Fuh..terkedu jap bila baca notis ni ! Huhuh.. Nampak seorang kawan up isu ni di Facebook. Terus aku bagitau wife. Qhaliff dah buat permohonan untuk bersekolah di sana , tahun depan. Ye lah , dah alang alang mak dia ulang alik Sepang- Putrajaya . Takkan nak sekolah kat Sepang lak kot ?
Kalau ada yang kata.. orang lain boleh , napa aku tidak ? Jawapannya ialah kos dan masa ! Nak suruh aku antar ? Nak guna dua kereta sehari ? Atau kenapa tak amik van sekolah jer ? Bukankah itu juga kos ? Kena paham.. yang kerja tetap sekarang ni , wife aku jer. Aku ni , kais pagi makan pagi. Kalau masyuk sangat , aku antar dah ke sekolah swasta jer.. lagi senang ! Dan jika aku ada job/event , camana nak hantar dan amik ?
Teringat seorang kawan bercerita.. dia juga seorang guru di sekolahnya. Katanya setiap hari dia menyaksikan murid murid tahun 1 selepas sekolah ( sesi pagi ) bersiap untuk ke sekolah KAFA lak. Mereka melakukannya sendirian. Ok la.. belajar berdikari. Kemudian berjalan kaki ke sekolah KAFA lak.. Mereka kena keluar dari sekolah untuk sekolah KAFA. Nampak tak bahaya kat situ ? Nak usung baju sekolah... beg sekolah harian dan beg sekolah KAFA lagi ! Nahhh..
Jika ibu mereka bekerja berhampiran.. mereka boleh tolong sehingga anak mereka benar benar mampu menguruskan diri sendiri. Dan yang paling utama , di pejabat.. mereka tak hilang fokus ! Faham tak ni ? Haaa...
Maka.. mintak pihak berkaitan beri kelonggaran pada penjawat awam yang bekerja di Putrajaya untuk sekolahkan anak mereka di sekolah sekitar Putrajaya.







