Dah pandai daaaahhh .. Tak dpt air kegemaran dia , kat situ gak dia bantai golek sambil bercucuran airmata ...
Nak bagi ke tak ? Akhirnya aku memahami kenapa bapak aku byk mengalah dgn anak anaknya .. hurmmmm...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Dah pandai daaaahhh .. Tak dpt air kegemaran dia , kat situ gak dia bantai golek sambil bercucuran airmata ...
Nak bagi ke tak ? Akhirnya aku memahami kenapa bapak aku byk mengalah dgn anak anaknya .. hurmmmm...
Ahaaaa ... 3 blogger awek yang aku jumpa , sebelum mereka dikenali ramai .. Auwww .. Skang memasing dah tempa nama dan tak lama lagi Emas Putih II pulak akan berada dikemuncak .. InshaAllah ..
Setiap blogger ni , ada kelebihan masing masing. Yang sorang , peramah serta kuat semangat .. Tak mudah putus asa walaupun diserang dek hatersnya berkali kali ..
Yang sorang lagi , bijak mengatur strategi dengan menggunakan blog dan fan pagenya .. Alhamdulillah .. Berjaya juga dah sekarang. Dah ada komuniti memasing gitu.
Sorang lagi .. Haaa .. yang ni mmg dah ada nama cuma belum menonjol lagi. InshaAllah .. aku rasa dia akan pergi jauh tak lama lagi.. Kena bagi peluang dan ada network yang betul ..
Betul , nak berjaya .. kena ada network ! Kalau takde network zaman ni .. mmg susah woooo .. Jadi , pandai pandai la cari kawan dalam dunia blog ni .. Jadi peramah dan rajin join event event blogger ..
Dan bila dah naik , jangan la sombong .... dan lupa asal usul .. Dan juga , jangan tikam belakang kengkawan .. Ok ? Good .. Sila sambung kerja anda ..
Oh , nak femes tak semestinya comel .. Nak femes perlu ada keberanian .. Sekian.

Teringat Qhaliff sewaktu ni .. Dia dijaga oleh Lyssa .. hehehe .. Comel cam aku kan ? Aku tau dah ..
Malam ni , sekali lagi bersantai bersama sama rakan rakan blogger di Lava Grill Restaurant , Serdang. Haa.. Sebenarnya ramai lagi ni tapi saja tak nak masukkan diorang. Untuk entri seterusnya. Yang ni nak cerita pasal Qhaliff jer .. Heee ..
Ceritanya begini .. Aku tak tau la nape , sejak dua tiga pat lima menjak ni .. Qhaliff cukup susah nak kat orang . Puas la orang pujuk , bagi rasuah , ajak nikah .. pon tak nak . haihhhh .. Nak melekat ngan mak pak dia jer ..

Burger bakar yang sampai di depan mata aku , amatlah menyelerakan tapi tak berjaya dihabiskan sbb dok mengejar Qhaliff .. Dok silih berganti makan dengan mak dia .. Kek besday tiramisu yang sedap tu pon tak sempat nak makan abis.. Wife kempunan nak makan.. Tak pe , nanti kita gi makan eh.. Qhaliff duk umah mak aku nanti.. hehehe ..
Dapat masuk separuh beger tu tapi abis dah dibakar sbb dok dukung dia jer .. Bukan ngeluh tapi saja nak bagitau korang .. mana tau ingat ada baby ni senang je nak jaga .. huhuuh ..
Perlukah guna menda alah ni ?

Rasanya belum perlu sbb dia masih boleh dikawal . Bila jadi macam td tu , bermakna dia boring dan mengantuk ..
"Dadddyyyy , jommm balikkkkkk .. " . Tapi daddy degil .Masih nak melepak ! Bukan selalu woooo .. huhuh ..
Dia gi main kat sana sini .. Pastu getiba dia naik naik tangga .. Aku yang sedang 'bergayut' di telefon dengan rakan bisnis pasal projek juta juta tahun depan terus pegang tangan dia tanpa syak apa apa..
Dia naik sampai atas.. terus masuk ke bilik air ! Aik ??? Aku terkejut ! Awalnya dia nak mandi. Dia terus main air .. Aku rasa semacam jer.. Aku tengok lampin dia.. Ler.. patut laaaa ..
Mamat ni tak leh berak skit .. terus ajak gi cuci ! Bila dah masuk bilik air , jawabnya .. main air laaa ..
Seronokkkk .. Tak tau laa berapa bil air bulan ni..

Untuk para ibu , mungkin dah biasa .. terutama yang biasa mengemas . Bila anak tidur , perghhh .. bestnyaa .. boleh buat macam macam kerja seperti tidur , makan dan ngorat awek sebelah umah ! Hahahah ... Takde maknaaanya okeh ! Bila dia tidur , baru la leh update blog , kemas rumah ( skit skit ) , makan ke .. atau ok , yang ni bila dah tak larat sangat yakni tidur .. heee ..
Fizikal dan menta perlu dalam keadaan bersedia bila anak kecil kita tu bangun. Sebab tu kena join sama dia tidur .. heeee .. Kalau tak nanti leh tekanan perasaan wooo ..
Contohnya bila anak kecil kita tu sibuk benar nak makan sendiri sambil tengok tv ! Tengok la gaya dia.. Buat buat terkejut walhal dia tau dia pasti kena marah sbb sepahkan makanan .. hahaha.. Berlakon pandai budak niii ..
Padahal , boleh je dia makan elok elok.. Saja nak kasi bapak dia tekanan jiwa sat.. Nak uji la katakan .. Haaa .. Jangan ingat budak dah berusia setahun dua ni tak reti nak sakat bapak dia !
Haaa.. Anda dah bersedia ? Tu belum part tv dia nak , hp kita pon dia nk gak.. dua dua dia nak serentak ! PErghhh ..