BEN ASHAARI



"En. Ben , tadi belakang Qhaliff terkena.... bla bla bla.. ". Cikgu Qhaliff beritahu aku. Aku membacanya dengan tenang. Aku jawab.. Kemudian aku call wife.. suruh dia gi tadika Qhaliff dan tengok keadaan dia. Kalau perlu bawak ke klinik bawa, bawa. Atau bawa pulang rumah je andai perlu.
Wife pergi.. dan tengok keadaan dia. Qhaliff nampak je mak dia , terus berdrama. Nak balik selalu. Hurmm.. Bawak je la balik. Dia tengok belakang badan Qhaliff. Tak kata apa. Dalam kepala nak letak ubat .
Punca ? Aku tak salahkan cikgu sama sekali. Aku tau anak aku tu camana.. Dia lasak walaupun nampak lembut. Asyik nak bermain tak kira tempat. Asal ada peluang je , dia nak berlari. Sebab tu aku tenang jer. Lagi pun tak la teruk mana.. Dan dia pun perlu belajar.. semua ni pengalaman dan pengajaran buat dia ! 
Di rumah.. aku tanya dia.. Dia mengaku dia main.. Aku gosok kepala dia. Selak baju dia. Merah kelihatan tapi nampak macam dah berkurangan. Harap tak teruk la.. Moga dia tak serik gi tadika. Kalau tak , jenuh nak berdrama awal pagi.. 
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Aku tak tau apa yang menyebabkan 'angin' sudah menyerang usus aku. Peritnya la rasa.. Tak tidur aku semalaman. Nak update blog pon takda mood. Tangan asyik mengurut perut jer.Mata mengantuk tapi tak leh baring ! Aduhh.. Dah la tu , esok start keje dan wife lak ada meeting penting. Nak tak nak , aku tetap kena jaga budak budak !
Dan nampaknya , kena gi umah mak aku. Aku tak leh jaga diorang kalau aku dalam keadaan gini. Nanti aku mudah cepat naik angin gara gara angin dalam badan. Sian Aariz dan Zahra nanti. Si Qhaliff , tak pe la.. dia sekolah. Leh duduk kat sekolah hingga petang.. hurmmm. 
Kat umah aku senang skit.Mak aku otai dah. Boleh tengok budak budak ni sementara aku terbaring jap. Esok petang ada buffet Ramadan di Kota Seri Emas Golf And Country Club. Hidung selsema dan batuk batuk.. 
Serius.. waktu tulis entri ni, beberapa kali terlelap. Sangat mengantuk dan keletihan ! Bukan senang nak jadi Mr.Mama.. takleh MC melainkan pasangan amik cuti.. hahahah..barulah dapat MC kita ! Gitulah nasib suri rumah.. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Aku ada amik pakej internet broadband Celcom 2 tahun dulu. 20GB sebulan dan bayaran dia kalau tak silap aku , RM88 kot ? Kurang dari RM100 la gitu. Waktu tu , anti UNIFI ! Kenapa anti ??? Sebab ada kes sewaktu nak tutup akaun satu tika dulu. Susah gile la nak tutup.. Nak buka senang !
Dan hari ni , kontrak broadband aku dah matang ! Hurmm.. nak teruskan ke ? Kalau nak teruskan , yang guna phone tu ialah Qhaliff dan Zahra. Rasa cam membazir lak ! Tapi kalau tutup , nanti diorang datang kacau phone aku lak. Hurmm.. Kalau aku tukar plan , amik pakej lain .. ok gak ! 

Siap unlimited Call gitu. Yang sekarang ni takda.. 
Celcom bagi aku ok. Digi pon ok. Maxis , aku tak berapa minat sangat pakej dia. Signal kat tempat aku pon ok je.. Kat Sepang mahupun di Kelantan.. Cuma sepanjang highway ke Kelantan tu je la. Tu bagi aku semua line lebih kurang je kan ? 
Tutup dan amik Unifi ? Nak tak nak , tu je plan paling bagus dan menjimatkan. Cuma skang ni UNIFI je problem kat tempat aku. Katanya port penuh ! Walaupun ada yang dah pindah , alasan sama tetap diberikan.. port penuh ! Aku tak tau la tang mana penuhnya walhal ada yang dah tak guna.. Hurmm.. tu aku kena pikir panjang.. Main ikut sistem online jer ! 
Tak lama lagi , aku dapat satu lagi telefon free.. Kalau amik pakej First Gold pun ok. Aku leh tutup Astro dan guna android box jer ! Jimat gak gitu.. kan ? Astro pun membosankan je. Sebab kartun je aku amik.. kalau tak , jangan mimpi laaa.. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Dengan pengalaman lebih 9 tahun dalam dunia blog ni , aku dah banyak berurusan dengan agensi-agensi pengiklanan , syarikat kecil mahupun besar dan juga individu-individu yang cari makan dalam bidang ini di media sosial. Macam macam tawaran yang aku dapat. Ada yang berbaloi , ada yang sekadar menaikkan nama kita dan juga win-win. Ada yang offer tak leh blah punya tawaran ! Kiranya dia je nak untung besar ! 
Ok..aku kongsikan pengalaman aku bagaimana aku berurusan dengan 'mereka'. Jika tawaran percuma, aku tengok latar belakang mereka. Jika datang dari syarikat besar , aku tengok apakah yang ditawarkannya ? Jujur aku cakap , andainya melibatkan fizikal aku , aku akan tolak! Contohnya produk produk kecantikan. Aku tolak bukan sebab nak berlagak atau nak demand... tapi lambakan produk kecantikan di pasaran , menakutkan aku. Ada kes dah blogger alami masalah selepas membuat review produk kecantikan ! Kalau berbayar , jika kes gini berlaku.. sekurangnya dia boleh cover balik dengan membeli ubat cover semula. Kalau free? Tak pasal pasal kena kuar duit poket sendiri. 
Ramadan akan tiba.. banyak buffet review terutama dari hotel akan datang. Yes , makan free ! Ada yang suka makan free.. boleh makan macam macam ketika ni dan yang penting free ! Yer kawan.. tapi sebanyak mana la sangat ko leh makan ? Kan ? Kesihatan mau jaga.. Jangan asik makan jer ! Tak salah terima tapi kena memilih gak.. Aku tak tau la korang tapi aku akan memilih hotel gak. Aku tengok hotel yang boleh bertolak ansur dengan aku dan jugak hotel yang boleh 'menjaga' kita masa event tu nanti. Aku suka gi food review di hotel dan restoran besar besar ni.. suka nak amik gambar je sebenarnya. Makan tu pon suka tapi aku makan apa yang sukar nak dapat je la.. hehee.. Yang ni , free pon tak pe ! Berbaloi bagi aku. Contohnya jika dari Seri Pacific Hotel , KL Tower  dan banyak lagi la hotel hotel atau restoran yang berbaloi untuk pergi..
Win-win ? Biasanya kalau dapat gadget , pakaian atau trip melancong. Yang ini boleh dipertimbangkan. Jika ianya berbaloi... terima je la. Kalau tak berbaloi seperti trip melancong ke KLCC walhal ko tinggal kat Ampang , buat apa.. kan ? Kena bijak memilih.. Sebab ko akan gadaikan masa , wang ringgit dan paling penting ialah nilainya sama dengan nilai setiap artikal dan media sosial korang. Maksudnya , harga setiap entri + media sosial = produk yang dapat !

Job berbayar.. Yang ni tengok pada job tu pulak. Kalau dia bagi korang job serupa suruh buat phD tapi bayaran macam hampeh , kena pikir gak ! Jangan main sauk jer.. asalkan berbayar ! Jaga la maruah blog korang tu. Blog korang tu , maruah korang.. Nak naikkan nama blog , korang dah gadaikan masa.. wang ringgit ! Jangan asal ada job je dah. Aku tak ajar suruh demand harga gempak... tapi biarlah berpatutan dengan 'harga korang' sendiri. Kalau blog tu update pon jarang.. trafik rendah tapi nak demand harga tinggi , tu melampau la ! Agak agak la jugak.
Aku pernah dapat offer.. dari sebuah syarikat yang founder dia gah. Tunjuk harta gempak giler ! Masa dapat tu , aku gembira sakan la.. Tapi korang tau.. dia punya offer ! Aduhhhh.. aduhhhh ! Bikin malu nama syarikat jer ! Apa ingat aku ni kucing tepi jalanan ke ? Kasi nasi putih dan ikan goreng je dah ! Offer dia sungguh tak masuk akal la.. Aku letak harga aku. Ko nak amik ke tak nak , lantak la.. Aku rela takda job dari buat job yang bakal menyusahkan diri aku sendiri !  
Terbaru , aku ada terima satu offer job. Aku dah bau ada sesuatu tak kena dengan tawaran dia. Aku bagi kata dua. Dia tolak. Aku tak kisah sama sekali sebab sangat mengarut. Ada ke suruh gi jumpa dia untuk testing produk dulu kemudian bincang pasal harga. Jadahnya ! Ingat aku bodoh eh ? Ada pulak nak deal gitu. Agak agak la skit ! Nak ke sana satu hal. Minyak , tol.. nak tinggal anak anak lagi ! Hek lerrr... Tak sebodoh gitu aih aku..
Jujur aku kata.. ada gak kes aku tertipu tapi aku anggap itu pengalaman berharga buat aku la. Deal guna nama artis.. buat produk review.. kononnya nak bayar. Bila dah buat , banyak pulak ragamnya ! Ko simpan je la duit ko tu ! Produk pon bukan bagus sangat. Sekadar nak jual nama artis jer ! 
Review produk kawan kawan punya... Yang ni sendiri mau sama sama pikir ! Yang kawan tu pon mau ingatlah skit.. nak up nama di media sosial ni bukan mudah. Ada yang sampai kena gelak berdekah sebab dok kata buang masa di media sosial. Ada yang sampai bergaduh laki bini.. putus sambung putus sambung dengan boyfriend / girlfriend bagai sebab komited pada blog.. last last korang suruh review atau promotekan bisnis korang tu , percuma je ? Atas sebab kawan kawan.. tu pun tak rapat mana ! Bila tau kawan tu berkepentingan , baru mai cari ! Melainkan memang kawan tu sendiri sangat ok orangnya. Tak berkira dengan kita.. malah dia sendiri buat bisnes pon lebih pada nak cari pendapatan bagi menampung kehidupan dia.. ok la tu.. Anggap sedekah kita pada dia ! Kan ? 

Akhir kata.. sebelum nak buat keputusan , fikirkan diri sendiri dulu. Jangan mengejar PERCUMA atau ASAL ADA tapi tak berbaloi malah kerugian lagi ! Deal betul betul.. baru buat keputusan. Kalau rasa tak yakin , sebaiknya tolak terus. Jangan fikir apa dah. Kalau korang bagus , akan ada job lagi datang. Kalau tak bagus , sila baguskan blog anda tu !
PS : Job amal kebajikan , jangan la mintak bayaran ! Saham akhirat tuuuu !
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Woww.. bila ada client mintak kat aku , aku tersenyum. Bukan apa , bila diminta aku akan demand harga. Kalau dia tak minta , aku letak harga 'boleh dirunding'. Hehehehe.. Bukan la nak kata trafik blog aku kencang.. jujur aku kata , trafik blog aku dulu dan sekarang berbeza. Kalau korang ikut blog aku ni dari dulu , korang leh nampak inti pati blog aku ni. Tiada lagi entri entri umum seperti isu semasa , hiburan , politik mahupun sukan. Aku lebih banyak cerita pasal diri aku , keluarga dan juga entri entri review ! 
Kenapa gitu ? Sebab utamanya ialah aku nak dapatkan pembaca setia. Aku tak nak orang masuk ke blog aku semata mata nak baca entri entri panas saja ! Mereka baca , dan keluar ! Fuhh.. tamo la  ,tamo ! Kenapa aku tamo ? Sebab bila aku buat entri review , tiada orang nak percaya dan nak baca ! Ini amat bahaya ! 
Di profile , aku taknak menipu. Aku bagitau je berapa trafik blog aku. 8 tahun dulu.. sehari boleh dapat lebih 5 ribu pembaca tapi sekarang , dalam lingkungan 1 ribu lebih. Antara sebab lain ialah aku kurangkan entri. Dulu sehari 5-7 entri. Sekarang , 2-3 entri jer. Ada yang 1 entri je.
Tapi aku sangat suka dengan keadaan sekarang. Nampak lebih tulus dan puashati ! Aku tak kejar dah trafik. Aku cerita apa yang aku nak cerita.. 

 Jika anda menipu profile anda , ginilah rupanya bila pergi 'event' ! 

Bila client mintak statistik trafik , aku tanya dia semula.. Apa yang dia nak tengok ? Kalau dia nak tengok berapa jumlah pembaca setiap hari , apakah akan dia dapat jumlah yang sama bila dia iklankan produknya ? Sama seperti menonton tv di waktu perdana.. Memang ramai penonton.. tapi bila iklan , orang gi dapur.. gi toilet ! 
Bagi aku.. kalau nak iklankan produk di blog , cuba tengok apa kandungan blognya.. cara penyampaian dan paling penting , populariti blog tersebut.. kerana apa ? Di situ boleh dibuat keputusan.. Melainkan anda tak kisah semua tu dan inginkan blog yang bagus carian SEOnya.. Ni lain isunya lak ! Heeee.. 
Alhamdulillah.. ada yang bijak menganalisa.. dan yang paling penting , kerjsama selepas mengiklankan.. Jangan harapkan blogger 'menjual' produk anda ! Kami cuma membantu membuat pengenalan saja.. Nak dapatkan ramai pembeli , rasanya bukan dengan sekali dua je promote ! Fuh , gila la kalau terus laris berhari hari seperti pisang panas dengan sekali promosi melainkan blogger tu pakai bikini dan ubah rupa jadi cun giler dan berstatus BUJANG atau ANAK DARA ! 

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes