Hanya kerana sedikit copy text saja aku ( blogger kecik je ni ) nak disaman ? Aiyoo .. Satu komen yang aku dapat tadi ..
Dari En.Yus yang menyorokkan mukanya . Buat id semata mata nak tinggalkan komen ni ke En.Yus ?
Dan teks yg aku copy tu ialah …
“ Sebuah majalah di Perancis telah menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW semalam dan tindakan mereka itu membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam. Tak pasal pasal polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.
Dalam satu petikan di akhbar online berkenaan isu tersebut ada menyebut , Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb memberitahu bahawa Nabi Muhammad bukan suci buat dia dan dia hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran jadi dia ada hak untuk buat demikian ..
Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel. “
Ahaaa … tu diaaa .. Hehehe .. Sebelum sebelum ni mana mana artikal yg aku copy paste memang aku bagi kredit atau sumber asal ( tu pasal aku tukar jadi Dalam satu petikan di akhbar online ) tapi untuk yang kali ni aku SENGAJA lepaskan .. Kenapa ? Saja nak umpan .. mana la tau kot kot ada orang orang besar baca .. hehe ..
Dan ternyata ada la wehhh .. ada wooo .. Terima kasih la yer .. Oh .. dari mana aku copy paste ayat ni .. dari SINAR HARIAN ONLINE atau WWW.SINARHARIAN.COM.MY .. perghh .. nak jugak tu…hahaha .. ( artikal INI ) ..
Huih … dasat .. Nanti saya tambah balik eh dalam tu artikal tu . Dan er, En.Yus ( confirm ke keje kat SINAR HARIAN ? ) .. terima kasih la sbb bagi saya baca percuma SINAR HARIAN tu.. Dulu mmg banyak ‘cerita’ tapi skang semakin tah hapa hapa la .. Tapi saya g masuk gak sbb akhbar tu ‘neutral’ .. Tapi tu dulu laaa .. Skang tak nampak dah menarik pun ..
Tak nak masuk dah dan promote SINAR HARIAN dalam blog aku ni .. Yang tak bagi sumber dia nampak .. Bila bagi sumber , tak ucap lak terima kasih .. hahaha ..
TERIMA KASIH SINAR HARIAN .. Tolong jangan saman saya. Bukan apa , tak berbaloi nak saman blogger ni haa .. Maklumlah , artikal dari blog pun byk kena kebas .. tapi blogger cool jer .. kan kan ? Tak giler saman lagi .. hahaha ..
Korang jangan ikut jejak aku tauuu .. Kalau copy , tulis sumber besar besar .. Mana tau dapat hadiah ..
PS: En. Yus , cer google tengok artikal tu dicopy paste bulat bulat .. Leh kaya nih ! Saman cepatttt … laallala … nak pari masak asam pedas tak ?