BEN ASHAARI



 

Nak kena recall balik ni .. Maklumlah , aku buat sekali je.. Tu pun 2 tahun lepas.. heeee …  Info ni aku dapat melalui Facebook. Memasing dok tagged je kan ..

Sumbernya adalah dari Kidz collection corner

 

AMALAN SELEPAS KELAHIRAN.
(SUAMI-ISTERI WAJIB BACA..!!)

1. PENYAMBUT BAYI.

Orang yang terbaik untuk menyambut bayi ialah bidan atau doktor Muslimah. Sekiranya tiada, maka keutamaannya boleh diserahkan kepada perempuan non-Muslim, seterusnya kepada Muslim, dan akhir sekali kepada lelaki non-Muslim. Ini semua adalah merujuk kepada fiqh aurat wanita di dalam Islam.

2. PERSEKITARAN TEMPAT BERSALIN

Bilik bersalin adalah tempat si ibu berjuang dengan nyawanya untuk melahirkan anak. Justeru, pastikan tempat tersebut bersih. Selain itu, galakkan si bapa untuk berada sekali semasa persalinan sebagai sokongan moral. Si bapa bolehlah memainkan peranan mengurangkan kesakitan si ibu, dan juga membaca doa atau sekadar memasang alunan bacaan al-Quran. Biar si ibu sentiasa teringat Allah, dan biarlah si bayi mendengar kalam Allah sebagai kalimah pertama ketika mula mengunjungi alam dunia ini.

3. MENGHEBAHKAN DAN UCAPAN TAHNIAH TANDA GEMBIRA

Adalah disunatkan untuk menghebahkan kelahiran anak terutama kepada si bapa dan juga kepada kaum keluarga dan rakan taulan. Dalam a-Quran, ketika Allah mengkhabarkan cerita mengenai kelahiran Yahya kepada Zakariya, Allah menggunakan perkataan menggembirakan atau memberitakan berita gembira (rujuk Ali Imran:39 dan Maryam:7)

Abu Lahab adalah antara orang yang amat gembira, bahkan memerdekakan hambanya Thuwaibah ketika mendengar berita kelahiran nabi Muhammad. Menurut hadith sahih riwayat al-Bukhari, walaupun status Abu Lahab itu sehingga dikutuk secara kekal di dalam satu surah al-Masad di dalam al-Quran, akan tetapi kegembiraan beliau mendengar berita kelahiran nabi Muhammad melayakkan Abu Lahab mendapat minuman setelah mati daripada celah ibu jari dan telunjuk nabi. Menurut riwayat daripada al-Abbas, Abu Lahab akan mendapat minuman tersebut setelah mati pada setiap hari Isnin, iaitu hari kelahiran nabi.

Di dalam kitab Tuhfatul Maudud karangan Ibn al-Qayyim, dilaporkan yang Hasan al-Basri mencadangkan ucapan doa tahniah kepada ibu bapa yang baru mendapat anak. Sebahagian menyatakan doa ini adalah riwayat Imam al-Hasan r.a.

Doanya seperti berikut:
بورك لك بالموهوب و شكرت الواهب و رزقت بره و بلغ اشده
Buurika laka bilmauhub, wa syakarta al-Wahib, wa ruziqta birrahu, wa balagha ashuddahu.

Moga engkau diberkati dengan anugerah (kelahiran bayi) ini, dan bersyukur kepada yang Maha Pemberi (Allah), dan moga engkau diberikan ketaatannya, dan dia (bayi) akan membesar (dewasa)
Ibu dan bapa diajar untuk menjawab:
بارك الله لك و بارك عليك و رزقك الله مثله
Baarakalahu laka, wa baaraka ‘alaika, wa rozaqakallahu mithlahu
Moga Allah memberkati kamu, dan berkat-Nya ke atas kamu, dan moga Alah mengurniakan rezeki seperti ini (mendapat anak juga)

4. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali. Ada yang mengkritik hadith ini kerana statusnya dho’if. Akan tetapi Ibn al-Qayyim tetap menggalakkannya kerana menurutnya biarlah si anak mendengar ucapan yang membesarkan Allah, syahadah, serta seruan ke arah solat dan kejayaan sebagai ayat-ayat pertama didengar di muka bumi ini.

5. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Orang Melayu biasa menyebutnya dengan istilah membelah mulut. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.
Sunnah tahnik adalah berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim. Dilaporkan Abu Musa r.a. berkata:
Aku pernah mendapat seorang anak lelaki, maka aku pun membawanya kepada Rasulullah SAW maka dinamakannya Ibrahim, kemudian ditahnik dengan tamar, lalu didoakan keberkatan kepadanya. Kemudian diserahkannya kepadaku.

6. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Menurut Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitab Tarbiyatul Aulad, ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Ini berdasarkan sepotong hadith yagn diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a.:

Bahawasanya Rasulullah SAW telah mengarahkan untuk mencukur rambut al-Hasan dan al-Husain pada hari ketujuh mereka, rambut mereka telah dicukur, lalu disedekah timbangannya dengan perak.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Rasulullah telah melarang qaza’.

7. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh. Khilaf ini berdasarkan hadith yang melaporkan Rasulullah memberi nama anak baginda dengan nama moyang baginda Ibrahim sejurus selepas kelahirannya, sementara dalam hadith yang lain Rasulullah memberikan nama al-Hasan dan al-Husein serta ramai yang lain pada hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.
…Janganlah engkau namakan anak dengan nama Yasar (yang sangat bertuah), Rabah (yang sangat beruntung), Najih (yang sangat berjaya) atau Aflah (yang paling berjaya). Kerana engkau akan tertanya nanti, betulkah anakku itu seperti makna namanya. Sesungguhnya nama yang aku tegah itu empat sahaja, janganlah engkau tanya banyak lagi.

(Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi).

8. AQIQAH

Secara literal, maksudnya ialah memutuskan. Daripada sudut syara’, maksudnya ialah menyembelih haiwan untuk anak yang dilahirkan kerana Allah. Hukum aqiqah adalah khilaf di kalangan ulamak. Majoritinya termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Sementara mazhab Hanafi pula tidak mewajibkannya.
Haiwan aqiqah juga menjadi khilaf akademik ulamak. Majoriti menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. Sebahagian ulamak menyatakan menurut zahir hadith, memadai anak lelaki itu aqiqah dengan seekor kambing sahaja.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu.

9. KHITAN / SUNAT

Hukum khitan atau bersunat juga adalah khilaf sama ada wajib atau sunat. Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan.

Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.

10. DOA

Anak-anak perlu dilihat sebagai saham kita untuk masa hadapan. Ini kerana ketika kita meninggal dunia nanti, doa anak yang soleh ialah antara amalan yang akan berterusan sampai kepada diri kita. Justeru, janganlah putus daripada mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh.

Doa yang terbaik ialah seperti yang diajar oleh Allah sendiri di dalam surah al-Furqan ayat 74:
ربنا هبلنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماما
Tuhanku, kurniakanlah daripada isteri dan anak-anakku sesuatu yang menjadi penyejuk mata, dan jadikanlah kepada imam kepada orang yang bertaqwa.


Semoga bermanfaat..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Ni kat homestay di Damansara Damai.. Hahahaa.. Mati keras dia kat sini.. Cantik dan kemas cuma utk budak kecil cam Qhaliff ni , memang mati kutu laaaa.. 

Nasib baik laaaa setiap handphone dah ada stok movie kartun dan jugak pembelajaran cam ABC dan sebagainya.. Hilang laaa kebosanan dia jap...


Ajak datang sini untuk berehat tapi sama jer.. hahahaaa.. Tetsp kepenatan aku .. huhu.. Baru sorang bini..eh , anakk.. haaaa.. Tambah sorang lagi tak lama lagi , perghhhh....
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments


Huh.. bawah mata kanan.. lebam semacam jer.. Kelmarin , bangun tidur , taik mata penuh seolah macam nak mai sakit mata tapi Alhamdulillah , takde ..

Balik dari bersenam di taman , aku letak ubat skit.. Dah ada kurang skit .. hurm.. Tapi punca ? 

Hari tu ada tersiku muka dia .. dia dok memanjat belakang badan  aku .. Tapi takde la pulak lebam .. hurmmmm... Terkena pipi kot ? 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tiap kali Qhaliff tengok aku buat senaman , dia mesti nak ikut ! Sekarang ni , dok kalut tengok aku bergayut kat situ.. Dia pon nak la jugak buat !

Persoalannya , mampukah ??

Yer.. aku dukung dia dan dia pegang dengan kedua tangan dia ..

Penuh bergayaa kooo !

Perghh.. berjaya buat berapa ?? Satu ? Dua ???? Tiga ?????

Terdampar kepenatan selepas bersenam.. Rasa rasa , berapa kali dia berjaya buat ?

Heeee .. Teka je la .. Malas nak bagitau ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Kalau korang follow aku dari dulu , selepas jam 12 pagi mesti ada beberapa entri .. Tapi kebelakangan ni , kurang sangat dah ! Kenapa ? Adakah sebab aku takde idea ?

No , no , nooooo ! Bukan sebab takde idea tapi sebabnya ialah.. Aku layan secawan susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni ! Terus terang , aku dah macam wajib minum sebelum tidur dan seawal pagi .. Hehehe ..

Stok 2 kotak dah abis .. Dan aku dapatkan lagi 5 kotak ! 2 kotak untuk aku.. 2 kotak untuk wife dan bakal baby .. Sekotak untuk mak aku yang gemar minum susu kambing ..

Aku sukar nak elak dari makan malam sejak dua menjak ni.. sebabnya terlalu penat dan kehilangan tenaga .. Sejak minum susu kambing Nutri Goat ni , aku bancuh susu secawan dan cicahkan dengan roti yang disapukan dengan Nutella .. Sedap siot ! Hahahaha .. Qhaliff pon siap tiru aku makan gitu..

Rasa macam berjaya jer nak diet cara gini .. Hehehee.. InshaAllah ..Ha , kalau nak tau pasal susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni , baca kat SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes