BEN ASHAARI




Seminggu aku cuti dari workout. Nasib baik badan tak kembali boroi. Dalam cuti tu , aku dapat pakej sakit. Demam , sakit lutut dan sakit pinggang. Selera makan pun takda. Semangat , semua luntur. Nak kembalikan semangat , bukanlah mudah. Ditambah lagi aku keseorangan. Kawan ? Hurm... Biasa biasakanlah Ben ! Realiti kehidupan. 

Dan gym sajalah penghibur aku. Di gym , ada ramai kawan bual.  Mereka tak tanya sapa kau... apa kereta kau pakai.. apa kerja kau. Sebab tu, camana sekali pun.. aku nak pulihkan kaki dan pinggang. Apa yang aku buat ialah gi farmasi. Aku beli dua benda. Satu untuk pinggang dan satu lagi untuk lutut. 

Ya.. kali ni aku kena pikir untuk diri aku sendiri. Cukup cukuplah dok berkorban untuk insan lain. Bila ko sakit , ada yang datang jengok ? Nak tanya khabar pon tidak ! Kalau jauh tu , paham la.. Dekat ? Hurmm... 

Tak pe.. mungkin diorang sibuk dengan urusan masing masing. Seperti aku jugak la.. sibuk ! Maafkan je. Husnuzon. Bersangka baik. Semoga Allah jauhkan kita semua dari keuzuran. Aamin. 

Banyak perkara sebenarnya berlaku kebelakangan ni. Sebab tu aku macam.. down skit ! Kematian sahabat yang ikhlas berkawan... membantu.. memberi nasihat mengenai dunia media sosial , sedikit sebanyak menambahkan lagi sayu di dalam hati. 

Entahlah... aku hanya menunggu masa jer..


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments



" Bang , nak makan kat mana ? Besar tempat ni. Macam macam restoran dan cafe ada.. ". Wife bersuara. Anak anak dah mula tunjuk perangai. Lapar la tu ! Aku keluarkan handphone aku dan buka aplikasi IPC yang aku download sebelum datang ke pusat membeli belah popular tu. 

Kenapa?

Aplikasi IPC Shopping Centre ini adalah lebih daripada sekadar aplikasi pusat membeli – belah yang biasa. Aplikasi ini mempunyai ciri – ciri yang menarik iaitu “The Mood Menu” dan ia akan sync akaun Spotify anda untuk melihat mood pada waktu itu tersebut. Seperti kebanyakan orang lain, lagu yang Ben dengar bergantung pada perasaan atau mood. Jika aku berasa gembira, aku sering mendengar banyak lagu berkisar genre pop. Manakala, jika dalam keadaan tertekan dan sebagainya, aku akan mendengar lagu genre rock.

Dengan logik ini, IPC Shopping Centre telah berjaya dengan mencipta aplikasi menarik ini dengan fungsi “Mood Menu” yang boleh membantu pengguna membuat keputusan “apa yang hendak dimakan” lebih cepat dan mudah.  Akan tetapi, apa yang lebih menarik adalah bagaimana kreatif dan interaktif aplikasi ini secara keseluruhannya!

Mudah sangat guna aplikasi IPC ni. Macam guna peta tapi jauh lagi mudah. Tak perlu nak tanya kat kaunter pertanyaa untuk ke lokasi lokasi tertentu atau usung pamplet mencari premis yang kita nak. Download jer dan buka. Pastu ke kategori yang kita nak seperti Food And Beverages... untuk kes aku ni la.. 

Download aplikasi IPC  di..

Apple App Store: http://bdj.bz/IPCappIOS
Google Play Store: http://bdj.bz/IPCappAndroid




Kelebihan aplikasi ni lagi ialah tak perlu tercari cari lagi di mana letaknya tandas, kat mana Harvey Norman atau di mana laluan ke MRT atau juga dapatkan promosi member ! Klik je All Categories. Atau amik je Map View.

Senang kan ? Map dia pun mudah dibaca. 


 Atau List View.... 


Untuk fungsi “Mood Menu”, aku cubalah dengan mengintegrasikan app Spotify.
  


Wah… tengok tu. Aku sangat “gembira” dengan aplikasi ni yang memberi beberapa cadangan restoran kat IPC Shopping Centre yang bersesuaian dengan mood aku. Canggih dan menarik kan?

Nahh.. Maka di mana aku nak makan , dah senang dah ! Antara Absolute Thai atau Nando's. Dua dua ni memang kegemaran aku. Cuma ketika ni , aku bernafsu nak makan ayam golek ! Hehehehhe.. 

Maka.. Jom ke Nando's ! 





Dengan adanya aplikasi IPC Shopping Centre “The Mood Menu”, aku boleh membuat keputusan dengan lebih cepat tanpa membuat isteri dan anak-anak tunggu dalam kelaparan.

Siap ! Anak anak pun tenang dah dapat makan. Tak perlu tercari cari lagi restoran. Segalanya di hujung jari dah ! Terbaik la IPC Shopping Centre. Wajar semua shopping mall tiru cara IPC ni.. Mudahkan pengunjung. 



Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Teringat satu cerita... di mana bapak dia sibuk mencari duit bagi menampung perbelanjaan kehidupan keluarganya. Pergi pagi , pulang malam. Anak anak dah tidur... tak sempat nak tengok muka ayah mereka. Awal pagi , dah keluar bekerja. Datang Sabtu Ahad , mereka pula kena gi kelas tambahan. Demi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Terpaksa ! 

Si anak kecil , di satu hari berkata... 

" Ayah.. apalah gunanya kami berjaya. Kami mungkin akan banggakan ayah. Tapi kami dahagakan kasih sayang seorang ayah. Apakah ayah nak tengok kami besarkan anak anak dengan cara ini juga ? Jika harta yang dicari , sampai bila takkan cukup, ayah. Kami rindukan ayah. Kalau tak cukup duit , biarlah kami turut membantu ayah. Asalkan ayah ada di rumah setiap malam bersama kami semua.. ".

Kadang kadang aku terfikir.. aku belikan mainan yang mahal mahal untuk Qhaliff satu tika dulu , dia main sekejap jer ! Kenapa ??? Dia bukan nak sangat. Dia nak beli pastu nak main dengan aku. Itu je pun. Belilah mainan berharga RM2 sekali pun... yang penting si ayah atau ibu bermain bersama mereka. 

Maka sebab itulah sekarang ini aku kurangkan masa aku di dunia media sosial dan banyakkan masa dengan anak anak. Masa berlalu dengan begitu pantas. Tau tau mereka dah besar dan bakal meninggalkan kita.  Ketika itu , kita akan rindukan masa masa bersama mereka ! 




Mereka bukannya nak pergi ke Disneyland.. Legoland... tapi mereka nak kita ada disisi mereka...menemani.. bermain dengan kita. Itulah yang mereka inginkan... 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Fuh..terkedu jap bila baca notis ni ! Huhuh.. Nampak seorang kawan up isu ni di Facebook. Terus aku bagitau wife. Qhaliff dah buat permohonan untuk bersekolah di sana , tahun depan. Ye lah , dah alang alang mak dia ulang alik Sepang- Putrajaya . Takkan nak sekolah kat Sepang lak kot ?  

Kalau ada yang kata.. orang lain boleh , napa aku tidak ? Jawapannya ialah kos dan masa ! Nak suruh aku antar ? Nak guna dua kereta sehari ? Atau kenapa tak amik van sekolah jer ? Bukankah itu juga kos ? Kena paham.. yang kerja tetap sekarang ni , wife aku jer. Aku ni , kais pagi makan pagi. Kalau masyuk sangat , aku antar dah ke sekolah swasta jer.. lagi senang ! Dan jika aku ada job/event , camana nak hantar dan amik ? 

Teringat seorang kawan bercerita.. dia juga seorang guru di sekolahnya. Katanya setiap hari dia menyaksikan murid murid tahun 1 selepas sekolah ( sesi pagi ) bersiap untuk ke sekolah KAFA lak. Mereka melakukannya sendirian. Ok la.. belajar berdikari. Kemudian berjalan kaki ke sekolah KAFA lak.. Mereka kena keluar dari sekolah untuk sekolah KAFA. Nampak tak bahaya kat situ ? Nak usung baju sekolah... beg sekolah harian dan beg sekolah KAFA lagi ! Nahhh..

Jika ibu mereka bekerja berhampiran.. mereka boleh tolong sehingga anak mereka benar benar mampu menguruskan diri sendiri. Dan yang paling utama , di pejabat.. mereka tak hilang fokus ! Faham tak ni ? Haaa... 

Maka.. mintak pihak berkaitan beri kelonggaran pada penjawat awam yang bekerja di Putrajaya untuk sekolahkan anak mereka di sekolah sekitar Putrajaya.  
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Qhaliff nak basikal. Tapi yang beroda 4. Aku nak belikan yang beroda dua. Dia tak nak ! Takut dan tak reti lagi. Perkara kecil je semua tu. Boleh diajar dan pastinya lama kelamaan , akan mahir. Tiba-tiba aku terfikir... Bila dia dah pandai , dia akan bermain bersendirian atau dengan kawan-kawan dia. Hurmm.. apa kenangan manis aku bersama dia ?? Dan dia kata nak naik dengan daddy..

Teringat satu Facebook Page yang promosikan satu produk unik dan berkualiti. Terus aku pm pemiliknya. Tak lama kemudian aku dapat balasan. Terus order satu set sebagai permulaan. Nak tengok camana... Heee...

Apa jadah naik sorang sorang kan ? Bawak anak baru syiok ! 



Keunikan T-ride 
  • ‘Front mount child bike seat’ – T-ride Child carrier ini dipasang di bahagian depan basikal
  • Parent-child bonding-Sebab pasang di bahagian depan memudahkan untuk bercerita, menyanyi bersama. Heee.. sweet gitu kan ? 
  • Bukaan kaki dan kayuhan tidak terlalu kangkang berbanding jenis plastic yang bulky
  • Kids having own handlebar – tidak mengganggu handlebar parent
  • Adjustable – boleh adjust ikut keselesaan dan peningkatan usia anak
  • Stabil – beri kayuhan lebih stabil
  • Simple – hanya SEMINIT untuk pasang pada basikal. Simply attach and remove bila tak diperlukan. Mesra Ibu – kebanyakan carrier rumit dan susah dipasang kaum ibu. Perempuan juga boleh pasang sendiri.
  • Boleh guna untuk older kids iaitu sehingga 35kg. Sesuai baby & kanak-kanak usia 2, 3, 4, 5,6,7,8 tahun (child seat biasa jenis plastic hanya utk umur 2-3 tahun shj)
  • Ringan, 1.3kg sahaja. Dibuat dari high carbon steel. Tahan sehingga berat kanak-kanak 35kg. Juga tahan lama. Tidak mudah expired seperti buruk & rosak berbanding child bicycle carrier plastic

Mudah pasang ! 






Untuk pengetahun korang , T-ride didatangkan dengan 2 model yer.

  • T-ride +0 – Sesuai untuk basikal folding / foldie bike termasuk dahon, tern, mongoose, Brompton, sehingga model biasa sahaja.
  • T-ride +5 – Sesuai untuk semua jenis basikal termasuk MTB, Fatbike, Fold bicycle, mountain bike

Amacam ? Berkenan ? Haaa.. kalau berkenan , boleh order terus secara online atau gi ke Sauf Asia Showroom atau dealer terdekat  jika di Johor bahru : Outdoor Pro
 Web : https://saufasia.com/t-ride/
 Facebook Page: https://www.facebook.com/tridechildbikeseat/
 Instagram : https://www.instagram.com/iamtrider/
  Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=RZ3t7KfBGvc

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes