BEN ASHAARI



Akhirnya , aku berjaya jugak landing di Garage 51 selepas melihat beberapa orang rakan blogger di Facebook dok galak post gambar makanan serta minuman yang mereka order di sana ! Gulp.. Nampak sedap .. tapi masalahnya ialah nampak manis jugak ! Adoiyai.. aku dah la tengah diet ! Camana eh ?

Orang kata.. jangan menilai melalui gambar ! Heheheh.. Dan hari ni aku nekad nak merasai sendiri keenakkan makanan yang disajikan di Garage 51 ni bersama rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.

Pasang waze.. Nak tau berapa jauh dari rumah aku.. Oh , tak lama pon.. cuma amik masa 40 minit jer ! Hehehe.. Rumah aku nun di Sepang.. Nak ke Sunway , bukanlah dekat tapi disebabkan nak menikmati sendiri ' Garage 51' ni , aku redahkan jua.. hehe...



Tak susah nak cari rupanya ! Betul betul dekat dengan Sunway University je pun. Cuma masalah parking je la masalahnya. Kawasan ni memang meriah ! Kalau nak datang , pastikan sebelum waktu makan tengahari atau selepas itu.. Hehehe.. Malam pon ada .. Tapi tu bukanlah alasan untuk aku batalkan niat aku untuk makan tenghari sambil bersantai dengan rakan rakan.. 

Ok.... Dapat parking.. dan terus masuk ke sini.. Masuk je dalam ni , aku terpaku jap.. Simple tapi kemas ! Pekerjanya pon meriah jer.. Ramah ! Tu yang bagus tuu... 






Ok.. aku g tandas.. Check tandas.. hehehe.. Waduh ! Leh tahan.. unik ! Hahahaha.. Best , Best ! Memang ok la lepak sini.. tapi jangan lama lama laa ! Hehehee.. Orang lain pon nak makan gak kan ? Heheee.. 

Masa untuk order makanan.. Hurmm... banyak gak pilihan.. Tak tau nak order apa... Aku pun tanya kat staff di situ.. 


" Boss.. apa yang sedap di sini.. "

" Semua sedap... ". Dia senyum kat aku.. Adehhh. Takkan aku nak balun semua kot ?? Hahahaha... Letih guee nak menghabiiskan semua makanan.. 

Dan aku pun tanyalah apa dia punya cadangan.. Dan dia cadangkan...





Dan kawan kawan lain turut order makanan... berdasarkan gambar ! Hahahaha.. Perghhh... agak 'mengerunkan' . Pada tanggapan aku , pasti manis manis belaka ! 





Aku sempat merasa satu dua minuman di atas termasuk aku punya , ice latte.. Hurmmm.. Tak manis rupanya ! Jauh melesest jangkaan aku ! Ini sudah bagus ! Takda la aku balik rumah 'jalan kaki' untuk membakar kalori yang masuk tadi tu ! Heheehhehe.. Siap aku dioffer 'gula' lagi kalau nak kasi manis.. Bermakna memang saja buat gitu laa.. Maklumlah , zaman ni memang ramai kaki makan tapi tak nak manis manis dah ! Nak jaga kesihatan tapi tak nak buang hobi suka makan tu.. kan kan ?

Camana pulak dengan makanan ? Yang aku order tu , spagetti.. memang sedap laa  ! Bagi tekak aku laa.. Bukan la tahap sedap giler giler tapi sekadar kena dengan tekak aku ! Haaaa.. Aku tak tau la kot korang rasa camana kalau gi sini nanti.. Kalau tak sedap , panggil je chef dan tanya kenapa tak sedap ! Hahahaa.. Jangan up terus di Facebook yer.. Heee..



Ada banyak lagi makanan yang diorder tapi aku tak sempat nak amik gambar sebab sibuk dok makan ! Tak tahan wooo tengok makanan.. Hahahaha.. Tapi yang pasti semuanya tampak menyelerakan sama sekali ! Tak caya ? Leh je tengok  di Facebook dan Instagram Garage 51 ni.. 

Facebook : https://www.facebook.com/Garage51MY
Instagram : http://www.instagram.com/garage51my


Dan orang kata.. kalau sedap , jangan makan sorang ! Ingatlah orang di rumah.. hehehe.. Aku pun tapau la untuk wife dan anak anak di rumah.. Ikutkan , aku nak bawak diorang tapi disebabkan wife dok muntah muntah lagi.. maka diorang tunggu aku di rumah je la.. hehehe.. 


Garage 51 , menjanjikan kelainan dari kebiasaan... Oh ya.... CNY nanti , tetap dibuka untuk menanti kunjungan anda... Heeee...
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Arghhh.. Stress aku bila tengok rambut Qhaliff.. Dah mula bergumpal gumpal terutama tang belakang tu..Ada yang cadangkan guna mesin jer.. Yang guna bateri rechargeable. Bunyi pon tak bising. Dia pon tak takut nanti.. Cadang kawan tu laa..


Dan aku pon mencarinya.. Jumpa di Alamanda. Harga ? Hurmmm.... RM200++ ! Beli je la demi anak.. Aku pun leh pakai gak nanti. Kot nak trim janggut atau misai.. hehehe.. Tak larat aku nak trim guna gunting. Abis luka dagu n bibir aku yang comel itu.. Heeee...


Berjayakah aku gunting rambut Qhaliff menggunakan mesin ini ? Yer, berjaya ! Tapi aku tetap berperang dengan dia ! Dia punya meraung serupa kena dera !  Dan ini menghadirkan amarah pada diri aku hingga hilang kawalan ! Haihhhhh... Geram sangat tul aku ngan. Pontong kuku tak nak.. Cuci telinga tak nak.. Ultraman dia nak ! Huhhhh...

Last last.. aku trim janggut aku ! Lagi bestt ! Huhhhh.. dan trim bulu hidung ! Berbaloi gak beli weh.. Ada 5 fungi dan 5 mata ! Haaaa... Boleh guna bertahun tahun lamanya !! Laalaalaaa... 

Esok nak cuba lagi mesin rambut Qhaliff ! Tak larat aku dengar orang panggil dia 'kakak' .. Walhal hero... Huhhh...
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hahaha.. Tajuk , dasat giler ! Hahahaha .. Tapi serius wehhhh ... Aku memang stress giler tengok kusyen kereta aku. Baru je usia 3 tahun tapi dah macam 10 tahun guna ! Huhuhu.. Bila tepuk kusyen tu , perghhh.. dia punya debu yang berterbangan... macam debunga wangi wooo ! Tapi tak la wangi.. Huhuh.. Sakit je hati tengok ! 

Tiba-tiba kawan baik aku masa sekolah bagi 'private message'.. Waahhh ! Terus aku setuju tanpa banyak cerita. Ni bisnis dia sejak dia antara mereka yang terpaksa berhenti kerja gara gara ekonomi merundum ! Maka dia berniaga kecilan sambil membantu orang.. Katanya , dia boleh je tak buat semua ni tapi dia suka.. Suka tengok kereta orang bersih ! Hahahaha.. Puashati katanya.. 

Aku pon set date.. Dan dia datang terus ke rumah aku. Aku hanya bagi alamat pernuh dan dia berjaya mencarinya ! Hahaahha.. Saja aku nak test tengok camana.. LULUS bab mencari rumah cuma gagal menepati masa yang dijanjikan ! Tapi dia punya alasan yang logik serta kukuhh dan aku menerimanya. Bukan kereta aku sebijik je dia cuci ari tu.. Ada 2 kereta lagi sebelum tu dan lokasinya agak jauh dari rumah aku.. Tarak hal la... Janji datang dan selesaikan kereta aku lak.. huhu 

Dia tengok kereta aku.. menilai dan katanya , boleh siap dalam 3 jam. Aku on jer.. Serah kereta kat dia dan aku buat kerja aku sendiri.. Dia dan anak buahnya , selesaikan kereta aku tu.. heheee...





Operasi pembersihan bermula.. 




Dan selepas 3 jam.. Aku rasa tak sampai pon 3 jam.. Hehehe.. Siap ! Ok.. jom tengok perbezaan sebelum dan selepas ..

Gambar bawah ni .. Sebelum yer adik adik..Giler kotor aihh.. Susu ada.. milo air.. tom yam ada.. lipas pon ada ! Fuh... Rasa macam nak tukar seat leather jer !




Selepas bro Megat membersihkannya.. dan inilah hasilnya ! Hehehehe.. Amacam ? Ok la kan ? Berbanding sebelum tuuu.. Haaa ! Pelbagai jenis tompokan ada sebelum tu.. Selepas dibersihkan ? Haaaa... 




Aku berpuashati la.. Dah takde bau.. Dia cuma cuci kusyen jer.. Kalau nak tambah tang carpet kereta tu , kena la tambah bayaran.. Hehehehe.. 

Berminat ? Hehehehe.. Aku tau... korang berminat kan ? Harga? Tak de la juta juta.. Lepas duit makan minyak dia dan upah anak buah dia.. dah la.. Apa apa pun , deal sendiri dengan : 
Bro Megat :  014 904 8470


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Antara 'tugasan' aku setiap bulan ketika wife mengandung ialah meneman dia ke klinik ! Di klinik , aku akan menunggu dalam kereta atau di luar klinik. Beberapa kali aku pernah terlajak duduk dalam klinik terutamanya bila klinik lengang. Bila ramai orang , baru aku keluar.. 


Kenapa aku teman wife ? Aku nak merasai camana boringnya menunggu di situ ! Boring giler siuttt ! Tu baru aku. Belum lagi wife yang boring sambil usung 'perutnya' ke sana sini. Dengan duduk tak selesa dalam tu.. Fuhhh.. Respek kat ibu ibu mengandung ! 

Aku tak nak bicara soal si suami yang tak leh nak teman sebab kerja. Diorang kalau boleh pon , mesti nak teman. Bukan apa , setiap kali check up.. aku akan dapat ilmu baru. Soalan yang akan ditanya  ( kalau klinik swasta , aku masuk sekali ) memberi aku maklumat mengenai si isteri yang sedang mengandung. Secara tidak langsung , aku tahu bebanan yang sedang ditanggung oleh mereka. Si isteri kalau boleh nak sorok je dari suami. Tak nak suami risau.. 

Semua ni sekejap jer.. tau tau , ianya akan berlalu. Dan akan kedengaranlah suara halus si isteri.. 

" Rindunya nak mengandung.. " 

Hurmm... Melihat anak anak dah membesar , pasti akan terkenang saat mereka kecil. Sebagai suami , apa kenangan yang kita ada ketika si isteri tu mengandung ? Aku masih ingat lagi aku teman wife ke klinik kerajaan sewaktu Qhaliff dalam kandungan. Kemudian dengan pengalaman pertama tu , wife boleh uruskan check up  bulanan sewaktu mengandungkan Zahra. Sesekali aku berkeras nak ikut. Aku nak gak rasa 'boringnya' itu.. Hehehe.. Bukan apa.. nak biar dia driving sengsorang ke klinik tu , nampak kejam pulak aku.. Kesian kat dia.. Aku tau camana rasanya. Sedangkan bila aku boroi ari tu pon terasa mengah.. ni kan pulak mengandung ! Huhhhh...



Takde perempuan yang nak sangat si suami dia ikut. Kalau boleh diaorang nak je suruh suami diorang lepak kat kedai mamak berborak ngan kawan kawan atau layan bola dari ikut diorang duduk menunggu giliran untuk masuk jumpa doktor.. kan ? Tapi bila ada suami ikut tu , mesti bersebab. Antaranya , si isteri loya dan asyik muntah. Terasa macam nak pitam. Atau pelbagai alasan lagi yang logik ! Kalau takan nak bercinta , diorang takkan nak duduk kat klinik tu woiii ! Bau ubat kot ? Haaaa..



Aku teman wife gi klinik.. Aku dapat kekuatan dan keinsafan. Sebab tu aku rela jaga anak aku sendiri walaupun kekadang aku nak je 'bebas' tapi memikirkan betapa wife menjaga kandungan selama 9 bulan tanpa berhenti sesaat pon , aku buang segala hasutan jahat tu ! 

Bila teman isteri tu , dalam diam .. dalami perasaan mereka. Andai kita di tempat mereka , apakah mampu aku buat seperti mana dia buat ? Ahhh.. baru demam skit , dah tersadai dalam bilik ! Sebab tu bila ada suami teman si isteri ke klinik tu , respek la skit ! Apa ingat laki nak gedik sangat ke masuk klinik yang penuh dengan wanita mengandung ? Baik lepak kat kopitiam. Tengok awek cun ! Huhh.. Ke depan asrama nurse ke.. Haaa...

Sehingga kini.. aku masih ada kenangan dari 0 hinggalah anak anak aku berusia 4 dan 2 tahun.. Yer, aku ada kekuatan menjaga mereka disebabkan melihat sendiri kekuatan isteri menjaga kandungannya .. dari hari pertama hingga sekarang ! 

Satu hari nanti.. aku akan merindui semua ini dan bersyukur sangat , diberi peluang melaluinya untuk kali ke tiga.. 


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Aku dengar ramai kawan kawan aku kata ASUS ni bagus ! Dan bila baca komen di page ASUS MALAYSIA , ada juga yang kurang berpuashati ! Maka ini satu yang menarik buat aku ! Biasa la kan... manusia ni ada macam macam perangai.. Takkan mampu puashkan hati semua orang..


Camana pulak dengan aku ? Yang kat tangan aku tu ialah ASUS ZENFONE 2 LASER ( ZE601KL). ASUS ZENFONE 2 LASER ni ada banyak series. 




Tak sabar aku nak bukak.. Dan bila bukak je kotak , aku terpegun dengan warnya ! Tahu kan yang aku ni giler warna merah ? Huhuhuh.. Merah bawa erti berani pada aku ! Dan memberi aku  inspirasi untuk berjaya dalam dunia maya ni.. huhu.. 

Cantik warna merahnya.. Berat ke ? Hurmm... Dengan berat cuma 190g serta dengan paparan skrin 6" yang menggunakan teknologi Gorilla Glass 4 pastinya telefon pintar ini mampu memikat ramai peminat terutama mereka yang ingin membeli telefon pintar dalam lingkangan harga RM1K ++. 



Pada awalnya , aku merasakan pasti akan sukar untuk memegang telefon pintar bersaiz begini. Maklumlah , aku pernah ada telefon size gini tapi nak pegang tak beberapa sedap ! Berbeza dengan yang ini.. Terasa lebih selesa dan stabil. Tebal cuma 3.9mm jer ! Tak berat , tak tebal tapi besar ! Cukup terbaik buat mereka yang ingin kepuasan bila menonton movie dan layan game serta melayari internet.





Ok... Ciri ini antara yang penting bila nak beli telefon pintar. Aku dah merasainya dan sangat sangat memerlukan ! Aku tak perlu usung dua telefon pintar dah ! Hehehe.. Dual Sim ! Sangat penting yer..terutama bagi mereka yang nak online 24 jam tanpa gangguan. Maksud aku ialah , jika sim 1 tiada signal di lokasi A maka sim 2 berkemungkinan mampu membantu dan ini pernah berlaku pada aku ! Huhuh.. sebab tu aku perlukan dual sim ! Tak nak usung dua telefon pintar. Aku tak mampu nak layan dua handphone dan paling penting , elak dari tertinggal di mana mana sebab banyak sangat gadget nak kena usung ! 



Ok..  camana pulak dengan CPUnya ? Dengan menggunakan Qualcomm Snapdragon 616 MSM8939 , aku tidak merasakan yang aku akan alami masalah hang ! Tak kira la samada waktu layan whatsapp atau bermain game ! Kalau tak on data sekali pun , whatsapp tidak mengalami masalah seperti yang pernah aku alami satu ketika dulu.. Waktu tu aku di Jepun , tiada signal.. Bila ada wifi , whatsapp aku terus hang dan terpaksa uninstall ! Segala maklumat aku ketika tu , abis hilang ! Uhukkk.. naya kat aku ! Sebab tu aku nak guna telefon pintar yang tiada masalah gini ! 



Kamera camana pulak ? Kamera belakang berkuasa 13MP dengan Apeture f 2.0 manakala depan pulak 5.0 MP dan f 2.0. Menariknya ialah kamera Asus ZenFone 2 Laser ni mempuyai Laser Auto Focus yang membuatkan imej difokuskan dengan begitu pantas sekali ! 


Ada yang kata kamera Asus tak cun tapi ini dinafikan oleh rakan rakan aku yang kerjanya menangkap gambar ( Photographer ). Kata mereka , guna manual pasti akan menghasilkan kualiti yang cukup gempak sekali ! 

Dan aku bersetuju dengan mereka.. hehehe ..


Ok.. Selain tu , sound sistem best ! Speaker dia memang marvelous Buat pengetahuan korang , Asus Zenfone 2 Laser ni punya dual speaker yang mana membuatkan hasil bunyian bertambah lebih kuat tapi sedap ! Tak pecah yer.. Bila main game atau layan movie memang sangat memuaskan sangat hati ! 




Buat mereka yang ada anak kecil .. atau mereka yang kerap menggunakan telefon pintar , Asus ZenFone 2 Laser ni dilengkapi dengan Blue Light Filter ! Ini sangat penting buat mereka yang mengetahui akan bahaya Blue Light pada mata mereka. 



Tahukah anda , terlalu kerap melihat gadget ni akan mampu membuatkan mata korang rosak ! BIla rosak , hilanglah kenikmatan dunia ! Haaaaa ...Jangan main main ! 

Terlalu banyak yang aku ceritakan tapi aku rasa aku amik part penting je la.. Bateri pon tahan lama ! Aplikasi banyak dan bermanfaat. Kesimpulannya , bagi aku Asus ZenFone 2 Laser ni berbaloi sama sekali untuk dimiliki ! Confirm puashati !! 

Apa pun.. korang try dulu.. baru buat keputusan. Cuma bagi aku , baru aku tau kenapa Asus tetap punya pengikut setia ! 

Untuk melihat spesifikasi Asus Zenfone 2 Laser yang lain , boleh klik di SINI. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes