Sampai sampai je rumah .. Hurmm .. On tv , jari terus tekan remote 611 walhal nak tengok 411 !


Sebelum ni ..


Hargai mereka yang tersayang bila berada depan mata ..
Sampai sampai je rumah .. Hurmm .. On tv , jari terus tekan remote 611 walhal nak tengok 411 !


Sebelum ni ..


Hargai mereka yang tersayang bila berada depan mata ..
Terpaksa tidur rumah mak aku utk hilangkan rasa sunyi . Kalau aku di rumah seorang diri , pasti akan terasa sayu di hati ! Bukan mudah nak tutup rasa itu memandangkan aku dan Qhaliff tak pernah berpisah lama ! Apatah lagi sekarang ni dengan kehadiran sorang lagi cahaya mata , rindu makin menusuk jiwa.
Mak dia ? Rindu tak ? Iskh.. tu aku tulis kat blog lain laaa.. Kang tulis sini, ada pulak muntah darah sbb aku jiwa jiwa la pulakkk .. heee

Aku faham sekarang camana perasaan ‘bos’ aku dulu yang mana dia dapat tawaran ikut ‘big boss’ ke luar negara selama beberapa minggu. Seronok tu mmg seronok tapi bila mengenangkan anak manjanya tu… payah buat keputusan !

Semalam nak balik pon dah belikan dia basikal kecil dan mainan.. Takde la dia selongkar rumah tu nanti.. huhuh..
Alhamdulillah .. Sampai dah destinasi yang ditujui. Tak sangka aku sampai jauh lebih awal dari yang disangka. Biasanya , petang baru sampai.. Paling tidak pon jam 8 malam ! Tap kali ni , aku sampai sebelum jam 2 petang lagi ! Tak laju pon tapi jalan clear jer ..
Sepanjang perjalanan .. aku pandang kerusi sebelah aku… Kerusi yang mana Qhaliff selalu duduk .. Huhu.. sama sewaktu datang ari tu , dia la yang teman aku kat sebelah dengan muka welfare dia .. Dah pandai bagi senyum bila pandang kita ni haaa skangg… Akak kat Petronas pon dah tergoda ari tu ! Hahahaha ..

Skang ni aku kat rumah mak aku.. Kang malam baru balik umah aku nun di Sepang. Kat sana nanti , baru laa terasa segalanya !! Kalau dia ada , aku memanjang dok gaduh ngan dia .. Ni dah sorang , terasa sungguh kelainannya !
Takde orang nak kacau aku makan .. takde orang nak kacau aku buat kerja ! Tapi aku rindukan saat tu !!
Esok balik Kelantan semula ??? Huhuh.. Ingat Kelantan tu sebelah Cheras ke ??

Daddy balik umah tau.. Jaga adik dan ibu elok elok.. Nanti daddy datang jemput balik semua yer .. Huhuh..
Menarik ni !!
“ Kepada anda yang begitu aktif berniaga secara online di laman sosial Instagram dan Facebook umapamanya, ini adalah peluang keemasan untuk kita berniaga secara offline. “.
Tinggal 100 booth ! 500 booth dah abis ditempah dalam masa seminggu selepas dibuka ! Haaa.. Takkan nak lepaskan peluang untuk berniaga di Bazaar Usahawan Online terbesar di Malaysia ni ? Iskhh.. rugi ! Dapat kumpul network gakk woo ..
Rasanya dengan kehadiran 50 selebriti terkenal seperti Neelofa, Hanez Suraya, Yana Samsudin, Adira, Afdlin Shauki, Amer Forteen pastinya membuatkan Mega Bazaar 2014 ni menjadi tumpuan ramai !
Bagi yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut atau nak booking booth , sila hubungi +60 12 292 0131 segera !!
Tinggal 30 hari je lagi !!