ?
Ni gara-gara drama atau filem la .. Asal watak DATUK atau DATIN , mesti masyuuukkk atau kaya raya .. Kira gempak gila la bila bertitle nih .. Tapi hakikatnya , kita tau .. bukan semua gitu pon ..
Tanggapan macam tu , dibawa sehingga keluar di dunia nyata ini .. Kesian .. tu yang berlaku pada pelakon veteran kesayangan aku ni .. Datuk Yahya Sulong. Aku membesar dengan menonton filem filem komedi dia , AR Badul , Hamid Gurkha dan ramai lagi ..
Menurut isterinya , Datin Alisah Ali berasa malu apabila perlu membawa gelaran yang dikurniakan kepada suaminya disebabkan kehidupan mereka yang dihimpit kesusahan.
Alisah berkata, terdapat individu menghantar surat dan berkunjung ke rumahnya di sebuah flat di Sentul dekat sini untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.
“Ada orang datang ke rumah saya minta derma. Saya nak korek duit dari mana? Kami ni susah. Orang ingat bila kita ada pangkat Datuk, kita ni kaya?” ujar Alisah kepada mStar Online.
Menurut Mstar lagi mereka mengharapkan bantuan daripada Baituilmal sebanyak RM400 sebulan dan juga wang pencen salah seorang arwah isteri Yahya sebelum ini iaitu dalam jumlah yang sama.
Dan wang sebanyak RM800 itu digunakan untuk membeli makan minum serta keperluan ubat-ubatan Yahya yang semakin uzur.Alisah berkata walaupun dihimpit kesusahan dia tidak pernah meminta sumbangan daripada sesiapa pun kerana tidak mahu dituduh terlalu bergantung dengan orang lain.
Hurm … sian .. Aku selalu memikirkan nasib aku bila tua nanti. Jadi , aku ngan wife dah menabung dari mula kitorang kawin. Yelah , kita bukan ada harta keturunan yg menimbun untuk dihabiskan. Kena bijak menyimpan dan berbelanja dari muda lagi ..
Hahaha … aku nak taip pon , tak leh .. asik tergelak tengok gambar ni ..
“ Woi geng .. kang abis game ni , terus g mall la .. Dengar ada sale baekk punya .. Aku ingat nak usha beg baru la .. Yg skang ni old fashion sudah .. “
“ Bukan ke baru je beli minggu lepas ? “
“ Memang laa. .. kita kan kaya .. Apa kes pakai barang seminggu ! Duit banyak neh .. “
“Ye tak ye gak kan ? Jom jom .. Layan Jusco ke Sogo ? “
“ Gile ke apa ? G Star Hill laaa .. Tu baru best ! “
“ Orait .. jap , aku nak patahkan kaki dorang dulu .. Diorang ada cover insurance.. ok la tu kan ? “
Ramai ramai kata … “ Masyuuukkkk “
Hmetro
Kalaulah benar artis tu ada video bogel atau gambar bogel sekali pon , apa hak kita untuk mendedahkannya ? Kita ada saluran yang betul . Kenapa tak serahkan saja video tu pada pihak berkuasa ? Apakah gempak gila mengaibkan individu tersebut ? Kalau orang tu satu agama ngan kita , camana ?
Patut la ramai kata blogger ni cari isu murahan .. hurm..
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“ Berhati-hatilah kalian terhadap prasangka kerana sesungguhnya ia adalah perkataan yang paling dusta. Dan janganlah saling mencari-cari khabar kesalahan, janganlah saling memata-matai, janganlah saling meninggikan harga untuk menarik perhatian pembeli, janganlah saling mendengki, janganlah saling membenci dan janganlah saling membelakangi. Wahai para hamba Allah! Jadilah kalian bersaudara. “
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6066 (Kitab al-Adab, Bab “Wahai orang-orang yang beriman, tinggallah kebanyakan daripada sangkaan”).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda:
“Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. (HR; Muslim).
Kita sendiri banyak melakukan dosa . Kalau Allah nak buka aib kita , lama dah DIA buka. Tak perlu tulis dalam blog , confirm kita jadi malu nak bergerak atas muka bumi ni malah ramai confirm bunuh diri punya ! Sesungguhnya Allah itu Maha Pemgampun Lagi Maha Penyayang. DIA bagi kita peluang untuk bertaubat ..
Nasib baik la kat blog aku ni ramai pembaca terdiri yang bijak pandai dan sering memberi nasihat. Dan aku pon baik juga sebab ikut kata mereka kan ? Hehe ..
Datuk Lee Chong Wei , tarik diri di game kedua akibat kecederaan di bahu kanannya . Game pertama , Lin Dan menang 21-18 dan ke dua , Lin Dan mendahului 6-2 dan akhirnya Chong Wei terpaksa tarik diri setelah 2 kali mendapatkan rawatan dari doktor pertandingan namun , mmg tak leh tahan dah sakit tu .. dia tarik diri dan memberikan kemenangan pada Lin Dan …
Sayang tapi apa nak buat kan ? Takde rezeki kita nak tengok dia mencipta sejarah tersendiri .. Tapi tak pe la , dia dah bagi yang terbaik dan harap mampu membuat sesuatu sebelum Kejohanan Olimpik bermula ..
Kami tetap menyokong anda !