" Abang , nak order apa bulan ni ? ". Tanya wife melalui whatsapp. Hurmm.. Nak order apa eh ? Tapi yang pasti ialah beberapa produk yang wajib dibeli oleh wife untuk kegunaan harian aku , keluarga aku serta adik beradik aku di rumah mak.
Antara produk yang selalu dibeli ialah Deep Heat Lotion , Tea Tree Facial Wash , Gel Mandian Tea Tree serta produk untuk wanita , wife punya ! Aku punya lebih pada set kebersihan diri terutama selepas bersenam di gym. Maklumlah , di gym kan ada pelbagai jenis orang di situ. Makanya kebersihan pon boleh was was gitu.. kan kan ?
Masih aku ingat kali pertama kali aku dengar nama Cosmoderm. Nak beli produknya pon rasa takut. Maklumlah , namanya saja dah cukup gah bagi aku , ketika tu. Aku rasa waktu tu aku mencari pencuci muka memandangkan muka aku ketika tu , berjerawat. Yelah , asal stress je.. jerawat naik ! Adehh.. Tak jumpa lagi produk yang sesuai dengan aku.
Entah bagaimana satu hari tu , aku dipelawa ke Rumah Terbuka Aidilfitri Cosmoderm. Aku tak ingat sangat jalan ceritanya sebab dah bertahun tahun ianya berlaku. Aku pun pergi la sekeluarga. Dan bermula dari situlah aku sekeluarga menjadi pengguna tegar produk Cosmderm.
Ada banyak produk Cosmoderm aku cuba guna pakai dan ternyata Cosmoderm sangat sesuai buat kulit aku serta keluarga aku. Tak sangka sama sekali yang produk ni amat ekonomi harganya. Ingatkan mahal seperti jenama luar negara. Maklumlah , nama pon ala ala omputeh gitu.. hehehe..
Seingat aku , mula mengenai produk Cosmoderm di tahun 2013 dan seterusnya sejak itu aku lihat produk Cosmoderm semakin lama semakin bertambah malah mengalami perubahan dari segi packaging. Ternyata Cosmoderm berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai tahap antarabangsa.
Dan secara jujurnya aku cakap... sekarang ni bila ada rakan rakan tanya mengenai produk Cosmoderm , aku tak segan silu bagitau.. jangan risau mengenai produk Cosmoderm sebab ianya mempunyai sijil Halal yang sah dari Jakim ! Nahhh.. sebagai buktinya, baru-baru ni Cosmoderm telah menyertai MIHAS di Mitec malah telah berkali-kali menyertai festival festival Halal di luar negara. Di MIHAS , aku sempat singgah ke booth mereka. Ternyata booth mereka senantiasa dikunjungi tetamu yang berminat nak mengetahui akan produk produk keluaran mereka yang HALAL !


Aku antara mereka , pengguna setia yang menjadi saksi peralihan Cosmoderm dari satu jenama yang 'biasa' ke satu jenama antarabangsa tapi kita masih mampu beli ! Itu yang bagus sekali.. produk berkualiti tapi ekonomi !
Diharap Cosmoderm akan terus meluncur jauh ke hadapan dengan jayanya ! Nak cuba ? Boleh dapatkan secara online di web atau Facebook mereka. Di farmasi farmasi terpilih pun ada jual. Heeee...
Careline : 1700 815 495
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/
Web : www.cosmoderm.com.my
Careline : 1700 815 495
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/
Web : www.cosmoderm.com.my







