BEN ASHAARI



Alhamdulillah.. Segala apa yang aku impikan..usahakan dan idamkan , menjadi kenyataan ! Bukan mudah tapi aku berjaya melakukannya dengan kerjasama rakan rakan yang tak henti henti memberi sokongan padu dan tak berbelah bagi ! 

Seawal aku bergelar blogger , aku tidak dipandang sapa sapa ! Yelah.. aku bukannya artis atau selebriti! Malah dipandang rendah oleh sesetengah blogger yang lebih senior dari aku. Hurm.. Dari situ aku nekad.. aku nak mengubah 'suasana ' gini ! Angan angan kosong yang perlu dijadikan kenyataan ! 

Hari demi hari.. bulan demi bulan.. Tahun silih berganti.. Blogger keluar masuk dalam komuniti yang aku tubuhkan.. Dan akhirnya , komuniti blogger yang diberi nama Kelab Blogger Ben Ashaari ini sudah berada di satu tahap yang aku boleh katakan membanggakan sama sekali ! 

Setiap hari.. pasti ada yang berminat untuk bekerjasama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Bukan dari sektor swasta je yer.. Malah dari sektor awam juga menyatakan minat untuk bekerjasama dengan komuniti yang aku tubuhkan ini.. 

Alhamdulillah.. kejayaan yang dikecapi sekarang ini bukanlah hasil usaha aku seorang.. Ramai yang terlibat ! Dan pastinya , kelab ini dah memberi pulangan pada sesetengah mereka yang sertai  komuniti ini. Di luar jangkaan sebenarnya ! Mereka menikmati kenikmatan yang sepatutnya hanya ' blogger top' jer rasa ! Dulu aku cuma mampu memandang status mereka. Sering impikan apa yang mereka dapat ! Dan bila aku dah merasainya , aku teringin nak rakan rakan lain turut merasainya ! 

Maka... ramailah tersenyum riang ! Dan mereka yang tak menyangka sama sekali akan merasai kenikmatan hasil blogging mereka ! 

Yer.. itulah yang aku rasa selama 5 tahun kebelakangan ini ! Seronok sangat !


Ini cumalah antara kejayaan kecil tetapi besar bagi aku kerana yang uruskan projek ni bukanlah aku tetapi rakan blogger yang mana mendapat ilmu melalui komuniti ini.. Bayangkan dari tak tau apa apa , hinggalah berani proposed projek pada client yang sebenar gini ! Bukan mudah tetapi mereka dah berjaya buktikan ! 

Bak kata aku.. ini cuma baru projek kecil... dalam tahun ini . Dan inshaAllah , banyak lagi projek besar bakal diuruskan kami .... blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ! Yer , dalam diam aku bangga dengan mereka ! Tak sia sia aku wujudkan komuniti ini !! 

Sekurang-kurangnya.. aku dah lakukan satu kebaikan ! Dari mereka yang hanya reti cari keburukan.. lebih baik , kita buat kebaikan .. kan kan ? 

Projek esok.. Agensi Anti Dadah Kebangsaan berminat nak bekerjasama dengan kami. Dan ada beberapa lagi kementerian berminat juga.. Yang pasti , aku kena g meeting ! Dan aku pergi meeting , guna duit sendiri ! Aku tak claim dan amik komisien atas sebarang projek ! 

Ini yang aku terapkan dalam komuniti ini.. Hari ni kita tabur benih , inshaAllah .. andai ada rezeki , kita akan merasai buahnya bersama sama.. Makan tak abis ! 
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
Kandungan wife dah masuk minggu ke 7.. Dan rezeki baby no 3 , aku ada banyak job kebelakangan ni. Di kala ekonomi merundum , aku masih mampu menjana pendapatan melalu blog. Lepas la nak bayar hutang piutang dan belanja anak anak makan ais krim Baskin Robin , setiap kali gi Alamanda.. Alhamdulillah.. 

Dan minggu ni , aku ada dua food review ! Aduh.. Food review ni satu cabaran untuk aku. Kenapa ? Wife confirm nampak di Instagram dan Facebook apa yang aku post kan ! Bila dah nampak ? Confirm dia pun akan teringin. Sama la gak aku. Aku pun ada nafsu bila tengok kengkawan post ! Mesti la teringin kan ? Bezanya dia mengandung. Orang perempuan kalau teringin , selagi tak dapat .. dia akan sebut ! Tapi takde la dia kata.. ' baby nakkk.. '. Idok ler tahap gitu.. 

Apa yang boleh aku buat ialah.. aku kena  tapau untuk dia ! Aku dah cakap awal awal.. payah nak tapau ! Tapi jauh di lubuk hati aku , aku tetap akan berusaha untuk tapaukan dia. Takkan aku makan sedap sedap.. dia tengok kan ?  Kuar duit skit bayar , tak pe laa... Tak sampai hati tengok dia mengidam. Nak tunggu esok , belum tentu dapat gi. Ditambah lagi dengan dok kerap muntah ni.. Haaa! 

Yer.. aku tapaukan untuk dia dan Zahra. Aku confirm Qhaliff pasti akan tidur awal sebab petang tadi dia tak tidur langsung.. Hurmm. Dan jangkaan aku tepat ! Sampai je rumah.. wife yang belum lena lagi , aku kejutkan.. 

" Bangun.. abang ada bawak balik makanan.. ".

" Abang beli apa ? " . Lemah je suara dia.. 

" Nasi goreng ada..Ketam dan udang.. ". Jawab aku. 

Zassss .. terus terbukak mata seluas alam bila aku sebut ketam dan udang ! Wowww ! Perempuan.. dalam dia kata tak kisah , sebenarnya dia kisah sangat ! Dan aku terselamat kali ke dua ! Ari tu, dia teringin spagetti dan kebetulan aku memang tapaukan dia spagetti ! 

Dengan pantas dia turun ke bawah.. Zahra join sama ! Dan dua dua tak sabar nak makan ! Hahahahaa.. Sedap ok !! 



Tadi kat sana pon , aku tak makan sangat ! Sibuk amik gambar dan aku bukanlah peminat seafood ! Hehehe.. Tapi wife suka..  Ok la tu kan ? Dan rezeki dia la malam ni.. Zahra pon ! Lena dah dua dua kekenyangan.. Dan aku , baru mulakan tugas.. update blog ! Huhuh..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Dua minggu berturut aku abiskan malam aku di gym. Ada motif dan tujuan sebenarnya.Bukan suka suka yer.. Hehehehe.. Terpaksa turunkan berat badan kerana dah lebih 100kg ! Bahaya untuk kesihatan.. 

Namun di sebalik keghairahan menurunkan berat badan tu , aku terlupa mengenai siku aku.. Bila terlalu kerap workout , aku akan mengalami keradangan di siku. Bila dah kena , maka aku akan rehat berminggu lamanya dan mula kembali malas bersenam.. Dan mulalah banyak makan ! 



Tapi kali ni aku nekad... Aku nak teruskan bersenam tapi dalam pada masa sama , aku nak amik makanan tambahan untuk mengurangkan keradangan siku aku tu.. Dan aku diperkenalkan seseorang dengan Jus Annona ! Apakah kelebihannya ? Hurmmm.. Dia tak cerita kat aku tapi dia suruh aku masuk laman web AnnonaOfficial dan baca sendiri ! Segalanya termaktub di situ ! Hehehehe..

Apa tu Jus Annona ??? Tak pernah dengar ? Hehehe.. Aku pun baru tahu tapi menurut kawan aku tu , dah lama dah produk ni di pasaran cuma aku je tak pernah tau.. Dan sekarang , aku dah tau .. korang pon dah tau , la kannn ! 

" Jus Annona diformulasikan dari 100% buah Durian Belanda asli dan bahan semulajadi yang lain. Rata rata pengguna Jus Annona tidak mengalami masalah kesan sampingan. Walau bagaimanapun , tindakbalas adalah bergantung pada individu dan daya ketahanan badan masing masing.."

Ok.. dah tau kan ? Tapi setahu aku , durian belanda ni bagus untuk mencegah kanser kan ? Apa kait lak dengan sendi ? Hurmmm.. Kan ??  Bagaimana Jus Annona berfungsi mengurangkan bengkak pada sendiri ??? 

Dan jawapan yang aku jumpa ialah.. 

" Bengkak pada sendi menambahkan lagi rasa sakit. Durian Belanda mengandungi fitokimia semulajadi iaitu Acetogenin yang membantu mengurangkan bengkak pada sendi. Ini satu penemuan baru dalam bidang ubat ubatan penahan sakit atau 'pain killer'. Ia berkesan melegakan kesakitan dan pada masa yang sama ia tiada kesan sampingan. "

Menarik ! Menambahkan minat aku untuk mencubanya ! Hehehehe.. Alhamdulillah , aku diberi peluang untuk mencubanya ! Ketika aku dapat tu , aku tak amik kisah sangat pasal produk ni tapi selepas aku baca mengenai Jus Annona ni di web rasminya , terus aku cari semula produk ni di dapur dan mencuba sesachet !! Haaa.. cerita benar ni woii ! Walaupun aku aku ni pengemar durian belanda tapi tak la aku tau mengenai khasiat yang begini gempak ! 



Dan nampaknya , aku kena abiskan sekotak ( ada 15 sachet) dan sebotol Jus Annona untuk melihat kesannya ! Menariknya , tadi ( sebelum aku mula menaip entri ni ) siku aku memang terasa sakit tapi selepas aku cuba satu sachet , dah kurang rasa sakitnya ! Bukan gebang yer ! Ni aku try sendiri.. dua dua siku aku ! Wowwwww.. boleh tahannnn power Jus Annona ni rupanyaaa ! 

Aku masih  tak percaya ! Hahahahaha ! Tadi punya la sakit ! Hahahaha.. Alhamdulillah.. Ada jugak produk yang sesuai untuk orang tua aku di rumah tu.. Selalu mengadu sakit sendi.. Dah boleh bagi dia cuba yang botol besar tu.. Nak tengok impak dia camana lak.. Huhuhuh.. 

Oh , kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Jus Annona ni , korang leh gi baca sendiri di ANNONA OFFICIAL web.. atau boleh call ANNONA CARELINE ( 016 449 7181 ). 


Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Kul 1 pagi.. Aku baru pulang dari gym.. Dekat jer gym.. jalan kaki.. Bulan ni kena g fitkan badan sebab nak ke Taman Negara.. Aktiviti banyak kat sana.. Lasak lasak gitu.. Lama tak lasakkan diri.

" Bang , tolong urut pinggang.. Sakit.. ".

Aku yang masih belum hilang penat , terus picit picit pinggangnya.. Sapu minyak Pati Batook Ori , baru dia dapat tidur.. Dua hari sebelum tu , aku cirit birit. Salah makan apa pon tak tau la.. Perut mengeras semacam jer.. Angin ? Hurmm.. Aku sapu gak ngan minyak Pati Batook Ori ni.. Memang melegakan laa.. 


Sakit pinggang masa mengandung.. memang dialami oleh semua wanita ! Bukan mudah mengandung ni.. Perut boroi pon leh sakit pinggang apatah lagi mengandung kan ? Haaaa.. Tetiba terfikir.. Wife driving gi kerja.. Jalan jammed.. mesti pinggang sakit kan ? Alahai... 

Tiba-tiba ada mesej di Facebook.. Dia tanya aku camana nak mengiklankan atau mempromosikan produk buatan tangannya sendiri ! Wah.. menarik ! Tertanya gak apa produknya... dan belum sempat tanya , dia terangkan lagi.. 

" Maternity pillow / Nursing Pillow dan banyak lagi..Untuk baby dan ibu mengandung ." 

Wah.. menariknya !  Kemudian dia bagi contoh.. 






Katanya nanti dah siap , dia akan bagi by hand pada aku.. hehe... Alhamdulillah... Lega dengar ! Harap cepat la yer.. hehehe.. Baru la tak risau kalau wife memandu g kerja dan tengok dia tidur lena tiap malam.. 
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Akhirnya , aku berjaya jugak landing di Garage 51 selepas melihat beberapa orang rakan blogger di Facebook dok galak post gambar makanan serta minuman yang mereka order di sana ! Gulp.. Nampak sedap .. tapi masalahnya ialah nampak manis jugak ! Adoiyai.. aku dah la tengah diet ! Camana eh ?

Orang kata.. jangan menilai melalui gambar ! Heheheh.. Dan hari ni aku nekad nak merasai sendiri keenakkan makanan yang disajikan di Garage 51 ni bersama rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.

Pasang waze.. Nak tau berapa jauh dari rumah aku.. Oh , tak lama pon.. cuma amik masa 40 minit jer ! Hehehe.. Rumah aku nun di Sepang.. Nak ke Sunway , bukanlah dekat tapi disebabkan nak menikmati sendiri ' Garage 51' ni , aku redahkan jua.. hehe...



Tak susah nak cari rupanya ! Betul betul dekat dengan Sunway University je pun. Cuma masalah parking je la masalahnya. Kawasan ni memang meriah ! Kalau nak datang , pastikan sebelum waktu makan tengahari atau selepas itu.. Hehehe.. Malam pon ada .. Tapi tu bukanlah alasan untuk aku batalkan niat aku untuk makan tenghari sambil bersantai dengan rakan rakan.. 

Ok.... Dapat parking.. dan terus masuk ke sini.. Masuk je dalam ni , aku terpaku jap.. Simple tapi kemas ! Pekerjanya pon meriah jer.. Ramah ! Tu yang bagus tuu... 






Ok.. aku g tandas.. Check tandas.. hehehe.. Waduh ! Leh tahan.. unik ! Hahahaha.. Best , Best ! Memang ok la lepak sini.. tapi jangan lama lama laa ! Hehehee.. Orang lain pon nak makan gak kan ? Heheee.. 

Masa untuk order makanan.. Hurmm... banyak gak pilihan.. Tak tau nak order apa... Aku pun tanya kat staff di situ.. 


" Boss.. apa yang sedap di sini.. "

" Semua sedap... ". Dia senyum kat aku.. Adehhh. Takkan aku nak balun semua kot ?? Hahahaha... Letih guee nak menghabiiskan semua makanan.. 

Dan aku pun tanyalah apa dia punya cadangan.. Dan dia cadangkan...





Dan kawan kawan lain turut order makanan... berdasarkan gambar ! Hahahaha.. Perghhh... agak 'mengerunkan' . Pada tanggapan aku , pasti manis manis belaka ! 





Aku sempat merasa satu dua minuman di atas termasuk aku punya , ice latte.. Hurmmm.. Tak manis rupanya ! Jauh melesest jangkaan aku ! Ini sudah bagus ! Takda la aku balik rumah 'jalan kaki' untuk membakar kalori yang masuk tadi tu ! Heheehhehe.. Siap aku dioffer 'gula' lagi kalau nak kasi manis.. Bermakna memang saja buat gitu laa.. Maklumlah , zaman ni memang ramai kaki makan tapi tak nak manis manis dah ! Nak jaga kesihatan tapi tak nak buang hobi suka makan tu.. kan kan ?

Camana pulak dengan makanan ? Yang aku order tu , spagetti.. memang sedap laa  ! Bagi tekak aku laa.. Bukan la tahap sedap giler giler tapi sekadar kena dengan tekak aku ! Haaaa.. Aku tak tau la kot korang rasa camana kalau gi sini nanti.. Kalau tak sedap , panggil je chef dan tanya kenapa tak sedap ! Hahahaa.. Jangan up terus di Facebook yer.. Heee..



Ada banyak lagi makanan yang diorder tapi aku tak sempat nak amik gambar sebab sibuk dok makan ! Tak tahan wooo tengok makanan.. Hahahaha.. Tapi yang pasti semuanya tampak menyelerakan sama sekali ! Tak caya ? Leh je tengok  di Facebook dan Instagram Garage 51 ni.. 

Facebook : https://www.facebook.com/Garage51MY
Instagram : http://www.instagram.com/garage51my


Dan orang kata.. kalau sedap , jangan makan sorang ! Ingatlah orang di rumah.. hehehe.. Aku pun tapau la untuk wife dan anak anak di rumah.. Ikutkan , aku nak bawak diorang tapi disebabkan wife dok muntah muntah lagi.. maka diorang tunggu aku di rumah je la.. hehehe.. 


Garage 51 , menjanjikan kelainan dari kebiasaan... Oh ya.... CNY nanti , tetap dibuka untuk menanti kunjungan anda... Heeee...
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes