BEN ASHAARI




Salah sendiri ! Sapa suruh aku langgar pantang larang yang aku sendiri buat ! Huhuhu.. Apakah ceritanya ? Gini.. semalam , selepas aku workout di gym , aku terasa badan aku macam letih giler babas punya la. Rasa nak demam pun ada.  Badan tak bermaya sungguh. Nak tak nak, aku abiskan dalam masa sejam jer. Biasanya aku boleh ada kat gym tu , 2 jam. Tapi tak larat punya pasal... aku balik awal. 

Di rumah , aku terus cari susu kambing LAZZ. Aku amik yang ada campuran kurma. Niat di hati , lepas minum terus tidur ! Kenyang ke  Kenyang tu kenyang laa.. tapi aku buat silap besar di sini ! 

Apakah kesilapan aku tu ? Aku gi layan tv ! Tengok cerita yang aku tak pernah tengok lagi. Dulu ingat tak best.. sekali best ! Nahhhh.... padan muka aku. Perut menyanyi nyanyi dah.  Aku gi dapur.. nak bancuh susu secawan lagi. Tiba-tiba tangan aku gatal nak bukak periuk . Aduhaii... kurma telur rebus ada lagi. Dan ada pulak ikan bilis goreng pedas ! Arghhhh..  Godaan  sungguh.  

Aku pandang jer telur dalam tu. Ruginya tak makan. Camana eh ? Hurm.. makan skit je la. Buat hilang lapar. Buat pengetahuan korang.. inilah kesilapan paling besar. Sia sia gi gym.. tengah malam makan ! Nah , bilanya nak kurus jika tiada disiplin gini ! 

Niat sepinggan.. memandangkan kuah kurma wife masak tu sedap.. makanya , jadi dua pinggan. Aku pun balun tanpa rasa bersalah... Maka dulu, bersalah kemudian ! Hahahaah....  Selesai makan , automatik rasa penat yang aku rasa sebelum tu hilang ! Lorr.. aku kelaparan rupanya ??? 

Movie abis. Aku tutup tv ... tdo ! Zahra pun tidur. Dia ni , selagi aku tak tidur... dia tak tidur ! Huhu.. aku lak , nak tidur awal.. rasa cam.. boringnyaaaa tidur awal ! Nah... ni satu lagi kesalahan bila menjaga kesihatan. Tidur kena cukup yer. Tak guna gi gym tapi tidur tak cukup.

Jam 5 pagi... perut memulas. Kaw kaw punya memulas. Tahap gaban punya. Bukan sekadar memulas tapi siap kembung gitu. Aku gi tandas. Nasib baik umah ada air. Umah korang ada air tak ? Huhuh... Sabar yer..  

Alhamdulillah.. lega. Aku pun baring kembali. Pastu memulas lagi ! Adeh... berkejar lagi ke tandas. Kejadian kejar mengejar ni berlangsung sehingga masuk waktu subuh. Aku kepenatan. Letih la gini.. Tiba - tiba aku teringat sesuatu. Dulu aku pernah sakit perut gak.. aku sapu je ngan dia. Terus lega. 

Aku selongkar laci. Jumpa ! Terus aku sapu kat perut aku. Legaaa rasanya. Dapat solat Subuh dengan tenang. Pastu tertidur jap. Nyenyak. 


Bagus Deep Heat Lotion ni. Sayangnya tak dijual di farmasi. Kena beli online kat web Cosmoderm. Selain sapu kat perut aku yang kembung tu , aku sering guna masa di gym. Sapu di pinggang , siku, bahu, betis dan juga otot lengan sebelum mulakan senaman. Cepat sikit terasa regangan tu. Baru syok workout. Dan selepas mandi pun , aku guna gak.. Pastikan badan kering betul betul , baru sapu. InshaAllah lena. Boleh beli kat SINI. 

Jap eh.. ada selingan... Kalau korang beli produk Cosmoderm , sekarang ni ada contest yang berbaloi. Aku saja kasi tau korang. Kang kata aku tak bagitau lakkk ! Haaaa...


Jom sertai peraduan dr Cosmoderm ni.  Hadiah ada dinyatakan di dlm gmbr..

"Golden Girl Getaway Contest" yang sedang berlangsung sekarang sehingga 31 March 2018.

Cara penyertaan , mudah saja. Ikuti langkah dibawah ni :

1. Buat pembelian produk Cosmoderm Rm50 ke atas di dalam satu resit (termasuk satu produk dari Gentle Series)

2. Snap gambar/video paling kreatif!

3. Post di Facebook dengan caption anda, no. resit pembelian, letak #GentleatGuardian dan TAG 3 kawan baik anda!


Ok... dah abis selingan. Alhamdulillah.. kembung perut tadi dah ok.. Nampak balik 6 packs aku ! Huhhu.. tapi ke jamban , masih lagi berlaku. Aku mintak ubat cirit birit kat wife. Dia baru ni , CB gak...CB tu cirit birit la. Huhuhu...

Lepas makan ubat , sehinggalah jam 9 pagi... aku masih ke tandas. 4-5 kali dah. Ni dah mula rasa cam ok. Dah la hari ni program sampai ke malam. Apakah aku mampu pergi ? Huhuhuh...  Doakan aku kembali segar yer.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Nasib baik aku beragama Islam. Islam melarang perbuatan tersebut. Aku percaya semua agama melarang perbuatan tu. Kalau tidak , rasanya lama dah aku bunuh diri ! Aku rasa , bukan aku sorang je ada perasaan gitu. Kenapa ? Aku hidup di dalam dunia yang sangat menakutkan. Maaf.. aku bukanlah nak kata aku berniat nak bunuh diri. Celik celik mata , baca berita.. aduh , macam macam ! Menakutkan. Dari orang bawahan hinggalah atasan. Dari yang miskin hinggalah yang kaya. Berpangkat atau tidak , tak jamin perangainya seperti punya pegangan agama. 

Sampai satu tahap , aku dah tak nak baca apa apa dah kat media sosial. Surat khabar apatah lagi. Dah tak tau mana betul mana tidak. Umpama zombie dah. Masing masing berebut nak membunuh dan makan daging. Tak kira la kawan , lawan.. jiran.. kenal atau tidak , bila nampak ada point untuk 'digigit' maka pakat pakat post dan jom gigit beramai ramai ! Apa syok masuk neraka sorang sorang kan ? Ramai ramai la baru best.. gitewwww ! 


Drama aksi bersiri , The Walking Dead kembali bersambung.  Zombie tidak lagi menakutkan penonton. Tetapi persengketaan manusia menjadi topik mereka. Dendam yang tiada kesudahan. Siapa yang jadi mangsa ? Begitulah juga dengan kita... Kita rasa kita dah cukup power tapi kita terlupa yang kita bakal ada anak cucu..Apakah mereka akan mewarisi power kita ? 

Aku dah berblog lebih 9 tahun. Topik yang jadi kegemaran pembaca ialah kontroversi. Bila post bab ni , trafik akan naik melambung ! Komen berduyun. Seronok pakat beri pendapat masing masing yang berdasarkan gambar / video atau kenyataan seseorang ! Nah , masa ni semua jadi hero atau nak berlagak profesor gitu. Aduh.... 

Betul atau tidak cerita di bawah ni.. hadamkanlah sendiri ! 


Tak abis... boleh sambung baca di SINI . Dah abis baca , boleh sambung membawang di timeline sapa sapa atau status mana mana artis yang viral hari ni ! Jom pakat pakat makan daging mereka. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Terbaca berita mengenai suami penyanyi terkenal dihadapkan ke mahkamah dek atas tuduhan dera anak. Tercari gak di mana dan apa yang dilakukan sang ayah pada anak kesayangannya. Hurm... si ibu tak nak komen apa apa. Serah pada mahkamah. Tu je aku boleh ulas sebab aku risau ulasan aku tak tepat..

Aku ada 3 orang anak. Masing masing masih kecik. Yang si sulung , dah berakal sedikit.Alhamdulillah. Nampak macam mudah nak didik. Tapi bukan dengan aku la.. Ngan aku , diayam-ayamkan jer. Bila aku marah , merajuk masuk bilik. Ngan maknya, mudah belaka !  Kena gi pujuk semula. Cakap baik baik...peluk.. cium dahi... baru ok ! Huhuh.. 

Zahra, jenis pandai main psikologi ngan aku. Kalau aku cakap keras , dia buat bodoh. Kena cakap lembut lembut jer. Mengundang amarah ? Hurm.. sebenarnya tak pun.. mudah jer. Kena didik dan terangkan betul betul... tunjuk contoh dan diorang ikut.

Aariz ? Dan nak masuk 2 tahun.. nampaknya dia ni mencabar sedikit tapi dah makin mudah nak ajar dia. Kadang kadang dia saja suka provoke.. Sesekali aku 'babap' tangan dia... saja nak tengok reaksi dia. Merajuk , cari mak dia. Si kakak akan bela dia. Abang , tengok jer.. tapi simpan dulu. Dia tunggu aku cool dulu baru dia kembalikan laporan pada aku..

" Daddy pukul Aariz tadi kenapa ? Dia kan baby lagi ? ". Biasanya gitu laa...


Tak perlu rotan rotan. Kita kena tunjuk contoh dari awal lagi. Diorang pon reti tertekan gak. Hujung minggu , luangkan masa dengan mereka. Bawak berjalan ke rumah sepupu. main sesama mereka.. bawak beriadah mana mana... barulah diorang sendiri hormat dengan kita.. 

Dan paling penting.. pasangan kita kena bijak baca emosi kita. Bila kita dalam mood tak bagus , minta pasangan cepat cepat take over ! Jangan bagi amarah menguasai diri bila bersama anak anak. Bahaya sangat tu. Jangan menyesal selepas melakukan sesuatu di luar kawalan. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Dah masuk jam 1 petang. Aariz baru tidur. Zahra baru siap mandi dan makan. Nasi tak nak.. nak makan biskut jer dia. Aduh.. petang karang baru terasa lapar la tu. Mencari nasi ayam.. confirm ! Nak makan sebelum tu payah tul.. Jenuh mengarah. Pastu nangis... Maka keluarlah ayat sadis dia..

" Daddy tak sayang Aara ! ". Aishhhh... tewas abis.

Bab Aariz lak..? Fuhhh.... Aariz ni mencabar kesabaran aku tul. Kenapa ? Dia laaa tukang kasi sepah dalam rumah ni. Ada jer eksperimen dia nak buat. Macam macam. Paling parah , dia ketuk tv LG 55" aku tuuu ! Aduhh.. bisa ! Bisaaaaa !

Pastu sapu rumah... walhal wife dah sapu sebelum dia keluar gi kerja. Dek gara gara Aariz kasi tumpah biskut..nasi.. dan pelbagai lagi jenis makanan yang ada di tangan dia , maka kerja aku memang non stop selagi dia tak tidur !

Dan akhirnya... dia tidur ! Bila dia tidur , barulah aku dapat mandi dengan tenang... 5 minit !


Tu pun dah dekat kul 2 petang... Huhuh.. Dan barulah dapat solat Zohor.. hahahaha... Adeh. Melainkan kalau aku gi umah mak aku, jalan ceritanya berubah. Cuma aku teringat.. masa aku kecik kecik dulu , aku nampak mak aku... petang baru mandi. Sekarang barulah aku paham kenapa. Tu pun aku tak memasak. Kalau masak , mengemas rumah.. melipat baju ? Mau mau malam baru mandi.

Ok la.. nak mandi.. hahahahaa...  kena update blog dulu sebelum idea hilang ! 


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Aku terlupa menda alah ni. Dulu aku makan , tak sampai sebotol , sakit sendi di bahagian aku gara gara futsal ( 2 tahun lepas ) , kembali ok tapi bukanlah pulih seperti usia 20 tahun namun aku boleh berlari pecut malah buat squat di gym. Cuma nak berfutsal tu jer aku kena hati hati ! 

Entah camana pagi tadi... aku terlihat satu iklan di Facebook. Ubat yang dikatakan bagus untuk sendir yang diperbuat dari gamat. Berdasarkan testimoni katanya ok. Dicipta oleh seorang doktor pakar. Harganya ? Hurmm... kalau 2 tahun lepas , aku mampu beli. Sekarang ? Haahaha.. kena pikir panjang. Tak la mahal mana pon sebenarnya cuma aku je tak mampu nak beli. Hee..

Tu yang aku teringat akan produk yang pernah aku amik. Sebelum tu pun aku cuba dapatkan khidmat nasihat dari page fisioterapi tapi tengok harga rawatan dia.. hurmmm... Nak tak nak , aku hidupkan enjin kereta dan terus ke farmasi berdekatan rumah mak aku. 

Rezeki ! Harga diskaun... Dalam RM56.90 jer ! Terus beli tanpa banyak cerita...


Beli air mineral sebotol. Buka dan makan 2 biji. Bahan dari sayuran , katanya. Ada tulis kat situ. Hee.. Kalau farmasi punya , memang biasanya disyorkan la , kan ? Tu aku berani je makan. Cuma kena ikut dos jer la. Jangan main balun lak.. 

Kesan ? Hurm... sengal di lutut tu , Alhamdulillah.. tak seperti sebelum ni.. Takda la rasa radang tu dah cuma bila solat tu , nak duduk diantara dua sujud tu , agak sakit lagi la. Melampau la kan kalau terus baik ! Hahahaha... Over tul testimoni aku kalau gitu. 

Tapi kan, di siku aku.. hilang sakit ! Haaaa... sebelum ni , masa workout memang hilang power la kalau siku sakit ! Kalau diamalkan selalu , inshaAllah kesannya lebih baik.. Huhuh.. Masalah aku , bila dah ok.. aku tak makan dah ! Adeh..

Dan tiba tiba aku teringat. Solat atas sejadah nipis memang menyiksakan. Nasib baik aku ada sejadah khas ! 

Lega ! Serius lega sangat... Dialas lagi dengan sejadah yang agak tebal... maka kesakitan tu tak terasa sangat. Alhamdulillah... 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes