Susah dah skang dia nak makan buah , sayur ... memilih dah .. Pasni nak kena tukar susu lak.. Try guna Dugrow lak .. Er , susu Ilham tu ok tak ? Ke susu Qaseh tu ? Sapa ada guna ??
Bila dah kena sembelit , dia tak kasi pegang dia.. huhu..siann..
Hahahaha .. Adoiyai .. Lawak lawak .. Pasal tudung , hot seMalaysia ! Tenggelam 5 minit isu MH370.. Haih.. Bikin malu company jer ..
Serius , aku tak paham sebenarnya .. Ini isu cetak rompak pakaian atau ciplak pattern ? Kalau ciplak pattern , apakah boleh dibuat rampasan ? Macam Samsung ciplak design tablet Apple.. kan ? Disaman je kan ? Ada rampasan ke ?? Seingat aku , takde ponnn kan .. Ke ada ? Kat negara mana ? Ke tarik balik pemasarannya ? Haaa ..
Kalaulah benar tak boleh .. bermakna pasni aku perlu jadi pereka pakaian la.. Risau la kena saman atau dirampas pakaian aku tu .. Haaa .. Naya gueee ..
Naya nayaa.. Abis semua menda pasni nak dipatentkan .. Nak pakai apa dah ? Kalau pereka seluar dalam mula patentkan reka bentuk dia yang segi tiga tu , takkan nak design seluar dalam bentuk bulat lak kot ? Segi empat pon tak gak ni .. Iskhhh..
Hanya di Malaysia ?
Arghhhh .. Masuk je Aeon Alamanda , dia terus menuju tempat ni .. Kat tempat jual ikan tu haaa .. Tarik kerusi .. dan ..menikmati keindahan ikan ikan keli tu haa ..




Perlu ke aku letak aquarium kat rumah aku ???? Hurm.. Risau ikan takde , dia lak yang dalam tu nanti .. huhu ..
Aiyokk .. timbul lagi kes tudung ni haaa .. Haihhh ! Aparaaa .. Bikin malu company jer ! Apa la nak pening sangat pasal tiruan atau ciplak design ? Kalau benar benar yakin dengan produk anda tuuuuu , tak yah pening . Pasti anda akan ada pelanggan punya laaa. Yang patut pening ialah bagaimana nak jual harga berpatutan supaya pelbagai golongan dapat memakainya dan juga kalau boleh , design la agar betul betul tudung tu , benar benar menutup aurat.. Bukan sekadar perhiasan kepala ..
Aku penggemar barang original. Tiruan ? Cari dvd tiruan je.. Nak beli original , tak mampu .. Mahal bang.. Pastu takkan nak simpan wat koleksi ? Biasanya lepas tengok , aku kasi Qhaliff main ..
Begitu jugak dengan pakaian.. Kalau aku nak beli , aku cari yang original dan berkualiti .. Selesa dan tahan lama adalah kriterianya .. Kalau nak murah , amiklah jenama biasa je .. Tapi ada mutu gak la kan ?
Cam kasut ni ..

Dah berpasang aku beli yang berjenama.. Rosak , tetap rosak .. Busuk tetap busuk.. Haa.. Rugi ? Tak pe laaa.. janji kaki sihat .. Hehehe ..
Sekarang , aku terpaksa jimat .. Aku beli kasut bermutu tapi murah sedikit harganya.. Gi je la BATA .. Memang ok la kasut ni.. Leh pakai gi gym atau layan futsal nanti..
Koyak , buang ! Pastu beli lagi.. Apadahal ! Bukan susah pon .. Aku takkan beli yang berjenama tiruan .. Bukan sebab berlagak tapi risau kesihatan kaki .. Sekurangnya , terjaga la skit kaki kan ?
Sama la tudung tu .. Kalau tudung tu bagus , kainnya bagus .. Kualitinya tip top .. Apa mau pening ? Tiru camana pon , orang akan cari yang ori .. Yang pakai tiruan tu , biar je la.. Mereka tolong marketkan nama brand awak tu haaa ..
Apa mau kedekut ? Mati mau angkut tudung bawak masuk kubur ka ? Aiyooo .. Rileks laaa.. Mau saman pon , buang masa jer.. Baik duit tu , buat sedekah ..
Kalau ada ada broadband.. tak kira la home broadbrand fiber atau mudah alih punya , tak dimanfaat sepenuhnya , maka satu kerugian !
Salah satu dari cara nak memanfaatkannya ialah .. Jom tonton movie movie terbaik dari pelbagai negara ! Serius , mmg menarik dari filem filem yang meletop letop di panggung wayang tu ! Haaa ..
Kat mana nak tonton movie yang aku kata ni ? Ahaaa.. Teruskan membaca ..
BENTO LIVE , sebuah aplikasi terkini yang boleh didapati di tv pintar Samsung , telefon pintar Samsung dan juga mana mana telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android.
Caranya , mudah jer .. Utk telefon pintar berjenama Samsung , gi ke Samsung App dan download jer .. Percuma. Manakala untuk jenama lain , kena beli aplikasinya. Murah sangat pon.. Berapa ringgit je ..


Manakala untuk tv pintar Samsung , takde masalah.. Dengan kualiti movie HD , anda pasti teruja menontonnya .. Yelah , macam aku ke pejabat Bento Live baru baru ni.. Dipasangnya Bento Live app di tv pintar bersaiz 75 inci , aku terasa macam nak tukar tv terus je .. Hahahaha.. Cunnn wooooo ..


Untuk laman web pulak , mudah sangat.. Pastikan dah daftar di Bento Live .. Login dan pilih je mana movie yang anda berkenan… Haaa .. Senang kan ?
Aku dapat tahu pasal Bento Live ni dari rakan blogger aku. Kebetulan aku pon dok tercari cari gak online streaming movie utk dilayan sebelum tidur..
Ada gak aku bagitau pada rakan aku mengenai kewujudan Bento Tv ni.. Dia kata movie kat sini tak pernah dia dengar dan tonton pon ! Hehehe.. Tak dinafikan tapi sebenarnya movie movie beginilah sesuai untuk ditonton kerana ianya bukanlah sekadar cerita ‘kosong’ tetapi punya input tersendiri pada kita .. Tak caya , cari satu movie dan tonton hingga abis..
Kalau tak nak tonton movie , dalam ni ada banyak channel.. Boleh tonton dokumentari , tv series malah untuk kanak kanak pon ada .. Kartun la maksud aku… Menariknya , pilihan paparan ada di situ.. Nak Standard atau HD ? Nak sarikata dalam bahasa Melayu ? Ada gakkk !
Menarik kan ? Aku kata dah .. Haaa .. Sebelum aku melabuhkan tirai entri aku ni , aku nak bagitau .. Bento Live ada buat contest utk anda semua .. Hadiahnya , 2 buah tv pintar 40 inci Samsung , setiap bulan. Caranya mudah jer .. Ikut arahan dalam gambar di bawah ni ..
Mudah kan ? Aku kata daahhh … Haaa, tunggu apa lagi.. Bagitau kat rakan rakan yang kaki online movie ni , tonton di Bento Live ! Pastinya dia akan mengucapkan terima kasih buat anda semua ! Heeeee…
Untuk ke Bento Live , sila klik www.bentolive.com .