Hurm… Wife aku banyak kali pesan kat aku , jangan terlalu mudah percaya kat orang dan lembut hati ! Tapi aku degil !! Bagi aku , rezeki tu hak Allah.. Kalau orang nak menipu sekali pon , aku redha dan aku terima tu bukan rezeki aku untuk kali itu. Aku beri kepercayaan pada orang tu tapi kalau dia berniat nak menipu , tak pe la.. Tu antara dia dengan Allah ..
Tu bukan kali pertama aku kena tipu sejak jadi blogger ni dan jumlahnya bukanlah sedikit ! Bukan seratus dua tiga pat ratus tauuu … Haa… Tak pe laa..
Apa kes ??? Wife pesan kat aku , lain kali kalau orang nak letak iklan kat blog , pastikan orang tu dah bayar atau amik la setengah bayaran dulu. Aku tak suka sebenarnya cara gitu ! Mana la tau aku dah amik duit orang pastu aku mati ! Haaa..camana tu ? Tak ke naya kat orang tu ? Hurmm ..
Entah laa… aku rasa pasni aku kena amik duit gak la ! Dari aku mengumpat marah kat orang tu , baik aku amik jer dulu selepas dia bagi papan iklan dia. Selagi tak bayar , aku tak up.. kan ? Hurmm..
Kalau takde duit , bagitau jer.. Aku ok je nak promote free.. Jangan buat cara gini.. Hurmm…
Sewaktu wife beli dan bawak balik rumah , aku happy sangat sangat ! Kenapa ?
Oh tidak sama sekali .. Aku happy sebab ingat dia belikan aku robot ! Sekali bukan daaaa … Dia beli periuk Noxxa. Hahahaha .. Aku syok sendiri rupanyaaa .. Lalalala ..

Ni la periuk Noxxa yang top tu ! Siap ada group khas yang tertutup untuk mereka berkongsi rahsia masakan mereka yang menggunakan periuk ni !
Dan wife banyak kali dah masak makanan yang sedap sedap dengan menggunakan periuk ni .. Adeh , iklan percuma la periuk ni ! Rugi rugi.. Hahahha.. Tak pe , aku ikhlas ! Menda bagus , kena kongsi kan.. Kalau bayar lagi bagus kan ? Hahahaha .. Gurau…
Dan semalam dia buat nasi goreng special ! Serius , mmg lain sangat rasanya.. Menambah aku makan . Ok , fine.. sebelum ni pon mmg aku menambah tapi yag ni lain skit..
Kesedapannya telah membuatkan aku cancel nak gi makan Kenny Rogers semalam ! Haaa

Hurmmmm… Bila post di Facebook, tak sangka ramai mintak resepi dan dapat LIKE yang cukup banyak ! Tapi tak leh lawan Mat Gebu la kan.. Jiran aku tuuuuu .. Tu lagi power ranger of the year ! Haaa ..
Resepi ayam tu ? Hurm.. nanti aku try tanya kat wife.. Oh ya , dia pon ada beli buku resepi.. Dua buku.. RM40 gak tuuu ! Perghhh !! Orang perempuan dan dapur ni , mmg berhantu tul ! Duit abis banyak pon tak pe laaa …
Suami tak kisah.. perut sendiri gak untung kan ! Tapi kalau duit tak de , jangan dera diri sendiri yer.. Bersederhanalah.. Lebih baik makan nasi kosong dari melarat membayar hutang !
Sejak balik dari Paris hari tu , aku non stop update blog ! Hurmmm .. Ditambah dengan masalah masalah di kiri kanan , aku semakin kehilangan rentak dan mood untuk menulis..
Masalah peribadi ,masalah rakan rakan ,masalah itu ini .Segalanya di benak aku ! Aku kadang kadang pon hilang punca ! Dah tak tau apa nak buat !
Hurm… Kadang kadang , aku takut ! Aku beri madu , dibalas tuba dalam diam ! Bukan tak pernah kena .. banyak kali dah ! Aku cuma mampu geleng kepala jer ..
Apakah aku sudah tidak relevan lagi untuk berblogging ? Atau aku sudah lari dari motif sebenar hingga tiada rasa seronok lagi berblogging ? Hurmm ..
Hanya ‘mereka’ ni saja menguatkan aku semangat dan alasan utk terus menulis ..


Hurm… mmg mood kelaut sungguh ! Aku perlukan percutian sekeluarga … Kasi tenang dan kembalikan mood menulis !
“ Dulu kami pernah guna blogger .. dah bayar mahal tapi hasilnya ? “
“ Nak job .. dah bagi dateline tapi tak buat kerja. Marah la client. Camana ni ? “
Hurm…. Banyak kali dah aku dengar sendiri atau kawan sampaikan. Adoi ! Betol kacau line la blogger camni Bila dah jadi mcm ni , diorang dah mula takut nak gunakan blogger untuk buat kempen atau promosi. Hurmmm .. Kesannya ??
Ada blogger yang suka makan kenyang kenyang untuk sehari dua pastu mula terkial cari lagi.. Bila jumpa , makan kenyang kenyang .. Tapi hasil ? Gebang pandai.. Janji itu ini.. Terutama menjanjikan trafik atau LIKE yang banyak ! Tergoda la si pelanggan tu… Lepas bayar setengah atau penuh , hasil kerja ??
Hurm… Kawan , jangan gitu.. Gara gara ‘kamu’ , ramai blogger terkena tempias ! Ramai berusaha nak jaga nama tapi disebabkan kamu tu , BLOGGER dapat nama busuk ! Orang tak percaya dah nak kasi job pada blogger !
Pada mereka yang cari makan dengan blog ni , buat la kerja dengan ikhlas hati.. Jangan pandai amik duit orang tapi tak buat kerja dengan sungguh sungguh.
Hurm..
Dua tahun beberapa bulan yang lepas !
Orang kata , kalau baby kita tu dah mula gigit kaki .. tanda nak dapat adik tu ! Orang kata laaa .. Setakat ni tak de la pulak aku dengar monyet atau Ultraman yang kata .. Heheehe..
Benarkah ??
Tak lama kemudian .. Tadaaa … Muncul sorang lagi ! Tak sempat Qhaliff belajar lompat bintang , dia dah ada adik..

Dan , tak sempat cecah 4 bulan.. si adik mula sibuk nak gigit kaki ! Apakah nak adik juga ???
Jangan ! Kasi daddy tarik nafas dalam dalam dulu yer.. Baru gigit kaki tu ! Kalau rasa tak sampai , boleh je gigit kaki daddy .. Sila abaikan bulu kaki daddy tu ! Hahaha ..
Yer , aku tak percaya la cerita dongeng ni.. Takkan la gigit kaki tu tanda nak adik.. Tanda nak adik begini ..
“ Daddy , daddy tak nak kasi kitorang adik ke ? Asyik dok tengok laptop dan handphone tu jer.. Acaner tu ? “ .
Pergh.. Jawab daddy ketika tu..
“ Yelah , masa ni mmg la dok tengok handphone dan laptop.. Bila kamu berdua dah tidur , barulah daddy tengok ibu kamu lak.. Haaaa.. “ . Sambil kenyit mata ..
Kalau dia menjawab lagi ??
“ Daddy , kalau boleh .. nak adik kembar yer ? Baru seronok ! “ .
Dan daddy dah standby dengan jawapan ..
“ Kamu ingat mak kamu tu mesin vendor ? Masuk duit , keluar air apa nak ? Eh ? “.
Kalau dia nak menjawab lagi.. Cepat cepat guna kuasa veto !
“ Dah.. gi masuk tidur.. Esok ngantuk nak gi sekolah ! “
Kalau dia menjawab gini ..
“ Daddy , esok cuti sekolah dah laa .. Sebulan cuti ! Jom gi Paris ! Takkan daddy je nak rasa kan ? Anak anak baca kat blog je keee ?? Mana aci kan ? “ .
Ok fineee ! Daddy mirgrain !!