BEN ASHAARI



 

Hurm .. ikutkan , aku ni tak layak nak bagi kata kata semangat sbb aku pun bukanlah pelajar cemerlang bidang akademik di sekolah sbb aku lebih ‘gilakan’ bersukan waktu tu .. Memadai lulus dan dapat sambung belajar saja sasaran aku ..

Hurm.. tapi kalau diberi peluang sekali lagi , apakah aku akan memperbaiki kesilapan lalu ? Rasanya tidak .. Aku rasa aku tidak perlu perbaiki kesilapan kerana aku bukanlah jenis abaikan pelajaran walaupun aku bersukan . Cuma silap aku ialah cita cita aku tak bermasa depan yakni nak jadi pemain bola profesional.

Selepas abis SPM , aku try mintak keje di bank dengan tiket ‘bolasepak’ .. Tapi sayangnya disebabkan SPM tidak cemerlang , maka sukarlah aku nak dapat .. Akhirnya aku sambung belajar di kolej swasta setelah tahu apa yang aku minat .. Aku cenderung ke bidang perkomputeran. Sebenarnya aku minat pada bidang rekabentuk tetapi bakat aku lebih ke arah komputer.. hehehe ..

Maka aku sambung belajar .. Di sana , barulah nampak betapa pendidikan di zaman persekolahan amatlah penting termasuklah kegiatan kokurikulum .. Hurmm.. nasib baiklah aku ni bukan mat dungu yang tak tau apa apa .. heeee..

Pas abis belajar , aku praktikal dan seterusnya kerja sebagai pengaturcara komputer , selama beberapa tahun..Tak lama kemudian aku berhenti kerja akibat syarikat bankrupt setelah ekonomi dunia jatuh .. sekitar tahun 1999/99 tak silap aku .. Aku menganggur beberapa tahun. Sukarnya nak cari kerja ketika tu.

Akhirnya aku dapat jadi guru sandaran .. Guna sijil SPM. Dari situ aku mula bina kembali kehidupan aku dan juga mengenali dunia sebenarnya terutama selepas aku dapat kerja kontrak di Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan . Terus terang , bila berada di sektor awam amatlah mencabar mental .. Terdapat ‘batasan’ antara kakitangan dan pegawai ! Semua ini dibataskan dengan pendidikan !! Bayangkan awal awal lagi dah SPM lingkup ? Hurmm..

Ok , apa jadi bila SPM lingkup ? Apakah bererti dunia ini sudah berakhir ? Tak boleh dah hidup ? Kena keje kilang atau jaga tandas ? Tak semestinya..  Ada sorang kawan aku , SRP ( PMR ) pon 2 kali dia ambil .. Gagal !! Akhirnya dia sambung belajar ke Ikm dalam bidang mekanikal .. Dan , akhirnya dia lebih bergaji besar dari aku !!

Senang cakap .. SPM ini adalah permulaan kepada semuanya .. LULUS tak berertinya berjaya dan GAGAL tak semestinya tewas ! Ianya satu permulaan kepada kehidupan ini .. Apakah yang perlu dilakukan andai LULUS ? Atau apa nak buat bila gagal ? Jangan risau .. Apa yang perlu ialah TERUSKAN HIDUP. Setiap manusia ada keistimewaannya tersendiri ! Dan ingatlah, dalam zaman sekarang ni , air liur saja dah cukup mampu buatkan manusia kaya raya !

Adikku , apa yg kamu belajar selama ini , akan ditanya nanti .. Persoalannya , apakah kamu gunakan dalam kehidupan kamu ?? Itu yang penting sebenarnya.. bukan kelulusan yang cemerlang tetapi tidak amalkan apa yang dibelajar itu !

LULUS atau GAGAL , berikan yang terbaik .. lakukan kerana ALLAH ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Begini je skang kan ? Ada kelebihan dan byk kekurangannya .. Pastu jd bahan gaduh , luahan perasaan dan perbalahan luar tajuk !! Caci maki ? Berlambakk !!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Hehehe … Yeke ??? Kee daddy yange jeles nehh ?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Waahhh .. Aku sebenarnya tak sangka boleh lebih dari 20 ribu sbb pergerakkannya sangatlah lembab dan aku pon jarang tumpukan perhatian di page utama aku ni .. Dok bizi kat Twitter .. Susah gak nak tumpu sana sini .. Lainlah , ada orang sudi nak tolong .. hehe.. guwau jer ..

image

Dan , hujung bulan lepas , tetiba pergerakkan jadi laju sangat… Rasanya pada 29hb ari tu baru cecah 20 ribu.. Dan hari ni dah jadi 23 ribu ! Waaa.. terharu akuu ..

Er , maaffff .. aku tak guna apa apa app yer untuk tarik orang ! Tak caya .. tengok tang talking about this tuuu .. Kalau page ni ramai orang tapi tak aktif , jumlahnya tu ciput jer.. Seperti sebelum ni.. baru 100++ jer !

image

Bukanlah aku nak bagitau yang aku popular atau femes tapi medan FB ni bagus untuk aku mendapatkan info bagi update blog aku .. Dan juga dapat juga bertukar tukar cerita dengan rakan rakan yang ada di dalamnya ..

Jutaan terima kasihhhh buat mereka yg tak putus putus menyokong aku dari dulu , hingga sekarang !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Alhamdulillah .. nasib baik laaaa dah ada pengalaman sebelum ni .. Jadi tak la kekok sangat.. Pastu , krew diorang pon sangat sporting. Senang nak bincang..

Bermula dalam kul 10 lebih gitu .. tamat jam 12 tengahari..Lepak borak borak , pastu ajak gi makan tengahari ..

Bila keluar ? Hurm.. tak sure .. Ni isu apa ? Tunggu je la noooo .. heee…

Ada budak sibukkk nak join sama .. hahaha ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes