BEN ASHAARI



Hurm... Kesian sebenarnya tengok diorang ni. Bersungguh nak 'hiburkan' penonton. Kalau tak , rating tak naik. Tapi janganlah sampai sombong ! Bila penonton bagi pendapat terutama mengenai sikap dan cara mereka ( bukan peserta ), mereka membalasnya secara sinis. Jangan ingat 'penonton' tak paham.. 

Apa yang berlaku , 'membunuh' semangat nak menonton kali ni. Peserta dah bagus.. Juri jemputan dah ok. Tapi... hurmmm... Jangan sombong laa.. Tak selamanya kita kat atas yer ! 


Sapa bil kamu eh ? Perlu tahu... yang 'tak bayar' tu la yang dok menyokong ! Kalau takda yang menonton , kamu rasa kamu ada kat situ ke ? Kekadang aku nampak 'mereka' tu , sama je level pemikiran.  Sian.

Belajar sikit dari 'bonda' tu. Penuh ilmu tapi rileks jer. Dan apa salahnya sesekali 'berlakon' sebab yang tonton rancangan ni bukan 'senior' jer... yang 'junior' pon tonton. Maka nak tunjuk perangai haprak tu ke ? Nak didik mereka secara tidak langsung ? Be your self ? Elo... ni tv ok ! Nak jadi diri sendiri , sila keluar dari kamera tu... 

Dan buat peserta.. mana mana pon bagi aku , dah bagus dah. Masing masing dah beri yang terbaik. Sapa yang keluar , sapa yang kekal.. dah tau dah apa kena buat sekarang. DSV ? Menambah lagi kematian mood aku. Tertanya... dia sendiri amalkan ke produk dia promote tu ?

Jangan tengok kalau tak suka ? Aku bayar ASTRO setiap bulan ! 
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Aku tak pernah singgah hotel ni sepanjang hidup aku. Pernah dengar tapi rasa macam tak mampu je nak masuk dan makan kat hotel ni apatah lagi nak menginap kat sini. Nama gah ! Pastinya harganya pon segah namanya ! Paham paham je la kan... area KLCC kot ??? 

Dan baru-baru ni , aku dapat pelawaan untuk ke hotel ni dan terus mengubah persepsi mengenai hotel ni. Cerita jujur ni ! Dan barulah aku tau rupanya yang kat sini , harganya sangatlah boleh bayar tapi makanannya.. hurm... yummy ! Serius ! Kalau korang biasa makan kat cafe cafe sekitar KL terutama KLCC tu , korang akan dapati harga kat dua restoran di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur iaitu 10 Binjai Restaurant dan The 39 Restaurant, mampu membeliakkan mata korang ! Murah ! Tapi bukanlah semurah kedai mamak tu atau akak jual nasi lemak tepi jalan tu. Agak agak laa gak kan ! 

10 Binjai Restaurant @ PNB Perdana Hotel & Suies On The Park. Kemas dan bersih.








Ok.. aku cerita dulu 10 Binjai Restaurant yang mana aku try dah ! Sarapan , makan tengahari dan makan malam di sini. Banyak pilihan . itu paling penting. Menariknya sekarang ni mereka sedang buat promosi East Meets West di 10 Binjai Restaurant. Apa yang menarik ? Aku syor korang cuba makan Perdana Crab Kway Teow yang mana korang akan rasa kemanisan ketam di dalam kway teow basah. Sedap dan manis je rasanya ! Haaa.. 

Selain Perdana Crab Kway Teow , korang leh cuba Laksam Kelantan, Daging Salai Lemak Cili Api atau Half Bird Roasted Chicken. Dua dua ni aku dah rasa.. memang kena la sangat dengan tekak aku. Aku tak nak cerita mak aku buat lagi sedap !! Mak kita masak air suam pon sedap dah ! Nama pon mak kan ? Tapi sekarang ni kita cerita makanan yang bukak mak kita masak.. Haa , ni antara yang sedap ! Hahahaha.. Try la kalau tau percaya.. ajak aku sekali ehhh ! 

Setakat ni , makanan yang dihidangkan oleh Hotel Perdana , tak kira la KL atau Kota Bharu , tidak sama sekali mengecewakan tekak aku. 

Half Bird Roasted Chicken

Laksam  Kelantan


Daging Salai Lemak Cili Api

Ada beberapa jenis lagi yang sedap di pandang , enak di makan ! Boleh cuba Grilled Fish Fillet , Meatball Pasta , Sweet And Sour Fish ,  10 Binjai Chicken Curry dan Fresh Gardan Salad. Semua tu menu di bawah promosi East Meets West. 

Harga ? Antara RM15 hingga RM25  ! Oh yaa.. semua tu set yer ! Haaaa... giler laa.. set semurah tu je kot ! Korang akan dapat iced lemon tea segelas dan buah buahan sebagai pencuci mulut. Murah kan ? Haa.. aku kata dahhh..  


Boleh buat tempahan utk jumlah yang besar tau ! Kalau nak open table dengan kawan kawan , memang dialukan sangat di sini. Dan bayaran parking pon murah ! Untuk sarapan pagi , 10 Binjai Restaurant dibuka pada jam 6.30 pagi hingga 11 pagi manakala seterus di buka untuk makan tengahari atau malam , hingga 11 malam. Nak selamat , pastikan buat tempahan terlebih dahulu sebelum nak datang. Jangan main serbu takut takda tempat lak ! 

Untuk maklumat lanjut mengenai hidangan atau menu ni , korang boleh ke laman web mereka iaitu di www.pnbperdanaonthepark.com atau boleh call aku   di  03 7490 3333.

Satu lagi.. yang ni istimewa skit.. kalau nak sambut aniversari atau birthday , cam aku nanti... kat THE 39 Restaurant memang best ! Dengan view yang cantik serta makanan yang cukup menyelerakan , pastinya malam korang tu antara malam malam yang menjadi kenangan. 

Yang bestnya kaannnn... ada HALAL ! Berapa banyak restoran di hotel ada HALAL ? Ada pengunjung yang utamakan part HALAL ni... maka The 39 Restaurant yang hidangkan makanan barat dan juga tempatan ni , pastinya boleh dimakan tanpa was was sama sekali. 



Permandangan waktu malam yang cukup cantik dan tenang. Makan malam , dari air tangan chef yang berpengalaman pastinya mengujakan . Aku, malam tu makan Wagyu Marble 9 , Udang Sumbat Percik , dan pencuci mulut , Sago Gula Melaka.





Kali pertama makan Wagyu. Apa itu Wagyu ? Sedikit info mengenai Wagyu ni yer. Wagyu ni lembu yang berasal dari Kobe, Jepun. 'Wa' bermaksud Jepun , 'gyu' bererti lembu. Lembu Wagyu digunakna pada zaman dahulu untuk membantu dalam penanaman padi. Daging lembu Wagyu turut diternak di beberapa negara lain seperti New Zealand , Australia dan Amerika Syarikat. Lembu lembu ni diberi makan jagung , bijirin , herba alfaalfa , barli dan jerami gandum. Daging lembu wagyu mengandungi tinggi asid fatty , Omega 3 dan Omega 6. Lembu Wagyu disembelih apabila mencapai usia 30 hingga 35 bulan. Harga daging ni boleh mencecah AS$500 untuk 150 gram. 

Mahal woiii !! Daging wagyu bukan murah yer.. tapi di The 39 Restaurant , PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ni , harganya memang gempak ! Harga promosi gitu !! 


Ok... selain wagyu , ada beberapa jenis lagi menu yang menarik seperti Udang Sumbat Percik , Chicken Fajitas , Sizzling Angus Steak , Ayam Bakar Solo. Aku sempat merasa Udang Sumbat Percik. Memang terbaik laaa rasanya ! 

Pastu pekena Sago Gula Melaka sebagai pencuci mulut. Perfecto malam aku ! 



Ada banyak pilihan dan yang pastinya , sedap sedap belaka... Sambil makan , boleh menikmati keindahan malam... 


Apa lagi ? Sila booking sekarang. Hahahahaa... Bila lagi nak belanja yang tersayang kan ? Atau boleh je bawak ibu bapa kita.. sesekali belanja mereka. Nanti dah takda , merindu pula... Huhuh.. Ok , untuk maklumat lanjut atau nak buat tempahan ,  macam aku kata tadi.. korang boleh ke laman web mereka iaitu di PERDANA ON THE PARK KUALA LUMPUR atau boleh call  di  03 7490 3333 .

PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK KUALA LUMPUR , 
10 , Jalan Binjai , 50450. Kuala Lumpur. 
No Tel : 03 7490 3333
Fax : 03 7490 3838 
Email : reservations@pnbperdanaonthepark.com 
Web : www.pnbperdanaonthepark.com
Facebook : @PNBPerdanaOnTheParkKualaLumpur
Instagram : @PNBPerdanaKualaLumpur


Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Terbaru dari Sony Mobile , Xperia XZ1. Dengan harga di bawah RM3K , spesifikasinya agak sama tapi ada perbezaan dengan Sony Xperia XZ Premium. Yelah , mesti la berbeza kan ? Mereka yang nak handphone yang kecil sedikit size dan lebih selesa di tangan mahupun di dalam poket , yer.. Sony Xperia XZ1 sangat selesa ! Melainkan jika letak cover case dan screen protector , aku tak tau la camana jadinya. Aku punya, takda lagi. Baru nak beli online. Murah gak.  Beli kat Lelong.My.

Perbezaan antara Sony Xperia XZ 1 dan Sony Xeria XZ Premium , boleh dilihat kat web yang aku kasi jap lagi.  Aku tak payah nak ulas panjang dah . Korang leh baca dan nilai sendiri. Ok, klik SINI untuk baca sendiri perbezaan dia.

Aku ada kedua duanya malah aku ada juga Sony Xperia XZ juga. Sony Xperia X pon aku ada tapi... heheee... Rosak dah. Byk tangan sangat.

Tapi kalau korang betul betul nak cari telefon pintar dari jenama Sony , ketiga tiga ni aku syorkan. Selepas beberapa kali Android di update , ketiga tiga ni seolah olah mencapai satu tahap yang takda masalah ! Haa.. Masalah 'sangkut atau hang' semakin jarang berlaku. Perlu tau , masalah sangkut ni bukan disebabkan telefon tu yer.. Kadang kadang aplikasi tu yang bermasalah. Maka , jangan bandingkan dengan Iphone. Lain keluarga tu ! Hahahaha.. 

Ok.. Aku tak nak bandingkan dengan telefon pintar yang lain. Pernah sekali tu , aku nak beli Huawei selepas handphone Asus terjatuh dalam air. Terus rosak ! Aku test kamera Huawei. Ketika tu di airport Phuket. Hurmmm.. terus aku batalkan niat aku. Kembali ke Sony ! Hahahahah.. No komen ! 






Ha... Sony Xperia XZ1. Lebih seksi dan lebih mudah dipegang ! Rasa macam tak perlu nak letak cover dah tapi disebabkan nak kasi tahan lebih lama dalam keadaan cantik dan berkekalan seksinya , maka aku kena letak gak la.. Hahahaa.. Anak anak nanti sibuk nak main gak tu.. Kena jaga 'keselamatannya' gak .

Yang terbaru selain rekabentuknya ialah aplikasi 3D Creator yang mana boleh buat replika 3D  dan  boleh diprint terus ! ! Haaaa... Maaf yer, ianya bukan sekadar guna aplikasi tetapi melibatkan juga hardware. Dilengkapi dengan sensor khas di badannya , Sony Xperia XZ1 adalah satu satunya telefon pintar di dunia memilikinya. 

Dan satu lagi , gambar di kala cahaya rendah... memang best ! Kalau nak selfie, ada flash juga di bahagian depan kamera. 




Amacam ?  



Share
Tweet
Pin
Share
19 comments
Dialah insan paling susah nak tidur , kalau nak diikutkan....terutama selepas penguatkuasaan NO GADGET di rumah ! Segalanya berubah bila aku gi Jepun ari tu... dia dah mula 'dijauhkan' dari teleon pintar. Begitu juga Zahra. Mak dia berjaya lakukan dengan bantuan muka garangnya.

Dan baru-baru ni, aku ada bagi kat Qhaliff sleeping eye mask. Japan Airlines punya. Ada dua.. dua dua dia punya. Dan pertama kali aku kasi , tak sangka dia pakai... dia tutup mata... dan tak sampai 10 minit dia baring... dia lena ! Eh ?? Aku ingatkan dia main main.. sekali siap berdengkur ! Huhhh. Dan yang bagusnya , dia sangat lena.. berjam jam lamanya. Tu tido di waktu tengahari tuuu.. kalau tak , tengahari tu dia cuma tidur sejam dua je... 


Sejak tu... memang aku simpan menda alah tu. Dia akan pakai selepas mandi.. waktu malam. Kalau dia dah turunkan ke mata... bagi la 5 minit.. Dan aku bawa di hotel. Aku nak tengok dia. Apakah dia nak pakai gak ? Sebab dia ni pon jenis hangat hangat tahi ayam gak. Awal awal je panas. 

Ternyata sangkaan aku meleset !



Serius ! Dia sangat lena tidur. Bunyi tv tak langsung menganggu tidur dia. Tak berjaga langsung seperti sebelum sebelum ni. Perghhh.. Ini sudah lebih ! Nampaknya , aku nak ada gak ni. Kena beli satu untuk aku. 

Google... Jumpa! Lazada ada jual. 11 Street pon ada. Harga tengah cun ! Black Friday katanya.. Hahahaha.. Beli satu untuk aku... Zahra ? Hurmm.. Harga , ok jer. Bawah RM20.

Hurmm.... mau gak si Qhaliff amik yang ni kalau aku beli ! Tak payah dah nak didodoi bila nak tidur atau  cari ketiak aku dah ! Hahaaha ..
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Dalam entri aku yang lepas , bertajuk Pengalaman pertama bersama Japan Airlines ke Jepun :  Business Class Seat , aku ada ceritakan serba sedikit pengalaman manis aku duduk di ruang perniagaan yang buat pertama kalinya... dan ternyata manis sekali pengalaman tersebut..

Jom tengok pelan Boeing 787-9 Dreamliner ni. Betapa keselesaan menjadi keutamaan mereka dan memastikan ianya menjadi kenangan manis bagi semua penumpang penumpang tak kira la di mana sekali pun seat yang mereka pilih. 

JAL SKY PREMIUM. Layout 2-3-2 yang menjanjikan keselesaan. 

Dan untuk perjalanan pulang pula , kali ni aku di ruang premium ekonomi yang bagi aku sangat sesuai untuk mereka yang bersama teman atau keluarga untuk perjalanan yang jauh tapi inginkan keselesaan. 






Gambar asal dari web JAL.

Kalau diperhatikan, ruang di bahagian kaki ini lebih luas sedikit berbanding Airlines yang lain. Yang sedikit ni sebenarnya amat penting bagi mereka yang nakkan keselesaan. Antara kelebihan lain ialah:
  • rekabentuk bahagian belakang yang lebih relaks dan tidak menganggu penumpang di belakang walaupun ketika ke menurunkan seat ke belakang. 
  • pembahagi antara seat yang lebih luas bagi memastikan lebih privasi.
  • tempat letak botol atau cawan serta ruang meja yang lebih selesa
  • panel monitor 12.1".
  • universal pc power outlet dan USB port pada semua kerusi
Makanan Halal ? 
Tentu la ada ! Jangan risau ! Halal lagi sedap gitu ! Tak caya , leh cuba sendiri nanti. Hahahaha.. Kari dia , yummy wooo ! 


Tandas ? Jangan risau laa.. Bersih senantiasa ! Aku yang tak gemar gi tandas bila dalam kapal terbang , kali ni , aku tak kisah dah. Hahahaha.. Bersih dan terjaga ! Apa lagi yang kurang di dalam kapal ni ? Dengan kabin krew yang peramah dan senantiasa membantu.. pastinya korang tak 'sampai hati' nak turun dari kapal bila dah tiba ke destinasi ! Hahahaha.. Best gitu !! 

Aku sangat sangat berpuashati ! Bagi mereka yang nak terbang jauh , maka JAPAN AIRLINES adalah jawapannya ! Dan JAL sering adakan promosi ! Nak tau harga terkini , boleh lawati laman web mereka di : 

Web : www.my.jal.com
Facebook : www.facebook.com/japanairlines.asia




Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes