BEN ASHAARI



 

-iklan berbayar-

 

Kehidupan bermula dengan begitu indah. Saat kehamilan adalah sesuatu yang dinanti oleh semua pasangan suami isteri.

clip_image002

Anak yang dikandung diharap supaya selamat dilahirkan dan seterusnya lahirlah seorang bayi yang comel, permata hati kesayangan ayah dan ibu.

clip_image004

Anak itu kemudiannya membesar dan bagi ibubapa, hadiah terbesar kepada si anak adalah dengan memberikan pendidikan yang paling baik untuk mereka.

clip_image006

Namun, ada ketikanya semua yg dirancangkan tidak seperti yang diharapkan. Kecemasan boleh berlaku pada setiap peringkat kehidupan si anak itu, walaupun ketika di peringkat kehamilan.

clip_image008

Memperkenalkan Prumy Child Infant Care, yang pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan bermula dari dalam perut ibu.

Plan yang menyeluruh, kerana bukan sahaja menyediakan perlindungan juga turut memberikan kelebihan simpanan yang membolehkan ibubapa memberikan pendidikan yang terbaik untuk si anak.

Prumy Child Infant Care sepintas lalu..

PMC Infant Care boleh dipohon oleh ibu yang mengandung pada usia kandungan antara kehamilan minggu ke-18 sehingga minggu ke-35, yg mana umur ibu adalah diantara 18  sehingga 45 tahun (hari jadi akan datang).

Ciri 1: Perlindungan di peringkat kehamilan

Melindungi kewangan anda jika berlaku komplikasi ketika kehamilan sebagai contoh Eklampsia, Abrupsi Plasenta, Embolisme Cecair Amnion ataupun kematian janin.

clip_image009

clip_image011

Ciri 2: Perlindungan sejurus selepas kelahiran

Menurut kajian, neonatal jaundice (penyakit kuning pada bayi di awal kelahiran) menyerang hampir 75% dari jumlah kelahiran. Dari jumlah ini 20% daripadanya memerlukan rawatan. Melalui Prumy Child Infant Care, jaundice yang memerlukan rawatan fototerapi kini termasuk dalam skop perlindungan.

clip_image012

Manakala, rawatan ICU/HDU kini menyeluruh kepada semua jenis kelahiran (tidak terhad kepada kelahiran pra-matang)

Ciri 3: Perlindungan terhadap 15 jenis penyakit kongenital

Dengan Prumy Child Infant Care, kos rawatan untuk penyakit kongenital terus sahaja tersedia tanpa ada pengecualian di dalam polisi.

clip_image014

Ciri 4: Penyediaan perlindungan lanjut kepada rawatan hospital dan klinik

PMC Infant Care disediakan supaya ianya fleksibel kerana mudah ditambah dengan manfaat lanjutan lain seperti kos rawatan klinik yg komprehensif, rawatan hospital jika berlaku kecemasan dan manfaat pendapatan gantian.

clip_image016

Ciri 5: Penyediaan dana pendidikan bermula seawal minggu ke-18 kehamilan

Dengan rider dana pendidikan khas, perancangan dana pendidikan untuk anak anda kini mendapat kelebihan dengan pelepasan cukai.

clip_image018

Maklumat lanjut boleh disemak melalui website rasmi:

http://www2.prudential.com.my/corp/prudential_en_my/solutions/protection/PRUmychild

Atau boleh terus hubungi agen anda untuk temujanji:

Hakiem Zakaria

Whatsapp: 0122903143

Email: mhzmohdh@yahoo.com

Facebook: https://www.facebook.com/solusi.insurans.takaful

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Kalau orang tu pengemis , fakir miskin .. ok lagi la.. Tapi kalau dia punya gaya serupa memiliki kereta Peugeot yang baru dibeli semalam .. tu melampau laaa !!

Maksud aku ialah pemakaiannya ketika berada di hospital ! Tak kira la samada datang melawat , mendapatkan rawatan ( melainkan kebetulan dia sakit ) , pemakaian perlu sama sekali diambil berat !

Semalam di HKL.. Teman ayah aku buat rawatan lanjutan kansernya..
Skg di bhgn menunggu. Terpandang seorang perempuan berkaca mata hitam berjalan ke arah aku dan berhenti lalu duduk disebelah seorang lelaki yg nampaknya mcm sebangsa aku .

Yg menarik perhatian aku ialah perempuan tu.. Berbaju jarang cerah hingga menampakkan baju dlm warna pinknya.

Maaflah.. aku bukan nak mengajak mengumpat tapi sebaliknya meminta kita sama sama bersepakat meminta kerajaan menguatkuasakan etika pemakaian di  tempat awam seperti hospital , jabatan kerajaan.. Kalau mereka berpakaian yang boleh dikategorikan sebagai ‘melampau’ , jangan benarkan mereka masuk ke premis mereka atau sediakan jubah untuk mereka seperti mana nak masuk masjid Putrajaya.. Heeee..

Bukan apa.. Bila berurusan dengan perempuan yang berpakaian seksi , mata tertarik pada tempat tak sepatutnya disebabkan syaitan dok bergayut kat situ ! Kalau berusaha melawan pon , jadinya tak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelanggan yang berada di hadapannya !

Jangan sampai ada berbra dan berseluar dalam je gi hospital , baru nak amik tindakan !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Tak tau nak berbuka di mana atau tak tau nak cari makan di tempat yang berhampiran dengan korang ? Hehehehe.. Macam macam ada tapi  kalau nak cari sesuatu yang disyorkan oleh mereka yang dah mencubanya , aku syorkan download aplikasi di telefon pintar anda ..HUNGRYGOWHERE !

Photo

Bayangkan jika aku berada di Kuantan .. Aku keseorangan dan tak tau nak makan kat mana yang sedap sedap ? Dengan adanya aplikasi ni .. aku tak perlu risau.. Gunakan saja ! Selesai masalah aku !

Pastinya korang tertanya kat mana nak download aplikasi HUNGRYGOWHERE ni kan ? Sebelum tu , jom layan dulu video yang menunjukkan kelebihan aplikasi ini..

Manakala untuk mendownload.. Untuk pengguna IOS , sila ke page: https://itunes.apple.com/sg/app/hungrygowhere-malaysia-your/id669043696?mt=8 

Dan bagi yang menggunakan Android , sila gunakan Google Play ..

Tak susah pon nak guna aplikasi HUNGRYGOWHERE ni .. Jika dah download , sila tengok bahagian AROUND ME ! Restoran atau rangkaian makanan yang menarik akan disyorkan pada anda !

Nak cari yang HALAL ? Jangan risau .. Guna je FILTER ! Selesai masalah !!

image

Bayangkan jika aku makan di satu restoran yang menarik.. aku boleh syorkan pada rakan aku yang juga menggunakan aplikasi ini juga ! Takkan susah nak cari kerana dah disertakan map lokasi tu ! Haaa .. Menarik kan ?

Bagi mereka yang gemar bertukar tukar selera setiap hari , HUNGRYGOWHERE ni amat sesuai sekali berada dalam telefon pintar mereka !

 

Ok .. Antara restoran yang tersenarai di dalam aplikasi HUNGRYGOWHERE ni ialah TALENTLOUNGE ..

TALENTLOUNGE yang terletak di PJ Trade Centre , Petaling Jaya ini adalah salah satu restoran pilihan yang menarik untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan ni ,  Sangat mudah nak jumpa tempat ni apatah lagi jika menggunakan aplikasi gps  Waze. Nak parking pon mudah . Selesa dan mendamaikan. Heee..

Manakala bahagian dalamannya , sangatlah santai bagi aku.. Takde formal sangat tapi bersih ! Tu penting bagi aku kalau nak gi makan ni.. hehehe .. Kebersihan adalah penting !

Kehadiran aku di sana adalah untuk sempena Pelancaran Buffet Ramadhan di TalentLounge ini sendiri. Dan kemudian ada contoh hidangan yang akan disajikan di bulan Ramadhan untuk menu berbuka puasa.

Photo: Buffet di Talent Lounge , Damansara .. 

#hgw_my

Yup ! Sedap ! Aku suka nasi dia .. Sedap !! Nak tambah lagi , tapi segann .. hehehe. Nanti kalau free , leh la ajak famili datang berbuka kat sini.

Dengan adanya aplikasi HUNGRYGOWHERE ni , amatlah mudah nak cari makanan di mana saja kita berada ! Download dan login ! Pastu .. haaa.. Pasti teruja nak rasa segalanya yang disyorkan di dalam tu.. heee ..

Pakej  berbuka yang  menarik sedang menanti anda di TALENTLOUNGE !

Photo: Hi, 
Greetings from Talent Lounge!

This Ramadhan season, Talent Lounge will be having a special Iftar/Break-fast promotion throughout the month. We are delighted to offer our customers special weekday set meals and weekend buffet serving local, western and Mediterranean cuisine.

The set meal promotion runs from Mondays to Thursdays while the buffet promotion runs on Fridays and Saturdays, 6 pm to 9 pm, respectively.

Our must try set meal consists of starter, main, dessert and drink priced at Rm20++ (Adult) and RM10++ (kids 8-12 years). The buffet promotion is inclusive of starters, 4 mains, 2 desserts and drinks priced at RM45++ (Adult) and RM23++ (kids 8-12 years).
We are located at the ground floor, Block A Menara Mustapha Kamal PJ Trade Centre, Damansara Perdana PJ. Prayer facilities are provided at the surau one floor up. There is also ample and easy accessible parking space at basement 3.  

Group bookings are available. Please call 03-77222952/016-4113104 (Azlan) for inquiries and reservations. Kindly refer to the attached  flyer for details. 
Hope we will have the pleasure of serving you at Talent Lounge. Till then!

Thank you and best regards.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TALENTLOUNGE sila ke Fan Page mereka di :https://www.facebook.com/mytalentlounge

Ok , buat rakan rakan yang sukakan contest , HUNGRYGOWHERE ada contest untuk anda semua ! Hadiahnya ? Dining Vouchers  dan Raya Hampers (bernilai hampir RM625 ). Caranya ? Sila klik SINI ..

Pastikan anda sudah download aplikasi ini kerana pastinya ia akan memudahkan anda nanti ! Senang mau cari makan maaa !! Heeee…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Hurm.. bila aku beri perhatian pada Zahra , Qhaliff akan cuba tarik perhatian aku..

Seawal dulu , aku tak perasan sangat tapi selepas nampak dia cuba nak kacau adik dia .. baru aku nampak.. Hurm.. dia cemburu rupanya !

Maklumlah ,dulu dialah segalanya ..

Tapi cemburu dia tu bukanlah berpanjangan.. Sesekali dia gi cium adik dia .. Dia sayang adik dia.. dia tau Zahra tu adik dia .. Cuma kalau dia terasa diabaikan , dia wat hal .. Hurmm .

Bukanlah aku abaikan dia pon ! Cuma kekadang tu , terpaksa pilih salah seorang.. Mana larat aku nak dukung dua dua haaaa.. Tu pun nasib baik mak dia tak mintak didukung.. Kalau tak ? Aku pun nak merajuk gak laaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Sewaktu di rumah anak yatim , baru baru ni .. aku sempat berbual dengan pengetua rumah anak yatim tersebut .. Antara soalan aku ialah asal usul anak anak yatim ni.. Bajet perbelanjaan .. Punca pendapatan bagi menampung perbelanjaan anak yatim , serta gaji guru guru dan juga dana dari kerajaan.

Kebanyakkan anak yatim adalah dari sekitar Selangor. Perbelanjaan bulanan secara kasarnya adalah 35k++ .Jumlah penghuni , dalam 50 orang anak yatim.Punca pendapatan , sumbangan orang ramai dan NGO.


Dia kata pada tahun 80 an , nak dapatkan sumbangan dari orang ramai mmg payah. Tapi sekarang , kesedaran terhadap anak yatim ni semakin meningkat. Alhamdulillah.. Ramai yang sudi menghulur duit dari menjeling sekarang ni..


Sekarang ni pengetua rumah anak yatim nak siapkan sebuah blok asrama untuk kediaman penghuni yang lebih selesa. Pembinaan baru dimulakan cuma bajet je belum mencukupi.


InshaAllah , aku dan rakan rakan blogger akan cuba membantu.. Bayangkan sumbangan kita itu dimanfaatkan sepenuhnya .. Dari asyik makan sedap sedap , tapi jadi najis gitu jer.. baik makan biasa biasa jer , baki duit , kita sedekahkan pada yang memerlukan..

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).

Bagi mereka yang ingin menyumbangkan atau bertanya lebih lanjut , sila hubungi pengetua rumah tersebut ..

Photo

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (6)
    • ▼  Februari 2026 (3)
      • Tak boleh puasa di bulan Ramadan kerana gastrik at...
      • Risau gastrik , gerd di bulan puasa ? Ni tips mudah..
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes